23❣

2.7K 148 34
                                    

Gila.

Mungkin aku memang tak waras ?

Aku cuma berlakon sahaja supaya nampak tak betul tapi hakikatnya aku memang tak betul.Semuanya sebab Delien sial tu.Patutnya aku buat dia menderita tapi aku tak berguna.Aku cuma nk pastikan dia hapus dari dunia ini.Itu sahaja.Tapi kenapa aku rasa tak puas ?

Darah.Di merata tempat darah.Susah untuk aku tinggalkan kerja aku.Fen pernah menyuruh aku menghentikan kerja-kerja kotor yg bagi aku sangat menyenangkan tapi aku tak nak.Sebab aku taksub dengan kerja ni.Aku tak tahu mcm mana nk kawal perasaan membunuh aku.Kalau aku tak berubah,dia akan membawa Arissa ke suatu tempat yg jauh dari sini.Jauh dari aku.Fikir dia siapa nk ancam aku ? Tak lama pun aku pasti akan tamatkan riwayat orang tua tu kalau aku nak.Tapi aku kira baik kerana dia sudah lama bekerja di bawah aku.

Fikiran aku serabut.Walaupun aku tahu Arissa akan lahirkan anak aku,aku tetap rasa serabut.Setiap malam aku rasa dihantui.Dihantui mimpi ngeri.Kenapa mesti mimpi yg sama ? Kenapa nk seksa aku ? Benarkan aku bahagia bersama Arissa.Kalau Delien tidak ada dari dulu,aku takkan jadi mcm ni.Walaupun ibu bapa kami mewarisi semua harta kepada aku,tapi aku tidak sikit pun gembira.Bagi aku harta tak penting.Apa yg penting cinta.Kasih sayang.Salah ke aku nk dapat kasih sayang dari ibu bapa aku ? Aku cemburu dengan Delien yg selalu dipuja-puja ibu bapa aku.Aku ? Tembok sahaja.Kerja aku hanya perlu belajar,belajar dan belajar sampai aku gila.Aku penat tengok buku.

Setiap kali aku di dalam perpustakaan dan dipaksa belajar,aku pasti akan melihat keluar tingkap dan terlihat Delien bermain dengan rakan-rakan yg lain dengan gembira sedangkan aku ? Keseorangan dan terkurung di dalam.Aku tak tahan sangat.Ibu bapa aku selalu bandingkan aku dengan Delien kerana Delien adalah seorang yg pandai sedangkan aku ? Aku belajar bersungguh-sungguh tapi gred aku tetap sama.Tempat kedua.Aku dengar selalunya kalau dapat tempat bawah lima atau sepuluh,ibu bapa akan bangga.Tapi ibu bapa aku sikit pun tak bangga malah mereka mendera emosi aku dan memaksa aku untuk terus belajar.Tambah pula abg aku yg meletakkan sesuatu di dalam air aku dengan berpura-pura baik di depan aku.Katanya air vitamin.Vitamin otak dia.Ubat itu untuk menggangu emosi aku.Tapi aku tak minum.Aku membuang air itu dan memberinya pada bunga.Hahaha kalau bunga itu mati kerana ubat itu,bukan salah aku.Tapi salah Delien.

Lama kelamaan aku memberontak dan mula bergaduh dengan ibu bapa aku sampailah aku nekad dan lari dari rumah.Aku tak terkejut pun kalau diaorg tak cari aku.Diaorg sahaja tak pernah pedulikan aku dari dulu jadi aku dah biasa.Aku lari dalam hutan dan cedera.Aku fikir aku akan mati.Kalau aku mati pun,berilah aku kesempatan untuk mati berteman.Aku..tak nak sendirian..

Tapi saat terasa tenaga aku berkurangan dia datang.Gadis yg cantik dan menawan hati aku.Arissa Diana.Dia sentiasa ada di sisi aku.Dia ajar aku yg aku perlukan orang lain bersama aku.Walaupun ayahnya memarahinya,dia tetap balik kembali kepada ayahnya.Dia untung.Aku cemburu pada dia kerana dia masih mempunyai ayah yg peduli padanya sedangkan aku ? Mempunyai kedua orang tua tapi sikit pun mereka tidak peduli pada aku.Mereka hanya melayan aku dengan teruk sahaja.Mereka baik sahaja padaku tapi mereka lebih kepada abg aku.Kelakar bila abg aku itu cemburu dengan aku kerana aku pewaris harta Mikael.Aku tahu dalam fikirannya dia berkata yg aku tak layak ! Tak layak sama sekali ! Org gila mcm aku ni tak layak mendapat harta itu.Haha peduli apa aku ? Aku pun tak nak lah harta tu.Kau nk ambik,ambik je lah setan.Aku cuma mahukan Arissa sahaja.Tapi bila dapat tahu Arissa dirampas oleh dia,dia takkan berdiam diri.Dia sudah lama berdiam diri sejak ibu bapanya membandingkan dirinya dengan abgnya itu.Tapi kalau itu Arissa,dia sanggup bunuh.Dia tak peduli langsung apa yg mereka fikir.Dia hanya fikirkan Arissa.Arissa dan anak mereka...

"Tuan Zakiel ?"

Zakiel tersedar dari lenanya.Dia membuka matanya dan memandang Fen yg sedang berdiri di depannya dengan beberapa helai kertas di tangan.Dia tertidur ke ? Sudah berapa lama ?

Crazy Boss,please let me go !(On Going)Where stories live. Discover now