9.30 pagi
Zakiel terjaga dari tidurnya dan melihat katil di sebelahnya dengan senyuman.Dia melihat ke arah jam yg sudah menunjukkan hampir pukul 10.Zakiel mula bangun dari katil nak tak nak dia kena tinggalkan isterinya untuk kerja.Dia mengambil phone dan membuka whatsapp.Semuanya isi tentang kerja.Satu chat dia buka dan dia mula menulis sesuatu di ruangan chat itu sebelum menutup kembali phone.Arissa dilihat sekilas sebelum dia mula berjalan masuk ke dalam bilik air.
Beberapa minit Zakiel keluar mengenakan tuala mandi.Dia menggosok rambutnya yg basah dan menghampiri Arissa yg masih tidur itu.Pipi tembam isterinya itu dicubit dengan lembut.Geram dia dibuatnya.Kalau anak mereka keluar nanti setiap masa dia nak cubit pipi anaknya itu.Mesti tembam seperti ibunya.Zakiel tertawa kecil sendirian memikirkan dirinya bermain bersama Arissa dan bayi kecil mereka itu.Tak sabar pula dirinya.Kalau ikut hati nak je dia belah perut Arissa dan keluarkan bayi itu dengan cepat.Tak...kenapa dia fikir seperti itu pula ? Zakiel menepis pemikiran peliknya itu
"Tak guna Zakiel.Kau fikir apa ? Nak bunuh anak kau sendiri ? Bodoh."-batin Zakiel mengutuk dirinya itu.Kepala yg berdenyut di pegang.Tangannya yg tadi mencubit pipi Arissa beralih turun ke perut Arissa yg sudah besar sedikit.
Dia mengusap perut itu dengan lembut sebelum mengucup perut itu dan beralih pada wajah Arissa.Wajah isterinya itu dikucup lembut.Hampir dua minit Zakiel mengucup wajah Arissa akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke kerja.Selimut Arissa di tarik menutupi tubuh kecil Arissa.Zakiel tersenyum manis sebelum berjalan keluar menutup pintu bilik.Dia turun ke bawah dan melihat Maya yg sedang duduk di atas sofa.Zakiel mengangkat kening
"Kau tak reti nak tunggu kat luar ke ?"-tanya Zakiel dingin.Hampir sahaja Maya terkejut disapa Zakiel tiba-tiba.Dia menoleh dan memandang Zakiel tajam
"Suka hati akulah.Ni rumah kawan aku"-kata Maya
"Ni rumah aku."-kata Zakiel dingin
"Rumah kau,rumah kawan aku juga"-kata Maya menjeling Zakiel tajam.Zakiel hanya mengiyakan sahaja.Perempuan selalu nak dia je betul.
"Ni nanti bagi isteri aku makan.Kau jangan nak bagi makanan pelik.Aku tau,aku tak teragak nak potong tangan kau."-kata Zakiel
"Pelik ? Apa benda yg peliknya ?"-tanya Maya dengan kerutan
"Kau ingat aku tak tahu kau bagi isteri aku makan makanan pedas.Apa ntah namanya makanan Jepun tu.Merepek je kau ni"-kata Zakiel
"Eh amboi.Suka hati akulah.Lagipun Arissa craving takkan nak biarkan"-kata Maya
"Kalau makanan tu memudaratkan,tak payah bagi.Kau ni takkan tak tahu semua tu ? Heh patutlah tak sesuai jadi ibu.Kalau kau jadi ibu silap² anak kau mati dulu sebelum sempat keluar.Tapi ada ke yg nak kahwin dengan kau ?"-tanya Zakiel sinis membuat wajah Maya memerah.Maya menunduk menahan geram.Nak je dia belasah lelaki ni sekarang kalau ikut hati tapi dia tak nak kejutkan Arissa yg sedang tidur di atas.Zakiel berjalan melintasi Maya yg masih kesal dengan dirinya itu.Sebelum keluar Zakiel memandang Maya sekilas sebelum tersenyum tipis
"Terima kasih sebab jagakan isteri aku.Dia satu-satunya orang yang aku cinta dan aku tahu aku sibuk dengan kerja.Aku sedar aku bukan suami yg terbaik untuk dia tapi aku tak mampu nak lepaskan dia pergi.Tak.Aku tak pernah pun akan lepaskan dia."-kata Zakiel sebelum pergi dari situ.Maya memandang Zakiel sebelum tersenyum lega
"Untung kau Arissa.Dapat suami yg baik walaupun kadang dia tu cari maut dengan aku,tapi dia tetap sayangkan kau.Aku sentiasa doakan kebahagiaan korang"-kata Maya memandang Zakiel yg sudah masuk ke dalam perut kereta sebelum dia menutup pintu rumah.
YOU ARE READING
Crazy Boss,please let me go !(On Going)
Romance❝𝑯𝒆 𝒊𝒔 𝑴𝒚 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑩𝒐𝒔𝒔.❞ "Tu-Tuan ?" "Shht..panggil nama aku sayang..seperti biasa.." Arissa memandang lelaki di depannya ini dengan takut dan terkejut dlm masa yg sama 'Apa maksud dia mcm biasa ? Kenapa jadi mcm ni ? Please...I need my...