"Oh abg.Jangan tinggalkan sayang"
"Abg takkan tinggalkan sayang.Patutnya abg yg cakap mcm tu.Sayang tak boleh tinggalkan abg"
"Sa-Sayang akan rindukan abg"-kata wanita itu menitiskan air mata
"Sayaaaangg !"
"Abannng !"
Wanita itu mengejar lelakinya yg diheret paksa masuk ke dalam rumah sakit jiwa.Dia terjatuh menangis mengenangkan nasibnya dan bayinya itu tanpa suaminya
"Woy !"
Maya mencepuk kepala Arissa membuat Arissa mengaduh kesakitan
"Kau dah kenapa menangis Ris ?"-tanya Maya menjeling Arissa yg sudah dipenuhi air mata dan hingus yg meleleh.Geli pula dia dengan kawannya ini
"Te-Tengoklah cerita ni...se-sedih.."-kata Arissa dengan sebak
Maya berkerut
"Sedih apanya ? Tak logik weyh ! Kau tahu tak cerita ni cerita paling tak logik.Tajuk 'Suami aku gila nak mampus' kau fikir logik ke ha ?!"-tanya Maya
"Ma-Maya ni..tak tahu ke sedih.."-kata Arissa
"Sedih apanya.Karut je.Suami gila plus psycho bunuh sesiapa sahaja yg dekat dengan isteri dia sampai akhirnya dia kena tangkap masuk dalam rumah sakit jiwa setelah disahkan gila ? Apa dowh tak logik sumpah.Lagi bagus layan drama Hindustan.Menyesal aku layan drama yg kau tengok ni"-kata Maya
"Maya ni heartless betul ! Kesian tau isteri dia kena tinggal dengan suami dia ! Dah la isteri dia sarat mengandung pula tu !"-ketus Arissa
"Huh mcm kau lah.Suami ada tapi entah melepak mana.Ke dah kena bawa juga dekat rumah sakit jiwa ? Mana tahu duduk terus kat rumah sakit jiwa tu.Ye lah suami kau tu kan gila.Hari tu aku jumpa dia nak je aku bunuh dia sebab dia berani sakitkan kau"-kata Maya menggengam penumbuknya
Arissa cemberut
"Maya ni jahatlah ! Kalau jadi betul-betul mcm mana ?"-tanya Arissa dengan nada sedih.Maya mengangkat kening
"Hai Ris ? Kau percaya suami kau betul-betul masuk rumah sakit jiwa ? Polos betul kau ni Ris"-batin Maya dalam hati
"Siapa yg masuk rumah sakit jiwa ?"-tanya suatu suara dari belakang mereka.Hampir sahaja Arissa menjerit terkejut kalau Maya tak memeluknya terlebih dahulu.Mereka memandang ke arah suara itu dan Arissa terus mengukir senyuman manis
"Abang !"
Arissa melepas pelukannya pada Maya dan terus berlari kecil ke arah Zakiel
"Sayang jangan lari nanti jatuh"-tegur Zakiel.Arissa tidak memperdulikan teguran Zakiel dan terus berlari mendapatkan lelaki itu.Tubuh sasa lelaki itu dipeluk dengan erat.Zakiel hanya tersenyum dan tangannya terangkat membelai rambut Arissa
"Abang nak makan ?"-tanya Arissa lembut
"Tak apalah sayang.Abg dah beli makanan kat luar.Kita makan sama-sama.Abg tak nak susahkan sayang.Sayang tu mengandung jadi jangan buat kerja rumah"-kata Zakiel
"Abg beli apa ?"-tanya Arissa penuh teruja
"Abg beli ayam panggang"-kata Zakiel
"Ala...kita nak kentang"
"Sayang kentang tu tak elok untuk kesihatan.Banyak minyak"-kata Zakiel lembut
Maya berkerut habis
YOU ARE READING
Crazy Boss,please let me go !(On Going)
عاطفية❝𝑯𝒆 𝒊𝒔 𝑴𝒚 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑩𝒐𝒔𝒔.❞ "Tu-Tuan ?" "Shht..panggil nama aku sayang..seperti biasa.." Arissa memandang lelaki di depannya ini dengan takut dan terkejut dlm masa yg sama 'Apa maksud dia mcm biasa ? Kenapa jadi mcm ni ? Please...I need my...