28❣

1.4K 131 54
                                    

"Zakiel Damien Mikael.Tu nama kau"-kata lelaki itu menatap bayi yang ada di atas katil itu dengan dingin

Dia berjalan pergi meninggalkan ruangan itu

......

"Fia.Luangkan masa dengan abang"

"Maaf abang.Zakiel perlukan susu"-kata wanita itu

Prang !

Wanita yang sedang mendukung bayinya itu terkejut apabila lelaki itu mencampak gelas kaca di atas meja ke lantai

"Kau tak habis-habis dengan budak tu ! Bila aku nak masa berdua,kau bagi alasan sama.Zakiel tu,Zakiel ni.Zakiel,zakiel,zakiel !"

"A-Abang ! Abang tahukan Zakiel ni anak kita"-kata wanita itu

"Aku tahu ! Tapi tak boleh ke kau layan aku ?! Tak boleh ke kau luang masa untuk aku ?! Susah sangat ke ?! Aku cuma minta kau layan aku je bukannya benda lain !"-tengking lelaki itu

"Zakiel kecil lagi Mikael !"-marah Fia tanpa sedar memanggil nama suaminya itu

Mikael menatapnya dengan tajam sebelum bersuara

"So ? Lantaklah dia ! Kau tu isteri aku bukan isteri budak tu !"

Fia tidak percaya apa yang suaminya ini katakan.Sungguh suaminya ini sudah tidak waras.Dia perlu lari dari sini bersama anaknya.Dia tak sanggup untuk tinggal berdua dengan suaminya ini kerana mental suaminya menjadi-jadi.Dia sedar kalau dia bersama Mikael untuk masa yang lebih lama,pasti dia akan mati.Dia tak peduli kalau dia mati tapi dia risaukan anaknya itu.Dia nekad untuk lari dari situ

"Zakiel sayang...mama janji mama akan bawa Zakiel keluar dari sini..ya ?"-bisik Fia pada bayinya itu

"Hoi perempuan ! Kau bisik apa tu ?!kau tak dengar ke aku tengah cakap dengan kau ?!"-marah Mikael

Dia mula geram apabila wanita itu mengabaikannya.Dengan marah dia terus melempar phonenya pula ke lantai membuat wanita itu terkejut

"Kau pekak ke ?!"-marah Mikael

Wanita itu tidak memperdulikannya dan terus berlari keluar dari situ bersama anaknya.Tak sempat dia hendak melangkah keluar dari rumah,tiba-tiba tangannya di tarik masuk dengan kasar kembali ke dalam rumah.Fia habis terjatuh ke lantai dibuatnya

"Kau nak lari dari aku ?!"-tanya Mikael

"Ta-Tak abang ! Saya cuma na---akhh"

"Sakit abang ! Le-lepaskan saya abang.Sa-Sakit"-rayu Fia apabila suaminya itu menjambak rambutnya dengan kasar.Mikael tidak pedulikan rayuan Fia dan terus mengheret Fia masuk ke dalam bilik kosong di tingkat atas sekali.Sampai sahaja di dalam bilik,dia terus melepas kasar rambut wanita itu membuat kepalanya terbentur dinding yang dekat dengannya itu.Darah mengalir keluar dari kepala Fia.Dia melihat anaknya yang masih ada di tangannya sebelum melihat suaminya itu

"A...Abang... ?"

"Kau duduk sini sampai kau sedar apa yang kau buat."-kata Mikael dingin

"Apa.. ?"

Fia mengepal tangan sambil mengetap giginya.Dia tahu lelaki itu bencikan dia.Dia dah lama tahu lelaki itu bencikannya kerana dia bukan wanita pilihan lelaki itu tapi sebaliknya pilihan ibu bapa.Kalau pun benci dia,kenapa mesti benci anak mereka sekali.. ? Apa salah budak ni ? Takkan lah...

"Abang nak kurung saya dengan anak kita ke ?!"-tanya Fia memberanikan diri

Mikael tersenyum sinis

Crazy Boss,please let me go !(On Going)Where stories live. Discover now