"Fuh..."
Asap rokok di merata tempat.Zakiel memandang lelaki di sebelahnya itu dengan biasa sahaja
"Nak Zakiel ?"
"Tak."
Lelaki itu mengangkat kening dengan senyuman
"Oh come on Zakiel.Ni perisa kegemaran kau"
"Tak pe lah Uwais."
"Sejak bila Zakiel tak hisap rokok ?"-tanya lelaki bernama Uwais itu
"Kau rasa ?"
Uwais terdiam sebelum mula tersenyum lebar
"Oh hahaha sebab kau dah nak jadi ayah orang dah"-kata Uwais
"Tau pun kau.Ingatkan tak tahu"-kata Zakiel
"Dah berapa bulan kandungan ?"-tanya Uwais
"Nak masuk tiga bulan"-kata Zakiel
"So lepas dah jadi ayah ni kau nak buat apa ?"-tanya Uwais
"Berhenti."-kata Zakiel membuat Uwais yg baru sahaja menyalakan api rokok membuang rokoknya ke lantai
"Apa kau cakap ? Kau..main-main kan Zakiel ? Haha..kelakar"-kata Uwais tertawa
"Aku serius."-kata Zakiel dingin
"Kau jangan gurau Zakiel.Dah tak kelakar"-kata Uwais
"Kau tengok aku serius atau main² ?"-tanya Zakiel
Uwais menggeleng
"Tak ! Kau tak boleh berhenti !"-kata Uwais
"Aku berhenti.Aku tak nak buat kerja ni lagi."-kata Zakiel dingin
"Tapi Zakiel...mcm mana dengan apa yg kau hajatkan selama ni ?!"+tanya Uwais
"Dah tercapai."-kata Zakiel
"Apa ?! Bukan ke benda yg kau nak ada kat sana.Kenapa kau berhenti separuh jalan ?!"-tanya Uwais
"Sebab aku dah dapat benda yg aku nak.Kau pun satu.Kalau kau nak teruskan,teruskan je lah.Aku tak halang pun"-kata Zakiel
"Tapi aku tak boleh buat tanpa kau...kau ketua kami..."-kata Uwais menunduk
"Kau boleh."-kata Zakiel
"Tak ! Tak boleh ! Kau tak faham ! Kau tak faham...kami tak boleh buat tanpa kau...kami harapkan kau.Kami terlalu lemah.."-kata Uwais perlahan
Zakiel memandang Uwais dengan tajam.Kolar baju lelaki itu di tarik membuat lelaki itu dekat dengannya.Lelaki itu terkejut dengan perbuatan Zakiel yg tiba-tiba itu
"Kau ni,Bodoh."-kata Zakiel dingin
Uwais terdiam
"Bangun.Kau tak boleh harapkan aku je buat semua kerja.Aku nak berhenti sebab aku nak teruskan hidup sebagai orang biasa yg ada keluarga.Aku nak jadi suami terbaik untuk org yg aku sayang dan ayah yg baik untuk anak aku...kau ? Kau boleh buat yg terbaik.Aku dah latih korang cukup baik jadi tak ada masalah pun aku tinggalkan kumpulan."-kata Zakiel dingin
"Tuan..."
"Kau kuat.Percaya diri kau.Aku percayakan kau.Jadi kau pun kena percayakan diri kau sendiri.Jangan malukan aku dan geng yg lain."
Uwais terdiam sebelum mengesat air matanya yg jatuh sedikit.Dia pun tak tahu kenapa dia menangis.Baginya tanpa Zakiel bersama mereka,terasa kumpulan mereka sunyi.Tidak lengkap.Lagipun Zakiel seperti abangnya sendiri.Sudah sebelas tahun dia mengenali Zakiel dan mereka sudah seperti adik beradik.Beberapa bulan lalu saat Zakiel berkahwin dia menangis.Menangis kerana gembira Zakiel menjumpai pasangan sejatinya tapi sekarang bila Zakiel hendak keluar dari geng mereka dia terasa berat hati untuk melepaskan lelaki itu kerana lelaki itu adalah ketua paling sesuai di dalam geng gelap mereka.
YOU ARE READING
Crazy Boss,please let me go !(On Going)
Romance❝𝑯𝒆 𝒊𝒔 𝑴𝒚 𝑪𝒓𝒂𝒛𝒚 𝑩𝒐𝒔𝒔.❞ "Tu-Tuan ?" "Shht..panggil nama aku sayang..seperti biasa.." Arissa memandang lelaki di depannya ini dengan takut dan terkejut dlm masa yg sama 'Apa maksud dia mcm biasa ? Kenapa jadi mcm ni ? Please...I need my...