❤︎𝓢𝓮𝓶𝓫𝓲𝓵𝓪𝓷

182 50 116
                                    

"Hahahahahhaha!",Jackson mentertawakan Felix selepas adiknya menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi.

Felix yang tertonggeng di atas sofa terpaksa memekakkan telinganya.Kalau dia memarahi Jackson,lagi teruk abangnya mentertawakan dirinya.

"Seriuslah Hyunjin suruh kau pakai macam ni? Ke kau yang salah faham?",tanya Jackson.

"Aku tak nyanyuk lagilah...dia yang suruh aku pakai baju ni.",jawab Felix geram.Masih terbayang wajah Sohee ketawa di fikirannya.

"Masalahnya,kau nak confess je kan? Aku tengok macam nak melamar adalah... You know what? Cara yang simple lebih menjadi.",ujar Jackson dengan yakin.

"Konon...habistu kenapa Hyung single? Pergi jelah confess pada Suzy Noona tu.",sindir Felix.

"Aip...jangan sentuh pasal tu.Aku dah ada cara,okay?",Jackson membantah bila Felix mengaitkan dirinya.

"Cakap jelah kau suka kat dia...kan senang.Tak payah nak menyanyi bagai.",cadang Jackson dan Felix hanya diam tidak memberikan jawapan.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Selepas pulang dari tadika,Jinyoung membuat keputusan untuk memasak makanan tengahari.Lagipun dia sudah lama tidak memasak kerana lebih kerap makan di luar.

"Suzy,tolong ambik daun sup kat atas meja tu.",arah Jinyoung sambil mengacau sup ayamnya.

Suzy yang sedang mengemas meja makan,ambil daun sup seperti yang dikatakan Jinyoung.

"Nah.",hulur Suzy dan Jinyoung memandang adik kembarnya dengan pandangan kosong.

"Ni daun ketumbar,Suzy.",kata Jackson dan Suzy tersengih.

"Aku confuse...yang mana? Yang ni kan?",tanya Suzy sambil menunjukkan seikat daun sup dan Jinyoung mengangguk.

"Tolong basuh lepastu kau potong lebih kurang seinci.Aku nak masukkan dalam sup ni.",beritahu Jinyoung dan Suzy hanya mengikut arahan abangnya.

Di meja makan,

Encik Hwang tersenyum gembira bila melihat makanan kegemarannya terhidang di atas meja.Tambahan pula,anak sulungnya yang memasak membuatkan dia tidak sabar untuk menikmati hidangan itu.

"Hmm...sedap!",puji Encik Hwang lalu menunjukkan ibu jarinya.Jinyoung pula sudah tersenyum bangga.

"Appa...Suzy yang potong daun sup tu.Cantik kan?",tidak mahu mengalah,Suzy juga inginkan pujian.

"Cantik,secantik orang yang memotong.",Encik Hwang mengambil hati.

"Alah,Hyun Appa tak puji pun.",ujar Hyunjin dan Encik Hwang tertawa kecil.

"Hyunjin pun bagus jugak...bagus dalam berdrama,macam Appa.",kata Encik Hwang dan Hyunjin menarik muncung.

Melihat ayahnya dalam mood yang baik begitu,pasangan kembar itu pasti yang ayah mereka melalui hari yang gembira.Suzy pun mengambil kesempatan untuk bertanya tentang jiran mereka.

"Appa,macam mana Appa boleh kenal dengan Ahjumma sebelah rumah tu?",Suzy memulakan pertanyaan.

"Ouh...Jihyun...",Encik Hwang sudah tersenyum malu manakala tiga orang anaknya sudah menunggu jawapan.

"My first love.",beritahu Encik Hwang dan Jinyoung yang sedang menggigit ayam,tergigit lidahnya.

"Apa? Habistu Eomma?!",tanya Suzy beria.

"Alah korang ni... First love tapi tak pernah confess pun...",sambung Encik Hwang.

"Ouh...crush lah kiranya?",Hyunjin mencelah dan Encik Hwang mengangguk.

𝐔𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝓛𝓸𝓿𝓮 || ˡᵉᵉ ᶠᵉˡⁱˣ || ✓Where stories live. Discover now