❤︎𝓔𝓷𝓪𝓶

200 56 209
                                    

Suasana kampung pagi itu terasa tenang dengan kicauan burung yang bebas berterbangan di langit biru.Felix keluar dari rumahnya untuk menghirup udara segar pagi itu.Beberapa minit kemudian,satu suara yang dikenali Felix menyeru namanya.

"Sohee? Awak buat apa kat sini?",tanya Felix hairan.Siapa yang tidak hairan jika gadis itu tiba-tiba berdiri di depan pagar rumahnya sepagi itu.

"Felix...boleh tak kita berjumpa sekejap? Saya ada sesuatu nak bagitahu awak.",jelas Sohee.

Felix hanya mengangguk setuju kerana dia juga tiada perkara yang hendak dilakukan ketika itu.

Felix terus mengekori Sohee sehinggalah gadis itu berhenti di bawah pokok mempelam yang tidak jauh dari perumahan mereka.

"Kita cakap kat sini?",soal Felix sambil memandang sekeliling.

Sohee tidak menjawab sebaliknya mengangguk.Perasaan Felix ketika itu berdebar-debar kerana Sohee mengajak dirinya berjumpa secara mengejut.

"Felix...",panggil Sohee dan kini matanya memandang tepat mata Felix.

"Ye?",sahut Felix.Air liurnya juga ditelan perlahan kerana gemuruh dengan apa yang hendak disampaikan Sohee.

"Saya suka awak..",beritahu Sohee.

Mendengarkan pengakuan Sohee,mulut Felix terus ternganga dan matanya juga membulat.Tidak sangka yang dia akan mendengar berita gembira di pagi hari.

"Seriuslah?!",Felix tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan terujanya.Sohee mengangguk sambil tersenyum.

"Sejak bila--- arghh",Felix mengaduh kesakitan apabila kakinya digigit kerengga dan apabila Felix mengangkat semula wajahnya,Sohee sudah hilang dari pandangan.

"Woi Felix! Bangun!",jerit Jackson sambil mencubit betis adiknya.

Felix membuka matanya dan barulah dia sedar yang itu semua hanyalah mimpi semata-mata.Kerengga yang menggigitnya tadi pula ialah cubitan Jackson yang hinggap di betisnya.

"Sakitlah Hyung!",marah Felix lalu bangun dari pembaringannya.

"Tau pun sakit! Hati aku lagi sakit tau tak? Daripada tadi lagi aku kejut kau,tak bangun-bangun bila dah kena cubit baru nak bangun.",bebel Jackson.

Felix pula sudah bermasam muka kerana mimpi indahnya diganggu Jackson.Dia belum sempat mengatakan perkara yang sama pada Sohee dalam mimpi tadi.

"Pergi mandi...banyak kotak barang sampai pagi ni.Kau jangan nak bagi alasan tangan kau terseliuh pulak.",arah Jackson.

Felix hanya mendengus geram.Dia yakin yang Jackson pasti akan membiarkan kotak lama tidak tersusun untuk memastikan dirinya ke kedai.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jinyoung,Suzy dan Hyunjin terjaga serentak apabila mendengar bunyi bising yang datang dari arah dapur.

"Siapa pulak yang bising pagi-pagi buta ni? Aku baru nak rehat...",rungut Jinyoung lalu menutup telinganya menggunakan bantal.

Suzy membuka pintu biliknya lalu dia melihat bilik Jinyoung dan Hyunjin.Dia mula hairan kerana dua beradik itu masih belum keluar dari bilik masing-masing.Tidak lama kemudian,Hyunjin membuka pintu biliknya kerana bunyi bising itu masih lagi kedengaran.

"Noona...Jinyoung Hyung berperang dengan siapa kat dapur?",soal Hyunjin dalam keadaan mamai.

"Bukan Jinyoung kat dapur...kau tengok tu.",jawab Suzy lalu memuncungkan mulutnya ke arah Jinyoung yang masih di atas katilnya.

𝐔𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝓛𝓸𝓿𝓮 || ˡᵉᵉ ᶠᵉˡⁱˣ || ✓Where stories live. Discover now