❤︎𝓛𝓪𝓹𝓪𝓷

199 52 146
                                    

Encik Hwang dan Suzy pulang ke rumah selepas selesaikan kerja di kandang biri-biri tadi.Lagi beberapa langkah hendak masuk ke dalam pagar,Encik Hwang terpandang Puan Hong yang sedang menyapu halaman rumah ketika itu.

"Hong Jihyun? Dia dah balik kampung semula?",getus Encik Hwang.

Hong Jihyun ialah cinta pertamanya semasa alam persekolahannya dulu.Namun takdir telah menyatukan Encik Hwang dengan mendiang isterinya.Setelah beberapa dekad,dia dipertemukan semula dengan cinta pertamanya,Hong Jihyun.

Suzy yang sudah masuk ke dalam pagar menoleh ke belakang dan pelik melihat ayahnya yang sedang ralit memandang jirannya.

Puan Hong baru saja ingin masuk ke dalam rumah namun terbantut kerana perasan seseorang memandang ke arahnya.

"Annyeonghasayeo....",sapa Puan Hong sambil tersenyum mesra.

"Jihyun...awak tak ingat saya ke?",tanya Encik Hwang.

"Eh...awak Hwang Jinwoo? Seriuslah?",Puan Hong sudah menutup mulutnya kerana terkejut.

Suzy memandang ayahnya dan juga jirannya itu bersilih ganti.Macam mana pula mereka berdua boleh berkenalan? Suzy membuat keputusan untuk menghampiri ayahnya.

"Appa...siapa Ahjumma tu?",tanya Suzy.

"Jihyun...kenalkan,ni anak kedua saya,Hwang Suji...tapi dia dah tukar nama dia jadi Suzy.",ujar Encik Hwang.

Suzy hanya menundukkan kepala tanda hormat sebelum memandang semula ke arah Puan Hong.

"Cantik orangnya...awak ada berapa orang anak?",soal Puan Hong.

"Tiga orang....Suzy ada abang kembar pastu adik lelaki.",jelas Encik Hwang.

"Ouh...yang cikgu tu, abang kembar Suzy lah kiranya? Tak sangka pulak anak-anak awak dah besar.",balas Puan Hong.

Sedang berbual,Jinyoung dan Hyunjin pulang ke rumah.Suzy sempat bertanya dalam bahasa isyarat dan jawapan yang diberikan Jinyoung kelihatan seperti berita gempak.

"Appa...Jinyoung nak bagitahu sesuatu pada Appa.",kata Suzy perlahan.

"Kalau macam tu,tak apalah.Nanti kita berbual lagi ye.Anak-anak dah panggil masuk.",beritahu Encik Hwang dan Puan Hong hanya mengangguk faham.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keadaan dapur berselerak dengan serbuk koko yang bertaburan di atas lantai.Di atas kabinet dapur pula dipenuhi dengan kulit telur dan serbuk penaik.

Felix mengadun acuan brownies sambil membaca langkah-langkah seterusnya di dalam telefon.

"Lepas tu,bakar brownies dalam ketuhar yang sudah dipanaskan...",baca Felix perlahan.

"Tapi bukan ketuhar tu dah panas ke? Ouh...kena panaskan dulu, aduyai.",Felix memukul kepalanya perlahan.

"160 celcius selama 30-40 minit...maknanya,70 minitlah kan.", Felix menyambung bacaannya sebelum menetapkan suhu di ketuharnya.

Felix tersenyum puas melihat adunan brownies nya di dalam bekas.Walaupun itu ialah kali pertama dirinya membakar brownies namun hasilnya sangat memuaskan hati.

"Siap...tunggu 70 minit,baru datang semula.",kata Felix yakin tanpa mengetahui suhu yang telah ditetapkannya tadi mampu membuat brownies bertukar rupa.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Hyunjin hanya menundukkan kepalanya sementara Jinyoung pula memandang tajam ke arahnya.

𝐔𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝓛𝓸𝓿𝓮 || ˡᵉᵉ ᶠᵉˡⁱˣ || ✓Where stories live. Discover now