❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓑𝓮𝓵𝓪𝓼

161 43 150
                                    

Kelihatan Felix sedang mencari sesuatu di bawah katilnya.Kemudian dia membawa keluar sebuah kotak yang bersaiz sederhana dari bawah katilnya.

Kotak itu dibuka,dan Felix mengeluarkan satu persatu barang sehinggalah dia menjumpai barang yang dicarinya.

Album semasa sekolah rendah.

Felix menyelak album itu untuk mencari gambar kelasnya dan dia berhenti di tengah-tengah halaman album itu.

"Yang Sohee...",Felix mencari nama gadis itu dan matanya terhenti pada salah seorang budak perempuan yang berada di antara pelajar yang lain.

Matanya membulat sebaik saja dia mendapat tahu yang budak perempuan di dalam gambar itu ialah Yang Sohee.

Flashback

Felix dibawa ke bilik guru disiplin bersama In Ho,budak yang selalu membulinya.Selepas memberitahu gurunya tentang sikap In Ho,Felix dilepaskan tanpa denda manakala In Ho pula,guru menelefon ibu bapanya.

Waktu sekolah berakhir,dan Felix termenung sendirian di hentian bas menunggu Jackson menjemputnya.Dia bersendirian hari itu kerana Hyunjin tidak hadir.

"Tangan awak luka...tak sakit ke?",satu suara menegur dan Felix menoleh.

"Ha?",Felix sedikit terkejut lalu melihat sikunya yang melecet akibat pergaduhan dengan In Ho tadi.

"Sakit...tapi sakit sikit je.Saya kan lelaki.",ujar Felix lalu membetulkan kaca matanya.

"Saya ada plaster...biar saya tampalkan kat luka awak.",ujar budak perempuan itu lalu mengeluarkan plaster dari beg sekolahnya.

Felix hanya membiarkan budak perempuan itu menampal plaster dan dia hanya merenung kelakuan budak perempuan itu.

"Dah siap...nanti sapu ubat tau!",pesan budak itu sambil tersenyum lalu meninggalkan Felix.

Felix hanya tersenyum kecil lalu melihat plaster yang bercorak Hello Kitty itu ditampal pada sikunya.

End flashback.

Felix merebahkan badannya di atas lantai lalu menutup matanya dengan lengan.

"Seriuslah tu,Sohee?",soal Felix yang masih tidak percaya.

"Surat...jap,surat!",Felix bangun semula dan membongkar kotak tadi.

Sekeping kertas yang disimpan dalam sampul diambilnya.Felix membuka surat itu lalu membaca isinya.

Hai awak!

Sebenarnya saya nak cakap,yang saya suka awak...hehe.Saya suka awak sejak awak tolong tampalkan plaster kat siku saya...lepas tu,saya selalu tengok awak dalam diam..awak cantik...jom couple?

From:Felix
To:Sohee cantik

"Oh my God...aku ke yang tulis benda ni?",Felix sudah meroyan.Telinganya sudah merah kerana malu dengan diri sendiri.

"Tak pe,Felix...masa tu kau baru darjah 4...",Felix menarik nafas dalam untuk menenangkan dirinya semula namun perasaan malu itu tetap ada.

Jackson memandang bilik adiknya dan ternampak Felix yang sedang berguling di atas lantai.

"Lix? Kau kena rasuk ke apa ni?",tanya Jackson lalu masuk ke dalam bilik Felix.

"Lix malu ni,Hyung.",adu Felix dan suaranya agak tenggelam kerana mukanya ditutup dengan bantal.

Jackson menggelengkan kepalanya.Dia mengambil tempat di atas katil Felix dan ternampak sehelai kertas yang kelihatan agak lama yang dibiarkan di atas lantai.

𝐔𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝓛𝓸𝓿𝓮 || ˡᵉᵉ ᶠᵉˡⁱˣ || ✓Where stories live. Discover now