Pantai yang memang menjadi tempat orang kampung melepaskan tekanan,kelihatan meriah pada petang itu kerana sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di situ.
Felix dan Hyunjin duduk di salah satu meja sementara menunggu Eun dan Sohee tiba di situ.
"Nanti aku kahwin,aku nak buat dekat sawah...okay tak?",tanya Hyunjin lalu meneguk air.
"Buatlah kau...aku tak nak.Kalau kena pacat,tak ke naya.",balas Felix dan Hyunjin mencebik.
"Lamanya diorang ni...",rungut Felix bila Sohee dan Eun masih belum menampakkan diri di majlis itu.
Baru saja Hyunjin ingin menjawab,dua orang gadis itu sudah pun muncul.Hyunjin menepuk bahu Felix lalu menunjukkan ke arah pintu dewan.
Felix tergamam melihat pakaian yang dikenakan Sohee.Gadis itu memakai gaun labuh berwarna merah hati yang dihadiahkannya sebelum bertolak ke Australia dulu.
"Eun dah sampai,aku pergi dulu ye..bye!",ujar Hyunjin lalu meninggalkan Felix.
"Cantik tak?",soal Sohee sebaik saja menghampiri meja Felix.
"Cantik sangat-sangat...saya pun dah tak ingat tentang gaun ni.",ujar Felix terharu.
"Tapi saya ingat...",jawab Sohee lalu tersenyum manis.
Mereka berdua menjamu selera sambil menikmati Jackson dan Suzy yang sedang menyanyikan lagu di majlis itu.Selepas pasangan itu selesai,Jinyoung dan Jisoo turut melakukan hal yang sama.
Encik Hwang yang segak berpakaian lengkap itu menaiki pentas kecil yang disediakan di situ untuk membuat sedikit ucapan.
"Terima kasih kepada tetamu yang sudi memeriahkan majlis perkahwinan anak kembar saya.Dua orang terus kahwin sekali,kau ada?",seloroh Encik Hwang dan tetamu yang hadir mula tergelak.
"28 tahun terasa berlalu dengan pantas,sekarang anak kembar saya sudah mendirikan rumah tangga...harap korang berdua jangan lupakan jasa Appa yang membesarkan kamu berdua.",sambung Encik Hwang sambil menahan air mata yang hampir gugur.
Suzy mengelap menghulurkan tisu kepada Jackson bila melihat suaminya itu sedang menangis.
"Hyun sayang Appa!!",jerit Hyunjin bersungguh.Kemudian dia terdiam bila dirinya menjadi tumpuan tetamu di situ.
"Jemput makan....dan ahli keluarga pengantin,sila berkumpul untuk sesi bergambar ye.",Encik Hwang mengakhiri pengumuman.
Hyunjin yang sedang menjamah kuih muih itu menyumbat makanan itu ke dalam mulutnya sebaik mendengar pengumuman ayahnya.
Suzy dan Jackson memilih tema berwarna merah jambu untuk perkahwinannya manakala Jinyoung dan Jisoo pula memilih tema berwarna biru lembut.
Keluarga Encik Hwang sudah berkumpul di atas pentas,bersedia untuk merakam hari gembira mereka sekeluarga.
"Bek...bek...bek...",
"Noona! Macam mana Sam boleh sesat kat sini?!",soal Hyunjin dengan nada terkejut.
Tetamu yang berada di situ juga memberi reaksi sama seperti Hyunjin apabila melihat seekor biri-biri muncul di situ.
Tanpa menjawab soalan Hyunjin,Suzy terus mendukung Sam untuk bergambar sekali.
"Kau ni...nak gambar dengan biri-biri tunggulah kejap lagi..",marah Jinyoung dalam separa berbisik.
"Biar akulah...bukan menyusahkan kau pun.",jawab Suzy selamba.
Jinyoung hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memanjangkan pergaduhan.
Selepas selesai mengambil gambar,mereka turun dari pentas itu untuk melakukan hal masing-masing.Encik Hwang dan Puan Hong berbual dengan besannya sambil menjamu selera.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
"Sohee...jom ambik gambar?",ajak Felix dan Sohee hanya mengangguk.
"Hyunjin! Tolong ambik gambar aku dengan Sohee dekat atas pentas tu!",panggil Felix.
Hyunjin mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar Felix dan Sohee.
"Lepas ni kau ambik gambar aku dengan Eun pulak.",kata Hyunjin.
"Ye...cepatlah ambik gambar tu.",ujar Felix.
Felix dan Sohee mengukirkan senyuman manis untuk digambar oleh Hyunjin.
"Okay dah...aku pulak.",ujar Hyunjin selepas selesai mengambil gambar Felix dan Sohee.
"Kejaplah...gambar berdiri belum ambik lagi.",rengek Felix dan Hyunjin hanya mengikut kehendak kawan baiknya kerana tidak mahu melengahkan masa.
Felix memegang tangan Sohee sebelum gambar mereka diambil.Selepas satu gambar diambil,Felix memeluk bahu gadis itu pula.
"Okay dah-dah.... penuh storage aku nanti.",bebel Hyunjin dan Sohee tergelak mendengarkan itu.
"Kau berkira dengan aku...aku malas ambik gambar kau dengan Eun baru tahu.",ugut Felix dan Hyunjin tersengih.
Hampir seharian majlis itu diadakan,para pekerja mula mengemas selepas tetamu beransur pulang.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix dan Sohee berjalan di persisiran pantai itu sambil berpegangan tangan untuk menikmati matahari terbenam bersama.
"Felix...saya rasa macam semua ni mimpi.",Sohee memulakan bicara.
"Kenapa?",soal Felix lalu memandang wajah Sohee yang ditutupi rambutnya kerana ditiup angin pantai.
"Yelah...kita kenal satu sama lain selepas jatuh dalam sawah sama-sama...dari berkawan sampailah awak luahkan perasaan awak pada saya...bagi saya,itulah perkara paling gembira yang pernah saya rasa.",ujar Sohee dan Felix tersenyum sambil mengenang semula detik pertemuan mereka berdua.
"Selepas semua tu,kita berpisah selama 4 tahun tanpa contact satu sama lain tapi perasaan kita sikit pun tak berubah...cuma sekadar salah faham.",sambung Sohee lalu tertawa sendiri.
"Setiap indah cinta....pasti ada peritnya....di akhirnya sempurna...",ujar Felix pula dan Sohee memandang Felix dengan pandangan hairan.
"Tu bukan lirik lagu ke?",soal Sohee.
"Lah...awak tahu ke? Baru je nak acah-acah berpuisi.",balas Felix lalu tersengih.
"Tapi kan...benda yang paling saya ingat sekali...waktu awak menyanyi sambil main gitar tu...hahahahahaha.",gelak Sohee dan Felix menjeling.
"Ejek lah...nak kena cubit?",marah Felix dan Sohee menjelirkan lidahnya.
Mereka berdua berlari berkejaran di tepi pantai itu.Burung-burung yang terbang pulang ke sarang menjadi saksi kebahagiaan pasangan itu.Felix mengambil ranting kayu lalu menulis nama mereka berdua dalam bentuk hati namun lakarannya itu tidak tahan lama apabila ombak menghempas pantai.
Felix dan Sohee melepaskan lelah di atas pasir halus pantai.Pemandangan senja pantai itu kelihatan begitu indah hingga tidak dapat diungkapkan melalui kata.
"Lix...I love you.", ucap Sohee.
"Buktikan dulu.",ujar Felix tanpa menoleh ke arah Sohee yang duduk di sebelahnya.
Mata Felix membulat sebaik saja Sohee menghadiahkan satu ciuman di pipinya.Perlahan-lahan Felix memandang wajah Sohee.
"Dah.",kata Sohee lalu menutup mukanya kerana malu.
Tanpa berkata apa-apa,Felix turut melakukan hal yang sama kepada Sohee.
"I love you more,Yang Sohee.",ucap Felix.
Mencintai seseorang itu seperti air laut yang akan selalu ada pasang surutnya namun air laut tidak pernah berubah rasa.Cinta itu hadir apabila dua hati rasa saling melengkapi antara satu sama lain maka dengan itu hadirlah cinta tanpa memerlukan sebuah tajuk untuk mengungkap perasaan itu.
-TAMAT-
Happy birthday,Hyunjin❤️❤️
YOU ARE READING
𝐔𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝓛𝓸𝓿𝓮 || ˡᵉᵉ ᶠᵉˡⁱˣ || ✓
Fanfictie✧・゚: ✧゚・::・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・::・゚✧:・゚✧ 𝘊𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘭𝘢𝘪𝘯.𝘊𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘪𝘯𝘴𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯...