❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱 𝓼𝓪𝓽𝓾

143 43 139
                                    

Felix hanya pasrah bila Hyunjin masih lagi mentertawakannya atas kesalahfahaman yang berlaku.Lagipun,siapa saja yang tidak salah faham bila melihat perkara tadi?

"Dahlah...aku tolak kau dalam parit nanti,saja je.",marah Felix dan barulah tawa Hyunjin reda.

"Bukan apa...masalahnya,kau beria gila kot marah kat aku.Dengan muka serius kau lagi...'aku tak kenal pengkhianat macam kau',mahu tak pelik aku.",ejek Hyunjin.

"Yalah...jelas-jelas kot aku dengar Sohee sebut Hwang Inhyung tiba-tiba kau pulak datang situ,mana taknya aku salah faham.",Felix membela dirinya.

Hyunjin mengemam mulutnya menahan tawa yang masih lagi berbaki.Aduhai,tidak pernah terlintas yang dia akan mengkhianati kawan baiknya sendiri.Kalau betul pun,mungkin dirinya dulu dibelasah Eun kerana curang.

"Kau apa khabar? Empat tahun tak jumpa,kau nampak kurus sikit.Pipi chubby kau pun dah hilang.",tegur Hyunjin sambil mencucuk pipi Felix.

Memang betul pun apa yang dikatakan Hyunjin itu.Kerana sibuk menguruskan hal di Australia,berat badannya sedikit menurun tetapi ke arah yang sihat.

"Kurus sikit je...tapi kan,aku tak dapat bayangkan pun yang kau ada adik baru...hahahaha.",Felix mula tertawa memikirkan hal yang boleh dianggap jarang berlaku itu.

"Itu baru kau...aku ni lagilah.Nasib baik comel,kalau tak comel memang taklah aku nak layan dia.",ujar Hyunjin dan Felix tertawa.

"Apa bodoh sangat kau ni...dah nama pun adik kau,mestilah ikut muka ayah kau...lagipun adik beradik kau semua good-looking kot.",puji Felix tanpa dia menyedarinya.

Hyunjin mula tersengih bila dipuji begitu.

"Eh jangan nak sengih-sengih kat sini...anak beranak Sohee pun lawa.",tambah Felix bila melihat Hyunjin sudah kembang dipuji.

Hyunjin menarik muncung dan dia bangun dari tempatnya secara tiba-tiba bila teringatkan sesuatu.

"Kenapa?",soal Felix.

"Aku kena jaga Inhyung sekarang ni...jomlah kita pergi kat buaian tadi.",ajak Hyunjin dan Felix hanya mengangguk.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Kelihatan Sohee sedang bermain dengan Inhyung di buaian.Inhyung yang ternampak Hyunjin menuju ke arahnya mula tertawa riang lalu berlari pula ke arah abangnya.

"Alololo comel adik Oppa ni...",puji Hyunjin lalu menarik pipi Inhyung hingga kemerahan.

Sohee hanya memandang Felix tanpa bersuara dan begitu juga dengan Felix.Ketika itu,mereka hanya berbicara melalui mata.

"Appa...nak lat...nak lat...",gumam Inhyung sambil menunjukkan ke arah kedai.

"Oppa lah...bukan Appa.",Hyunjin membetulkan kata-kata Inhyung walaupun adiknya yang berusia 3 tahun itu masih belum petah bercakap.

Hyunjin mendukung Inhyung dan dia baru teringat yang Felix berada bersamanya tadi.Jadi,sekarang ialah masa yang sesuai untuk pasangan itu berbual selepas berpisah lama.

"Lix,aku pergi dulu ye.Inhyung ni tak habis-habis nak coklat dia.",kata Hyunjin dan mengaduh kesakitan bila satu tamparan kecil hinggap di pipinya.

"Lat...nak lat...",sekali lagi Inhyung mengulang katanya.

Felix tertawa kecil melihat Hyunjin di tampar begitu.Sebaik saja Hyunjin beredar,suasana terasa sunyi.

"Annyeong...Sohee.",sapa Felix.

"Annyeong...awak sihat?",sapa Sohee semula.

Sedikit sebanyak,Felix berasa lega kerana sapaan Sohee tidak kedengaran kekok sama sekali.

𝐔𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝓛𝓸𝓿𝓮 || ˡᵉᵉ ᶠᵉˡⁱˣ || ✓Where stories live. Discover now