❤︎𝓔𝓷𝓪𝓶 𝓫𝓮𝓵𝓪𝓼

154 46 92
                                    

Flashback

"Eyyo,Felix!",jerit seorang lelaki.

Felix yang mendengarkan itu tidak berhenti sebaliknya meneruskan langkahnya hinggalah dia terjatuh kerana bajunya ditarik dari arah belakang.

"Kau pekak ke?",marah In Ho,pelajar yang selalu membuat masalah di sekolah itu.

"Ke..kenapa panggil aku?",Felix memberanikan dirinya.Dia juga sudah tidak tahan bila selalu diperlakukan begitu.

Punca dirinya diganggu ialah kerana disebabkan pakaiannya yang dikatakan terlalu kuno oleh sesetengah pelajar.Walaupun dia tidak pernah mengambil tahu hal orang lain,namun itu tidak boleh menutup mulut orang lain untuk berkata buruk.

"Pergi belikan rokok untuk aku...aku bagi masa 5 minit.",arah In Ho dan diikuti dua orang lagi kawannya.

Felix menggeleng kerana membeli rokok pada usianya boleh mendatangkan masalah pada dirinya.

Melihatkan gelengan Felix,In Ho bersama dua orang lagi kawannya membawa Felix menuju ke stor sukan yang terletak di belakang sekolah.

Selepas beberapa jam terkurung di situ,Hyunjin menjumpai Felix dengan luka-luka pada badannya akibat dipukul di dalam stor itu.Selepas kejadian itu,Hyunjin melaporkan hal itu kepada ibubapa Felix.

Kerana berang dengan apa yang berlaku,ibubapa Felix mengugut untuk menyaman pihak sekolah jika tidak mengeluarkan In Ho dan dua orang kawannya dari sekolah itu.Dan sejak itulah,Felix memulakan hidup barunya di sekolah tanpa sebarang gangguan.

End flashback.

"Eyyo,Felix!",satu suara memanggil namanya.

Felix yang baru saja ingin melangkahkan kaki,terpaku di tempatnya berdiri ketika itu.

Sohee menarik nafas lega bila melihat orang yang memanggil Felix itu ialah Hyunjin yang bersama dengan Eun.

Senyuman lebar Hyunjin perlahan-lahan menghilang sebaik saja melihat Felix lalu segera menghampiri kawan baiknya.

"Lix...kau kenapa?",tanya Hyunjin cemas.

"Hyunjin...kita bawak Felix pergi duduk dulu.",ajak Sohee dan Hyunjin mengangguk setuju.

Sohee jalan bersama Eun sementara Hyunjin membawa Felix menuju ke arah bangku yang berhampiran.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Suzy menunggu di depan rumah Jackson selepas memanggil beberapa kali.Sambil menunggu,barulah dia perasan yang pintu rumah itu berkunci menandakan tiada sesiapa di rumah itu.

"Hmm...kat kedai kot.",Suzy meneka lalu mengorak langkah menuju ke kedai Jackson.

Kedai Runcit Jackson Maju

Jackson menari kecil sambil menyusun barang di rak yang tersedia.Mulutnya pula terkumat kamit melantunkan lirik.

Setelah siap menyusun,dia memalingkan badannya.Kerana terkejut dengan kehadiran Suzy,hampir saja barang yang disusun tadi terjatuh kerana dilanggar Jackson.

"Aw..awak buat apa kat sini...Hehe",tanya Jackson dan telinganya sudah merah menahan malu.

Dia berdoa dalam hatinya supaya Suzy tidak melihat dia menari sakan semasa menyusun barang tadi.

"Saya nak bagi awak makanan...",jelas Suzy lalu mengangkat plastik yang berisi bekas makanan tadi.

"Tadi saya pergi rumah awak,tapi tak ada orang...jadi saya datang sini.",tambah Suzy lagi.

𝐔𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝓛𝓸𝓿𝓮 || ˡᵉᵉ ᶠᵉˡⁱˣ || ✓Where stories live. Discover now