Jiyeon menatap dua orang yang baru berada di bilik mesyuarat . Nampaknya , ini seperti ada pertempuran besar . Padahal hanya jawatan sahaja . Tipu jika dia tidak kenal orang ini , perempuan tua ini Aunty Ahn .
" Hidup lagi kau Jiyeon . ingat dah mati " Katanya selamba . Patut tiada lelaki mahukannya kerana mulut suka main lepas cakap sahaja .
" Aunty bujang lagi rupanya , ingat selama saya hilang Aunty dah kahwin . rupanya tidak pun huh " Balas Jiyeon kembali . Pn.Ahn memandang Jiyeon tajam . Tidak sangka Jiyeon berani lawan kembali .
" Ok mari kita mulakan " Taeil bersuara .
" Jadi , kami terpaksa batalkan permohonan Puan ni sebab pewaris dah beri syarikat ini kepada Jung Jiyeon , anaknya sendiri . Syarikat ini telah sah atas namanya " Kata Taeil . Jiyeon mengangguk setuju . Dia akan berlawan juga supaya Aunty Ahn tidak dapat satu sen .
" Tch "
" Tapi Jiyeon masih muda lagi dan dia belajar pun tak habis . biar sahajalah dia sambung belajar semula . saya tahu dan saya yakin Pn.Ahn boleh menjaga syarikat ini , lagipun Pn.Ahn juga sebahagian dari keluar Jiyeon kan ? Jiyeon boleh dijaga dan menjaga keuntungan juga . Biarlah president itu diberi kepada Pn.Ahn " Ujar Dongji . Pn.Ahn hanya memberi senyum sinis ke arah Jiyeon .
" Syarikat ni atas nama saya . kenapa perlu serahkan dekat Pn. Ahn ? Makcik saya sendiri . lagipun saya tahu nak handle syarikat ini . Jaehyun dah ajar saya semua benda , jadi tiada siapa yang boleh ambil tanpa persetujuan saya . saya tak setuju ! " Jawab Jiyeon matanya beralih memandang Pn.Ahn . Makin perang besar di dalam bilik mesyuarat ini , dia tidak benarkan keluarganya sendiri mengambil syarikat ini . Baginya Pn.Ahn tiada hak langsung .
" Lagipun sewaktu orang tua saya susah , orang tua dihadapan saya ini tak pernah datang membantu pun malah siap berpura - pura baik dengan ahli keluarga saya . tambah lagi , setelah pergi kematian Appa saya dia pernah racun fikiran Omma saya dia minta serahkan semuanya nasib baik saya baca betul - betul surat yang dia suruh Omma saya tandakan " Kata Jiyeon membuat Pn.Ahn naik darah . Gadis itu tidak pandai berbohong . Dia berkata benar . Semua memandang Pn.Ahn .
tbc .
YOU ARE READING
Psycho . Lee Taeyong ✔️
RandomBagaimana hidup dengan seorang psycho ? Rasa tidak bebas . Sentiasa diperhatikan . Sesiapa sahaja yang mendekati kau akan dibunuh oleh dia . Hanya kau sahaja milik dia .