BAB 5 - FLASH BACK MEMORIES

4 0 0
                                    

Flash back..

"Mana awak ni Zafran ? Saya call tak angkat, whatsapp tak reply." Aku resah di atas katil.

Exam baru je berakhir petang tadi dan masing-masing melepaskan tension dengan keluar ke bandar sebelum meneruskan internship selama 3 bulan. Ini je masa yang aku ada untuk berjumpa dengan Zafran, berbincang tentang masalah hubungan kami yang semakin rumit. Aku cuba call lagi tapi hampa. Voice mail tak habis-habis. Tahap kesabaranku sudah sampai hadnya. Aku call Ari, rakan Zafran. Panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, Ari. Dinda ni."

"Waalaikumussalam. Eh Dinda. Ada apa call ni ?"

"Zaf ada dengan awak tak ?"

"Ohh cari Zaf ke.. Ingatkan ada apa tadi. Ada je tu tengah lepak dengan kawan yang lain. Kenapa tak call handphone dia je ?"

"Saya call dia tak angkat. Whatsapp pun tak reply. Tu yang call awak."

"Oh maybe dia tak perasan tu. Nak saya panggil dia ke ?"

"Boleh jugak."

"Ok kejap ye."

Terdengar Ari memanggil Zafran. Beberapa saat kemudian terdengar suara Zafran.

"Hello. Dinda ?"

"Yes. Mana awak pergi Zaf ? Penat saya call banyak kali tak berangkat." Aku sudah nak membebel.

Aku dengar Zafran mengeluh.

"Saya ada je ni. Tengah lepak dengan dia orang. Tak hilang mana lah awak." Dia menjawab malas.

"Saya nak jumpa awak kejap."

"Kenapa ?"

"Kenapa ? Nak jumpa boyfriend sendiri pun tak boleh dah ke ? Kena ada alasan ?"

"Bukan macam tu sayang. Saya tanya je."

"So, boleh ke tidak ?"

Aku menunggu jawapan Zafran. Lama betul dia fikir.

"Hmm bolehlah. Nak jumpa kat mana ?"

"Awak datang sini. Kita jumpa tempat biasa." 

"Hmm ok. 15 minit."

"Okay." 


Aku menunggu di tempat biasa kami berjumpa iaitu di taman rekreasi di dalam kawasan kampus. Kelihatan beberapa pasangan dan berkumpulan juga berada di sini. Mesti masing-masing melepaskan tension setelah beberapa bulan berhempas pulas dengan assignment, presentation dan exam.

"Hai awak." Sapa Zafran dan duduk di bangku sebelahku.

"Hai." Aku memandangnya. Rindu.. Kenapa dia pakai sweater dengan hoodie tutup kepala ?

"Sejuk ke ?" Tanyaku.

"Haah. Sejuk sikit." Sejuk ? Aku tak rasa sejuk pulak.

"Kenapa nak jumpa saya ni ?"

"Allah.. Nak jumpa pun tak boleh ke ? Dah berapa lama tak jumpa."

"Kan baru je jumpa hari tu."

"Bila ? Time bola hari tu ? Sebulan yang lepas ? Jumpa pun tak sampai 5 minit."

"Ok lah tu. Tengah busy kan."

"Busylah sangat. Ni sekarang dah habis exam semua nak bagi alasan apa ? Busy main game ? Lepak dengan kawan pulak ?"

"Okay, okay. Saya dah ada ni kan. Tak payah lah nak perli saya lagi." Zafran bersuara malas.

Aku menghela nafas. Aku mengadapnya. Aku pandang matanya lama. Dia seperti tak selesa.

HANYA AKU CINTA KAU SEORANGWhere stories live. Discover now