"Dinda !" Aku berpaling ke belakang. Alamak ! Apa lagi mamat ni nak ? Aku berjalan laju hendak masuk ke dalam kereta.
"Dinda, tunggu kejap." Irfan mengejarku.
"Apa lagi ni Irfan ?" Aku bersuara malas. Langkah ku paku.
"Semalam Syima jumpa awak ?"
"Yes."
"Dia cakap apa ?"
"Awak berdua ni tak jumpa ke discuss satu meja ?"
"Nak discuss apa lagi dengan dia ? Dah terang saya cakap saya dah tak sayangkan dia."
"Ok. So, antara kita pun dah tak ada apa nak di bincangkan juga. Saya mintak diri dulu."
"Tunggulah sekejap." Dia menarik beg laptopku.
"Irfan !" Marahku.
"Ok sorry.. Sorry.."
Aku meluat.
"So betullah lelaki bajet 'Mat Salleh' semalam yang call saya tu boyfriend awak ?"
"Mulut tu jaga sikit. And yes.. He's my boyfriend."
"Tapi saya tak pernah nampak dia pun sebelum ni ? Saya tak pernah nampak pun awak berjalan atau keluar dengan mana-mana lelaki. Ke awak upah dia je ?"
"Stop it lah, Irfan. Saya letih nak layan awak. Saya ulang lagi sekali, stop kacau hidup saya. Dan tolong percaya yang saya ni dah ada boyfriend. Tak semua hal personal saya nak share, nak tunjuk dengan orang lain."
"Lagi satu, stop hantar bunga dan coklat awak tu. Sebab membazir. Saya tak suka bunga dan coklat pun. Bear pun jangan hantar dah." Aku berbohong. Chocolate is my favourite !
"Dinda, kenapa awak tak faham lagi yang saya ni suka kat awak since pertama kali kita jumpa. Awak baik, ramah dengan saya. Kenapa sekarang dah tak macam dulu ? Nampak saya je nak lari."
Dia ni tak faham lagi ke ?
"Awak sedar tak yang awak tu dah bertunang ? Senang-senang je kan awak nak buang tunang awak tu macam tu je. Tak kesian ke dia ? And for your information, saya anggap awak kawan je, tak lebih. Semua saya layan sama. Tak ada yang special sebab saya memang suka berkawan. Tapi tolong jangan salah faham dengan cara saya layan awak. Kalau awak berterusan macam ni, memang saya tak akan layan awak macam dulu."
Irfan mengeluh.
"Tolong lah Irfan, jangan macam ni. Awak dah bertunang. Dah nak kahwin dah dengan Syima. Kenapa nak kena kejar benda yang awak tahu awak takkan dapat ? Sedangkan awak tau apa yang awak boleh dapat ada depan mata dah. Tinggal tunggu masa je. Jangan lepaskan Syima. Awak dengan dia dah bertahun bersama. Jangan sebab saya yang awak baru kenal ni awak lupakan hubungan yang lama tu. Pleasee, saya merayu. Tolong lupakan niat awak tu. Saya betul-betul tak boleh terima awak lebih dari seorang kawan. Kalau awak putus dengan Syima pun saya tak akan terima awak.. Sebab saya dah ada boyfriend. Saya pun dah nak bertunang.."
Aip mulut ni. Terlebih pulak.
"Betul ke ?"
Aku angguk.
"Dengan mamat yang semalam call saya tu ke ?"
Aku angguk lagi. Tak apalah, bohong sunat. Eh, ada ke bohong sunat ?
"Takpelah kalau macam tu. Saya doakan semoga awak bahagia dengan dia. Saya tau dia baik orangnya."
"Eh, mana awak tau baik ? Cakap dalam phone je kan."
YOU ARE READING
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
Romance"Saya lepaskan awak.." Zafran. "Apa salah saya.. ?" Dinda Zulaikha. Di tinggalkan tanpa sebab membuat Dinda Zulaikha hilang arah. Sakit dan kecewa terpaksa di telan walau hati tidak rela. Cinta yang di sulam bertahun-tahun bersama Zafran akhirnya te...