MMMBB 17

311 14 0
                                    

Dasar perancang yang gagal, kalau aku tahu jadi macam ini, tidak ada maknanya aku akan ikut rancangan dia. Dan disebabkan rancangan yang gagal ini jugalah, aku berada di sini, membasuh koleksi kereta Adrian. Yang paling aku tidak percaya, dia sanggup sewa satu padang semata-mata untuk menyuruh aku basuh kereta-kereta dia saja. Pemandu-pemandu peribadi dia pun bukannya reti nak kasihan perempuan yang lemah macam aku, mereka pergi macam itu saja.

Aku menjeling tajam Adrian sedang selesa duduk di tempat duduk penonton sambil kaki yang bersilang. Dari jauh aku boleh nampak yang dia sedang tersenyum sini melihat ke arah aku yang terseksa ini. Kalau boleh, nak saja aku koyakkan bibir dia yang asyik tersenyum sinis itu. Menyampah pula aku tengok.

Kereta terakhir itu dilap sehingga kering, dan akhirnya tamatlah penderitaan aku. Terus terduduk aku di atas rumput padang itu, kaki diluruskan. Penatnya, sudahlah panas, kereta pula bukannya sikit. Entah apalah yang dia buat dengan kereta yang sebanyak ini, pada akhirnya dia bawa motorbike juga untuk bergerak ke mana-mana. Membazir duit mak bapa saja.

"Penat ke?" Aku menggulingkan mata sebaik mendengar persoalan itu, mengangkat wajah lalu satu senyuman bahagia yang palsu diberi.

"Tak adalah, saya suka terpacak dekat tengah panas, basuh koleksi kereta orang yang entah diguna entah tidak. Saya suka sangat..." Ujar aku sungguh sakarstik, Adrian hanya tergelak sinis. Aku menggulingkan mata, masih tidak bangun dari duduk.

"Aku tahu kau suka, itu yang aku suruh kau buat." Sakitnya hati aku yang mendengar, rasa macam nak sepak kepala dia biar masuk dalam gol. Tidak membalas apa-apa, aku hanya mendiamkan diri. Malas nak melayan manusia yang semula jadi menjengkelkan ini.

Seketika kemudian Adrian membaling tuala tepat pada kepala aku, membuatkan aku menjeling tajam ke arahnya. Mamat ini memang tiada adab atau apa? Boleh saja dia hulur elok-elok, tapi dia pilih untuk campak.

Adrian yang perasan akan jeling tajam yang diberi itu hanya mengangkat kening, "Apa?" Soalnya, langsung tiada rasa bersalah.

Aku menarik senyuman palsu, "Kenapa tak campak batu saja dekat kepala saya?" Soal aku, sakarstik.

"Nak ke?"

Ya Allah, kuatkanlah iman hamba-Mu ini. Kenapa dia sangat menjengkelkan? Terasa nak menangis pula. Apalah yang aku buat sampaikan kena hadap manusia seperti ini? Keturunan ke berapakah yang punya angkara ini?

Adrian tergelak, melabuh duduk berhadapan dengan aku, "Aku suka sangat tengok kau marah, rasa macam nak sepak saja." Ujarnya.

"Gila..." Aku berkata, perlahan. Namun tetap boleh didengari oleh Adrian, membuatkan lelaki itu tergelak.

"Jampi apa agaknya yang kau guna?" Soalan yang diberi membuatkan aku mengerut dahi, tidak memahami akan perkara yang cuba lelaki ini maksudkan. Namun, aku malas hendak menyoal lebih, tidak mahu lelaki ini menyakitkan hati lagi.

"Nak main game tak?" Soalan itu membuatkan aku mengangkat kening, ingin tahu juga tentang permainan yang dia mahu cadangkan.

"Apa?"

Adrian menarik senyum sinis, "Well, it's just a simple game. So, if we start this game... I'll treat you nicely and sweetly, I'll accompany you 24/7-"

"I don't need you accompany." Aku memotong katanya.

"Let me finish first you dumb creature." Dia berkata, marah apabila aku mengganggu penerangan yang dia lakukan.

"Sambunglah."

"We'll hang out together, giving each other nicknames. And whoever fall in love first? Loses. Easy, right?" Ujarnya, memandang tepat pada mata aku.

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now