MMMBB 51

554 18 0
                                    

"If you truly love someone, being faithful is easy."

Petikan itu sentiasa menjadi pedoman di hati. Biarpun setelah tiga tahun berpisah, tetapi hatinya masih setia terhadap wanita yang sama. Setiap waktu yang dia miliki, tidak sesaat pun yang mampu membuatkan dirinya lupa akan wanita yang miliki cintanya yang satu itu. Walau begitu dia berharap cintanya itu tidak dibalas dengan kehampaan. 

"Meanie old man!" Kedengaran jeritan nyaring itu memanggil namanya dari hujung koridor. Bibir sudah mengukirkan senyuman, tidak perlu diteka pun dia sudah tahu gerangan yang memanggil.

Tubuh yang tadinya menghadap pada pemandangan bandar Kanada kini dibawa ke meja kerjanya, punggung dilabuhkan di atas kerusi kulit. Pintu ditolak perlahan, tersembul wajah anak saudaranya yang tergelak bahagia sebaik melihat wajah lelaki itu. Beg saja sudah besar dari badan, rambut pula diikat dengan gaya twintail. Comel!

Adrian bertindak mendepakan tangannya, pantas saja budak kecil itu berlari terkedek untuk masuk ke dalam dakapannya. Adrian mengangkat tubuh kecil itu lalu ditempatkan di atas pehanya. Hidung butang milik anak saudaranya itu dicuit perlahan, berkerut budak itu dibuatnya.

"Did you just called me meanie old man, liltte one?" Adrian menyoal kepada budak yang sudah berpeluk tubuh sambil mengalihkan pandangan, sengaja ingin menunjukkan protes hanya kerana hidungnya dicuit.

Adrian tersenyum melihat lagat budak yang mengada itu, nak saja digomol pipi pau itu. Nasib saja anak orang, kalau tidak memang habislah budak itu dikerjakannya. Comel sangat!

"Daisy Amara!" Sudah pula datangnya ibu kepada budak yang terlepas itu, lantang saja panggilan itu. Dari segi suara saja boleh dikatakan bahawa kakaknya itu seorang yang tegas. Tegas wanita itu pun masih tidak boleh mengawal anaknya yang nakal itu.

Terdengar saja suara lantang itu, terus Daisy menyorokkan wajah dalam dada bidang milik Adrian, tangan kecil itu melingkar pada leher lelaki itu. Tahu pula takut...

Pintu pejabat itu dibuka, tersembul wajah Adriana yang boleh dikatakan marah pada ketika itu. Makin erat pelukan Daisy, tersenyum Adrian dibuatnya. "Your mom is calling for you, my little baby." Bisik Adrian perlahan pada telinga budak itu.

Perlahan Daisy mengangkat wajahnya daripada dada bidang itu, mata yang bulat bersinar itu memandang pada wajah Adrian, meminta agar lelaki itu memujuk ibunya itu agar tidak memarahinya. Adrian menggulingkan mata, pandai saja Daisy menggunakan wajah yang sudah semestinya menjadi kelemahannya sebagai jalan untuk terlepas daripada dimarahi.

"Relax... Daisy is right here with me. No need to be Thanos, you're scaring her." Adrian berkata, membela nasib anak saudaranya yang seorang itu.

Adriana menggulingkan mata tanda menyampah. Langkahnya dibawa ke meja, punggung dilabuhkan di atas kerusi kulit yang tersedia di situ. Mata kemudiannya mencerlung tajam ke arah anaknya yang masih dalam dakapan adiknya itu.

"Yang kau angin semacam ni kenapa? Bukan selalu ke dia datang sini. Memang rutin dia, kan? Yang nak marah pula kenapa?" Adrian bersuara lagi, semacam saja kakaknya itu. Pasti ada yang tidak kena.

"Anak saudara kesayangan kau ni pergi gigitnya tangan Claudia tadi, habis tertumpah air panas kena tangan perempuan tu." Dengar saja akan punca kemarahan kakaknya itu, Adrian mengalih semula pandangan kepada Daisy, terkejut juga dengan berita itu.

"You did that, my little Daisy?" Adrian menyoal meminta kepastian daripada tuan badan itu sendiri.

Daisy mengangguk, "She try to flirt you..." Dia memberi alasan atas tindakannya. Memang Claudia adalah wanita yang tidak disukainya. 

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now