MMMBB 30

336 13 0
                                    

Dahi berkerut dek kerana berasa keliru apabila Adrian selamba saja berjalan melepasi aku, sepertinya aku halimunan di mata dia. Sudahlah mesej yang aku hantar dalam dua hari ini tidak dibalas, malah dia hanya baca saja. Sekarang, dia boleh pula abaikan kewujudan aku.

Disebabkan rasa ingin tahu akan punca dia berkelakuan begitu, aku mempercepatkan langkah untuk mengejarnya yang telah pun menapak keluar daripada bangunan itu. Aku mengikut langkahnya ke tempat motorbikenya dipakir.

"Adrian..." Aku memanggil dengan nafas yang tercungap dek kerana berlari marathon seketika tadi.

Adrian menoleh dan hanya memberikan pandangan malas kepada aku, langsung tidak memberi sahutan.

Aku mengerut dahi melihat pipinya yang lebam, lalu tangannya dicapai kasar, dibelek buku jarinya yang luka itu, "Awak bergaduh ke, Adrian?" Aku menyoal dengan nada serius.

Adrian menarik semula tangannya, "Dah kalau muka lebam, tangan luka, takkanlah aku main pondok-pondok pula, kan?" Balasan sakarstik diberi olehnya.

"Awak fikir benda ni lawak ke?" Aku menyoal, marah apabila kerisauan yang ditunjukkan tidak dipedulikan.

"Aku tak ketawa pun."

Aku memandangnya dengan pandangan tajam, "Boleh serius sikit tak?" Aku berkata, tidak berpuas hati apabila Adrian mempermainkan kerisauan aku pada ketika itu.

"I am serious."

Aku melepaskan keluhan, rambut disisirkan ke belakang. Berdasarkan setiap sahutan yang Adrian berikan, aku pasti bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya ada buat salah ke?"

Adrian menggeleng, "Bukan ada buat masalah, cumanya aku rasa kau bermasalah." Ujarnya, selamba saja dengan nada monoton itu.

"Kenapa pula?"

Adrian mengangkat bahu, "Tanya diri kau sendiri, kenapa yang kau sibuk sangat pasal aku? Lantaklah kalau aku nak bergaduh sekalipun." Dia berkata, riak kosong yang tidak berperasaan, sepertinya gaduh itu rutin harian terlukis pada wajah.

"Tak, sekarang ni awak kenapa? Angin semacam saja, saya ada buat salah ke? Kenapa awak mengelak dari saya?" Aku menyoal, mengabaikan kenyataan yang dia berikan seketika tadi.

"Jawapan dekat kau, pandailah cari sendiri." Ujarnya, berkira-kira hendak melangkah pergi daripada situ. Namun langkahnya dimatikan seketika, menoleh semula ke arah aku yang keliru, "Good luck for your final. Rasanya lepas ni kita boleh buat haluan masing-masing sebab cabaran kita dah nak tamat." Sambungnya sebelum meninggalkan aku yang terpinga di situ.

Aku mengerut dahi mendengar pada kenyataan yang diberi, telefon dikeluarkan daripada beg, aplikasi kalender dibuka. Dahi ditepuk perlahan apabila baru tersedar akan tarikh di mana cabaran yang dilakukan itu akan tamat.

Sebab itu ke Adrian dingin dengan aku? Aku menggeleng kepala untuk menjawab soalan yang bermain di fikiran itu. Aku yakin ada punca lain, yang pasti bukan kerana cabaran ini.

-

Safiya menyisir kasar rambutnya itu, melihatkan saja Irsyad yang dengan selambanya menyuapkan aiskrim itu ke dalam mulut. Sakitnya rasa hati, lelaki itu hanya mengabaikan saja dirinya yang sedang di dalam api cemburu itu. Lembab sangat lelaki itu menangkap klu. Kalau begini, memang sampai bila-bila memang jawapan yang dicari itu takkan dia tahu.

Irsyad mengangkat muka, melihat pada wajah Safiya yang bengis sejak dari tadi, dengan tangan yang bersilang, mata yanh tajam melihat ke arahnya, memang nampak yang Safiya sedang marah pada ketika itu. Tapi masalahnya, dia sendiri tak tahu punca Safiya marah.

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now