MMMBB 23

305 11 0
                                    

Tubuh direbahkan di atas lantai gelanggang itu selepas jaringan keempat itu dimiliki oleh Adrian, tiada lagi tenaga untuk meneruskan perlawanan itu. Sia-sia saja. Sudahlah mamat ini memang pakar bermain bola keranjang, mana mahunya aku boleh menang lawan dia. Lagipun sudah lama aku tidak bermain sukan ini, memang keras badan jawabnya.

Nafas yang tercungap itu cuba dikawal, namun tiba-tiba saja sehelai tuala dicampak pada wajah aku. Tuala dialihkan, melihat pada Adrian yang berdiri tegak sambil bercekak pinggang, memandang ke arah yang terlentang itu.

"Kau duduk sekarang, fikir elok ke perempuan baring terlentang macam ni dekat depan lelaki? Nasib baik depan aku, kalau depan perogol macam mana? Mahu dikendurikan kau dekat sini." Bebelnya panjang, merenung tajam ke arah aku yang masih lagi terbaring itu.

Parah sangat letihnya, sampaikan tidak mampu aku untuk membangunkan tubuh itu. Tuala itu digunakan untuk menutup bahagian dada, mata dilelapkan seketika.

"Ayra, kau bangun sekarang sebelum aku campak bola ni dekat perut kau." Ugutnya sambil beracah ingin mencampak bola itu pada aku.

Dengan wajah keterpaksaan, aku membangunkan juga tubuh, "Ini semua sebab awak." Tidak semenanya aku menyalahkan Adrian tanpa tujuan.

Adrian mengerut kening dengan wajah yang tidak bersalah, "Apa benda pula salah aku?"

"Yalah, ini semua awak punya pasal. Kalau awak tak buat perlawanan ni, tak ada maknanya saya terbaring dekat sini." Aku mengomel, menyalahkan dirinya.

Mata Adrian pada ketika itu sungguh kelihatan seperti dia tidak bersalah, suci benar, "Yang kau terima juga, kenapa?" Dia menyoal dengan nada yang penuh kesucian.

"Salah saya pula ni?"

Adrian mengangguk, "Memang kau yang salah, kenapa aku pula yang dipersalahkan?" Ujarnya, nadanya terus diubah menjadi monoton.

"Apa-apa sajalah... Saya nak balik." Aku membalas, mula mengangkat punggung dari lantai itu.

"Aik, awalnya... Tak nak main lagi ke?"

Aku memberikan wajah yang tidak puas hati, "Buat apa? Bukannya menang pun, sia-sia saja. Baik saya pergi picnic sendiri saja." Aku berkata, bersiap sedia untuk melangkah keluar daripada gelanggang itu.

Adrian berdecit, "Yalah, sabar kejap." Ujarnya sebelum mengarahkan salah seorang daripada pengawalnya mengunci gelanggang itu.

-

Ziyad menghentak sudunya pada pinggan itu berkali, matanya tajam melihat ke arah dua figura yang sedang bermesra itu. Irsyad yang dudk berhadapan dengannya itu melihatkan saja kerenah sahabatnya, matanya ada juga ditoleh ke arah yang sama tetapi dia tidak nampak pula sebab lelaki itu jadi begini. Kena sampuk dengan jembalang tanah mana pula mamat itu?

Disebabkan tidak tahan dengan bunyi bising akibat dari hentakan berkali itu, akhirnya Irsyad memilih untuk bersuara, "Kau dah kenapa? Memekaklah anak babun." Ujarnya dengan nada yang menunjukkan bahawa dia jengkel.

Sepasang mata helang milik Ziyad itu kini teralih pada Irsyad, tidak menyahut langsung ujaran sahabatnya itu. Nasi itu disuap kasar ke dalam mulutnya. Disebabkan panas hati, dia hanya mendiamkan saja diri.

"Aku tak tahu apa masalah kau, tapi boleh tak jangan buat benda yang membingitkan telinga aku? Nak marah, biar kau seorang saja yang tahu. Aku tak nak..." Ujar Irsyad sebelum buku nota tebalnya itu diselak ke muka surat yang seterusnya. Kacau betul orang mahu ulang kaji!

Ziyad menutup matanya, perlahan dia melepaskan keluhan, marahnya cuba disimpan. "Adrian masih marahkan aku ke?" Soalnya sambil mata perlahan dibuka semula.

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now