MMMBB 1

1.3K 32 1
                                    

5 tahun sebelum...

"AYRAAA!"

Aku terus tersedar dari lena, terduduk di atas katil dengan keadaan yang masih mamai. Kemudian pintu bilik diterjah dan terpancul wajah abang yang sudah tentu dalam keadaan marah. Wajah abang dipandang dengan mata yang separa tertutup, hanya Tuhan saja tahu betapa mengantuknya aku ketika itu. Dengan keadaan marah, abang terus menarik aku dari katil. Dan hasilnya aku terjatuh dari katil, dan pinggul aku terasa sakit.

"Kau sedar tak yang kau dah lewat?! Aku ke kau yang student?" Dia mengamuk, menepuk pipi aku perlahan. Sedaya upaya untuk menyedarkan aku dari kemamaian itu, akhirnya dengan keterpaksaan, aku mencelikkan juga mata yang masih berat itu.

Mula mengatur langkah ke arah kamar mandi, bersiap sedia untuk ke kampus walaupun masih dalam keadaan yang separa sedar. Abang yang masih berada di dalam bilik itu hanya mampu menggeleng kepala, tidak mampu berkata lebih. Memang itulah perangai buruk adiknya yang memang tidak mampu diubah lagi. Kemudian jam yang tergantung pada dinding itu dikerling, matanya terbeliak.

"CEPATLAH, AYRA!!!" Dia pula yang rasa cemas, seperti dia pula yang lambat untuk ke kuliah. Tangannya ligat mengemaskan katil adiknya itu. Di sini kita boleh lihat perangai sebenar seorang perempuan yang diberi nama Ayra Qaireen.

-

Sebaik saja kereta itu berhenti di hadapan pintu utama kampus, tangan abang terus diraih lalu dicium. Tanpa berkata lebih, aku terus bergegas melangkah masuk ke kampus. Jam yang melekap pada pergelangan tangan itu dikerling. Sepuluh minit lagi sebelum sesi pembelajaran bermula, aku mempercepatkan langkah.

Sepanjang aku menjadi seorang pelajar di Angel Wood University ini, aku tidak pernah lewat walaupun sesaat. Dan pada hari ini, aku telah mencipta sejarah. Ini semua angkara ketagihan menonton drama Korea yang tiada penghujung, dan akhirnya aku juga yang berpeluh dek terkejar-kejar untuk sampai ke kampus sebelum sesi pembelajaran bermula.

Pintu dewan kuliah ditolak perlahan, menjengguk terlebih dahulu ruang dewan itu, ingin memastikan yang aku sempat sampai sebelum pensyarah. Nasib sungguh menyebelahi aku pada hari itu, nafas lega dihelakan. Tanpa berlengah lagi, aku mula mengatur langkah ke arah tempat duduk.

Aku menyilangkan tangan di atas meja lalu merehatkan kepala di atasnya, tidak menyempat untuk melepaskan beg dari bahu. Penat yang tidak terkata, ditambahkan pula dengan rasa kantuk.

"Ini kali pertama aku nampak kau orang yang terakhir buka pintu dewan. Macam tak percaya dengan mata sendiri pula rasanya." Tidak perlu mencelik mata untuk melihat pemilik suara itu, aku sudah pun cam. Sudah semestinya suara itu milik Irsyad Zikri, salah seorang daripada kumpulan yang aku gelarkan The Troublemaker.

Namun bagi pendapat aku, Irsyad lebih kurang melakukan masalah berbanding dua orang ahli lain. Bagi aku, Irsyad seorang yang suka berjenaka dan lucu. Sikapnya itu mampu membuatkan wanita di kampus ini tertawan. Dia mempunyai pemikiran yang rasional, dan disenangi semua pelajar terutamanya kaum wanita. Memang tidak akan pernah kenal erti bosan apabila semeja dengannya.

"Sabar sekejap. Bagi aku lima minit untuk bernafas, penat lari marathon di pagi hari." Irsyad yang mendengar kenyataan itu mula mentertawakan aku. Membuatkan aku berkerut dahi, sedikit keliru.

"Nak bagitahu, sebenarnya kelas dibatalkan, pensyarah ada miting. Jadi, larian marathon yang kau join tadi sangat sia-sia." Aku terus mencelik mata, memandang tepat pada Irsyad yang sedang duduk berhadapan dengan aku pada ketika itu.

"Kau biar betul?" Irsyad mengangguk sebagai jawapan, sepenggal senyuman terukir di bibirnya. Manakala aku pula terasa ingin membakar bangunan universiti ini. Sakit pula hati kerana pembatalan kelas tidak diberitahu awal. Aku mula protes kecil, Irsyad hanya tergelak kecil.

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now