EPILOG [FIN]

734 22 0
                                    

Well, last epilogue is here. I will continue to use the 1st person POV for Ayra.

It's the ending, guys.

Okay!

Let's get started...

###

Tubuh disandarkan pada kerusi, bibir melepaskan satu keluhan berat, cermin mata ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja. Mata ditutup, tangan bergerak untuk mengurut dahi, ingin menghilangkan sedikit daripada keletihan hari itu. Perlahan mata terasa ingin dilelap, Tuhan saja yang tahu betapa letihnya aku pada saat itu.

Tokk! Tokk!

Terbantut sudah niat, mata dibuka semula, mengalihkan pandangan ke arah daun pintu yang dibuka dari luar secara perlahan, tersembul wajah Irsyad. Lantas posisi kedudukan dibetulkan semula, bibir mengukirkan satu senyuman letih sebagai tanda menyambut kedatangan lelaki itu.

"Letihnya lahai Doktor Ayra Qaireen, kesian..."

Irsyad menegur sebelum melabuh duduk di kerusi yang tersedia dalam ruangan bilik itu. Aku hanya membalas dengan senyuman, tubuh disandar semula pada kerusi, mata pula separa terbuka. Letih sungguh gamaknya!

"Balik sajalah, letih sangat aku tengok. Macam mayat hidup dah... Nanti aku sendiri tak dapat bezakan, yang mana doktor, yang mana pesakit."

Irsyad meloyar buruk. Lagipun, itulah hakikatnya. Memang ternyata wanita itu kelihatan terlalu letih, tidur pun entah terjaga atau tidak. Jadi, dia sebagai sahabat yang prihatin mestilah risau.

"Kau datang sini kenapa? Ada apa-apa ke?"

Aku tidak memberi respon terhadap kenyataan yang diberi, sebaliknya soalan dilontarkan. Untuk apa ambil kisah tentang perkara yang diri sendiri pun sudah tahu, kan? Aku tahu yang rupa aku pada saat itu ternyata hodoh, jadi tiada komen.

"Aku dengar yang kau nangis tadi... Spill the tea."

Irsyad menyatakan tujuan utamanya datang menjenguk. Dia telah diberitahu oleh salah seorang daripada jururawat bahawa sahabatnya itu tanpa sengaja menangis semasa sesi kaunseling.

Aku menggulingkan mata, tahu sangat dengan sikap mak cik bawang yang tidak mampu dipisahkan daripada Irsyad itu. Bukannya dia prihatin sangat pun, propa saja. Menyampah!

"Tak ada teh pun yang boleh ditumpahkan, membazir saja. Dah, pergi main jauh-jauh..."

Aku pula mengambil giliran untuk meloyar buruk, sekali gus menghalau lelaki itu. Kacau daun saja, baru hendak terlelap.

Irsyad menayangkan riak yang tidak berpuas hati. Tahu sangat yang wanita itu menyorokkan sesuatu. Bukannya perkara normal untuk seorang Ayra Qaireen untuk menangis tidak tentu pasal. Jika tidak muka tegang, mesti wajah ketat, sama saja, kan? Tapi itulah point utama yang dia mahu sampaikan.

Bukannya kata yang wanita itu tidak menangis atau tidak berperasaan, cumanya dia jarang hendak menangis, terutamanya di depan penglihatan orang. Ditambahkan pula ini dia menangis tanpa sengaja. Nampak sangat ada yang disorokkan.

Akhirnya, Irsyad melepaskan keluhan. Jika wanita itu tidak mahu memberitahu, jadi siapalah dia untuk memaksa, kan? Pandailah dia mengawal perasaan sendiri.

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now