EPILOG [1]

509 15 0
                                    

Cinta tidak semestinya perlu untuk melalui alam percintaan yang sempurna. Setiap pasangan pasti mempunyai jalan percintaan yang berbeza sebelum menggapai cinta yang indah. Siapa yang sangka, pasangan yang agak rumit ini akan menamatkan zaman bujang mereka terlebih dahulu, kan? Laju pula mereka bertindak, kalah sudah dua pasangan yang hangat bercinta sejak zaman universiti lagi. Benarlah kata orang, cinta itu tiada jangkaan.

Cinta yang mulanya daripada sebuah kepalsuan akhirnya membawa mereka kepada satu perhubungan yang kekal. Daripada seorang yang buaya dan takut akan komitmen kepada seseorang yang setia dan komited. Perubahan 360 darjah, kata orang.

Tidak kurang juga pada bahagian wanitanya, daripada seseorang yang mudah meletakkan suatu kepercayaan kepada seseorang yang lebih berhati-hati dalam memilih orang untuk masuk ke dalam hidupnya. Tiada perubahan yang drastik, namun cukup untuk mengelakkan kekecewaan melanda lagi. Mahukan kepercayaan, maka usahalah untuk dapatkannya.

"Kalau awak sepahkan laman belakang saya, I swear I'll cut your throat."

Walaupun dengan mata yang bertutup, sempat lagi amaran keras itu diberi. Nampaknya, laman belakang itu lebih penting daripada suaminya sendiri.

Nasib kaulah, Ziyad!

"Awak dah kenapa? Bila masanya yang saya boleh buka mata? Ada juga yang patah sia-sia nanti tangan awak ni."

Ziyad hanya menadah telinga. Apalah sangat dengan bebelan yang bertubi itu, kan? Sejak berkahwin, mulut milik Eryana memang tidak kenal erti senyap. Bebel adalah rutin harian. Imun jadinya si Ziyad.

Perlahan pasang mata milik isterinya itu dibuka. Eryana membuka mata yang sedari tertutup dengan perlahan, cuba mengawal cahaya yang masuk dalam matanya. Ziyad hanya menanti akan reaksi daripada isterinya.

Ini kalau Eryana tidak terharu juga, memang sah wanita itu ada masalah mental. Berjam juga Ziyad menghabiskan masa untuk menghias laman itu, dengan harap dapatlah dia menunjukkan betapa berharganya Eryana dalam hidupnya.

"Wow! Awak buang masa sepanjang petang hanya untuk buat semua ni?"

Eryana agak kagum dengan segala yang telah dipersiapkan.

"Kenapa? Awak tak suka?"

Eryana menggeleng, tubuh dikalih menghadap kepada suaminya.

"I love it. I just a bit speechless?"

Jawapan yang kedengaran seperti ragu-ragu itu membuatkan Ziyad sedikit bimbang. Takut jika Eryana tidak menyukai perkara yang telah dia sediakan.

"Hey, babe... I love it, really. I just don't like it when spend you times and money just to do this little surprise for me."

Bukan niatnya untuk membuatkan Ziyad merasakan bahawa usahanya tidak dihargai. Cumanya Eryana sangatlah tidak suka akan idea dalam pembaziran. Ya, keluarganya kaya dan begitu juga dirinya. Tapi itu tidak memberikan apa-apa jaminan bahawa kekayaan yang dia milik akan berkekalan.

"But I just wanna show you how much you meant for me. How grateful I am when you accept me back, even after all the heartbreaks I gave you."

Eryana tersenyum, tangan suaminya itu diraih lalu ditarik perlahan menuju ke arah khemah kecil yang telah disediakan itu. Mereka melabuh duduk di situ.

"Even if you don't do surprises for me, I will still loves you the same. Perkara yang dah lepas, tak payahlah kita nak ingat semula. You never give me heartbreaks, anyways."

Pandangannya pada Ziyad kini dialihkan pula pada bintang yang bersinar dan bulan yang cantik menghiasi langit malam itu. Bibirnya mengukirkan senyuman.

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now