"Seriuss aaa?!"
tanya Alia, Naura mengangguk,
"Kau terima dia?"
tanya Alia lagi, Naura mengangguk,
"Uishh! Bukan biashe-biashe pakwe kawan aku ni."
kata Alia,
"Eh macam mana dia tahu?"
tanya Alia,
"Kau ni... dia kan tu.. mestilah dia dapat cari semua maklumat tentang aku."
kata Naura, Alia menepuk dahinya,
"Lupa lah! Hehe.."
dia tersenggih,
"Jadi sekarang ni, takda orang tahu la selain aku?"
tanya Alia, Naura mengangguk,
"Hebat juga kau kan. "
kata Alia mengusik Naura,
"Eiii kau ni kan!"
Naura mencubit tangan Alia, sedang mereka berdua rancak berbual sambil menikmati makanan mereka,
" Cik, ni ada orang bagi surat ni."
kata pelayan restoran itu. Naura mengambilnya,
"Siapa bagi?"
tanya Naura, pelayan itu menunjukkan seorang lelaki yg berkemeja hitam di meja hadapan mereka. Naura terkejut melihat Jayden yg duduk bersama anak-anak buahnya, Jayden melambai ke arahnya bersama senyuman manis terukir di wajahnya.
"Tuan Muda ."
kata pelayan restoran itu,
"Terima kasih ya."
ucap Naura, pelayan itu mengangguk dan berlalu pergi.
" Hensem betul tuan muda kau tu Naura. "
kata Alia dengan teruja,
"Eh bukalah apa dia tulis tu!"
kata Alia lagi,
"Yerlah, kejap."
jawab Naura,
" You look beautiful today. Ti amo sweetheart! ❤️ "
"Eeeiii sweet betul lah korang ni!"
Alia memegang pipinya,
"Bertuah kau Naura!"
kata Alia, Naura tersenyum, Jayden yg berada diseberang menunjukkan mini love kepada Naura membuatkan Naura tertawa.
------------------
Di sebuah banglo,
3 orang gadis datang masuk ke biliknya. Seorang bersama pistol di kedua-dua belah seluarnya, seorang lagi bersama sebilah pedang panjang seakan samurai, manakala yang seorang hanya membawa sebilah pisau kecil diselitkan di belakangnya. Mereka menghampiri lelaki itu,
"Aku ada tugas untuk korang."
kata lelaki itu,
Dia menyerahkan sampul surat berwarna coklat kepada ketiga gadis itu. Mereka membukanya, beberapa keping gambar ada didalam sampul itu.
"Baik tuan!"
kata mereka dengan serentak.
"Korang boleh keluar. "
katanya, ketiga gadis itu keluar.
"Aku akan pastikan, semua tempat kau aku yg punya! HA ! HA! HA ! HA! HA!"
katanya.
-------------
Di Villa Seth,
"Tuan Besar! Tuan Besar!"
jerit salah seorang anak buah nya sambil berlari-lari memegang bahunya yg terluka. Tuan Besar Seth Hermensyah yg sedang duduk makan malam bersama keluarganya itu terkejut. Mereka bangun mendapatkan anak buahnya itu,
"Kenapa ni Adi?!"
tanya Adrian,
"Tuan, kawasan kita di bahagian selatan kena langgar oleh orang-orang Tony J!"
kata Adi, wajahnya menahan kesakitan pada bahu kanannya yg ditembak sebentar tadi semasa pertarungan itu.
"Ciss! C**** lah Tony!"
marah Zephan sambil dia menyepak kaki kerusi,
"Abang Adi okay tak ni?"
tanya Jayden,
"Okay sikit tuan muda. "
jawab Adi,
"Tuan Besar, ada seorang perempuan ni dia cakap, Tony J nak tuan bayar hutang lalu!"
kata Adi, Tuan Besar Seth Hermensyah terdiam, dia mengingat kembali peristiwa lalu dimana dia dan seorang tentera paskal telah membunuh Jackson, ayah kepada Tony J.
" Dunstan!"
panggil Adrian, seorang lelaki datang,
"Ya tuan?"
tanya Dunstan,
"Hantar Adi pergi hospital."
kata Adrian, Dunstan mengangguk,
"Dan hati-hati. Jangan sampai bertemu dengan budak Tony J."
tegas Adrian, lelaki bernama Dunstan itu mengangguk. Dia bersama Adi berlalu disitu.
Tuan Besar Seth Hermensyah duduk di sofa, Puan Besar Dhalia menenangkan suaminya itu,
"Abang... "
panggilnya, Tuan Besar Seth Hermensyah memandang wajah isterinya itu, kemudian wajah setiap anak nya.
"Pa, Zeph akan pastikan Tony J dapat balasan dia! P****** la dia tu!"
kata Zephan dengan nada yg marah,
"Papa arahkan je bila papa nak kiteorang langgar dia balik pa!"
kata Adrian,
"Sabar... papa akan bincang dengan keluarga yg lain dulu. "
kata Tuan Besar Seth Hermensyah.
"Pa... kalau kita tak buat sekarang, makin senang lah diaorang tu nak pijak kita pa!"
kata Zephan.
"Papa tahu, nanti papa bagi arahan. Kamu semua jaga diri baik-baik. Papa taknak apa-apa jadi kat kamu semua. "
kata Tuan Besar Hermensyah.
"Abang, jom rehat. "
kata Puan Besar Dhalia, dia tahu suaminya itu masih terkejut dan sedikit terganggu dengan berita buruk itu.
"Pa, papa rehat dulu. Kiteorang akan tunggu arahan papa."
kata Jayden. Dia melutut dihadapan Tuan Besar Seth Hermensyah, tangan papanya itu digenggamnya,
"Jangan risau, kami akan pastikan Tony J dapat balasan."
ujar Jayden. Adrian dan Zephan juga ikut sama,
"Kami janji akan jaga keluarga ni dengan baik pa. "
kata Zephan selaku abang sulung mereka, Tuan Besar Seth Hermensyah tersenyum, dia mengusap kepala ketiga-tiga anak lelakinya itu.
"Kamu bertiga kena jaga diri dengan baik. "
kata Tuan Besaar Seth Hermensyah, mereka bertiga mengangguk.
" Jay, kau hati-hati balik nanti."
pesan Zephan, Jayden mengangguk, dia kemudiannya bersalaman dengan Zephan, Adrian dan juga Elina, satu-satunya kakaknya.
"Along pun sama. "
kata Jayden, Zephan mengangguk. Jayden masuk ke dalam perut keretanya.
"Kak Ngah, esok takyah turun office. Kat rumah je."
pesan Jayden,
"Baiklah Jay. Nanti Angah bagitahu mama."
jawab Elina, Jayden mengangguk, Adrian dan Elina melambai ke arah Jayden dan Zephan yg masing-masing pulang ke rumah mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
JAYDEN HERMENSYAH [COMPLETED]
Romance" Voglio te, solo te. Sempre tu, non importa cosa, Mdm Naura." - Jayden Hermensyah.
![JAYDEN HERMENSYAH [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/261014899-64-k30768.jpg)