SADSMILE|12

100 7 1
                                    


Aku berjalan keluar daripada pejabat Encik Jin dengan tangan yang berbalut. Encik Jin telah mengarahkan aku untuk pergi ke klinik segera. Mulanya dia offer nak bawakkan aku tapi aku tolak. Yelah nanti apa kata orang pulak nampak CEO keluar dengan garbage girl. Tak nak aku tambah lagi musuh. Cik Park yang sorang tu pun aku takleh nak handle, lagilah nak handle fans Encik Jin ni.

Aku masuk ke dalam perut lif dan menekan butang 'G' yang akan membawa aku ke tingkat bawah sekali dimana terletaknya Restoran Lux. Apabila pintu lif terbuka, aku terus berjalan kearah pintu masuk belakang dapur. Aku membuka pintu perlahan-lahan kerana tidak mahu mengganggu rakan sekerjaku yang lain.

Sangkaanku meleset apabila semua mata sedang tertumpu kearah pintu belakang dapur yang dibuka olehku. Asal semua pandang aku ni? Aku hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka. Selang beberapa minit, semua pekerja mula menumpukan perhatian semula kepada kerja masing-masing. Aku melangkah ke arah bilik persalinan untuk meletakkan apron dan mengambil beg tanganku.

Setelah aku menutup pintu bilik persalinan, aku mula berjalan kearah pintu belakang semula untuk keluar dari dapur itu. "Kim Jisoo! Stop right there!" That voice, siapa lagi kalau bukan my lovely miss Park? "Ya, cik Park?" jawabku. "Come with me!" arahnya. Aku pun mengikuti langkahnya ke bilik supervisor.

"Now tell me." kata cik Park sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak di tepi bilik itu. Nak bagitau apa? Di tanya apa ni? Aku pun pening macam otak aku jatuh aku nak kutip hilang! "Bagitau apa cik Park?" soalku. "Tell me are you fired yet?!" soal cik Park separa jerit. Aku menggeleng ketakutan. Asal dia marah sangat ni? "What? Hah, you must be joking right?". Sekali lagi aku menggeleng. Kelihatan riak wajah cik Park mula berubah menjadi sedikit terkejut. "Impossible..." kata cik Park perlahan. Aku melihat wajah cik Park dengan muka pelik. Asal impossible pulak?

"Get out." arahnya. Aku terkebil-kebil. "Dont you hear me?" Aku terus mengangguk lalu menunduk hormat kepadanya dan terus keluar daripada bilik tersebut. And again, mata semua orang is looking at me. Yelah korang tengoklah muka aku ni puas-puas. Aku pun dengan selambanya keluar menggunakan pintu hadapan yang memisahkan bahagian dapur dan bahagian pelanggan. Malas aku nak ke pintu belakang balik, tangan aku ni dari tadi dah berdenyut-denyut. Sakit. Aku meneruskan langkahku kearah pintu utama restoran itu tanpa menghiraukan mata-mata pelanggan yang agak terkejut melihat aku keluar dari bahagian dapur.

Finally, Im out. Nak keluar dari restoran pon took an hour, haih. Its okay Jisoo. Positive, everything's gonna be okay. Belum sempat aku nak melangkah tiba-tiba tanganku yang luka ini ditarik dari belakang. "Ouch!"  aku menarik semula tanganku dari genggaman orang yang tidak diketahui itu. "Sorry." kata orang itu. Suaranya kedengaran cemas. Aku mendongak untuk melihat gerangan orang yang menarikku ke bahagian tepi restoran itu.

"Taehyung?" Lelaki itu hanya diam tanpa berbicara. Matanya tertumpu pada tanganku yang luka itu. "Ehem, ehem" aku sengaja mengeluarkan bunyi. Taehyung yang tersedar dengan kelakuan dirinya terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Well, kenapa awak cari saya?" soalku. "Kau kena pecat?" soalnya kembali. Wah kita main kuiz ya di sini. Aku mengerutkan sedikit wajahku. Pecat? Sorang lagi pulak tanya. "Tak." jawabku sepatah. "Wait what?" muka Taehyung kelihatan terkejut dengan perkataanku. Pelik sangat ke aku tak kena pecat?

"Wow, this is new." katanya. "What? Restoran ni memang selalu pecat orang ke apa?" soalku. "Well, sort of." Aku membeliakkan mataku. "Every month mesti restoran ni ada job kosong.Why? Sebab every month jugak akan ada pekerja yang dipecat." balas Taehyung. "Kenapa macam tu?" Taehyung memandangku seketika. Lalu kembali mengalihkan pandangannya. "Our CEO." balasnya sekerat. Lagilah aku pelik? Asal Encik Jin pulak yang kena petik ni?

Belum sempat aku nak menyoal, Taehyung memintas. "No more, question. Now kau nak pergi mana?" soal Taehyung. "Klinik, Encik Jin bagi saya half day." sekarang Taehyung pula yang mengerutkan dahinya. "This is really new" katanya sendiri. "Awak cakap apa?" Taehyung hanya menggelengkan kepalanya. "Well, you need a ride?" Aku geleng. "Takpe, klinik tak jauh pon. Saya pergi dulu ye. Nyeongan!" Aku menunduk sedikit sebelum mula melangkah kearah stesen bas.

Aku menaiki bas bewarna biru itu dan mengambil tempat dudukku yang berada di tepi tingkap. Apabila bas itu bergerak melepasi restoran Lux, aku melihat Taehyung yang mula melangkah masuk semula ke dalam restoran. Aku mula memejamkan mataku kerana kepenatan dengan segala yang terjadi. Hah, well aku still tak dipecat then that is a good news for today. After all of that mess...

Aku membuka pagar rumah teres itu dan terus melangkah masuk. Selepas saja balik dari klinik aku terus menuju ke rumah. Malas aku nak pergi mana-mana dengan keadaan aku macam ni. Aku meletakkan kasut pvc hitamku yang merupakan kasut kerjaku itu di rak. Pintu rumah dibuka. Aku melangkah masuk dan terus ingin menuju ke bilikku. Belum sempat sampai ke destinasi, aku merasakan badanku dipeluk dari belakang. "Jisoo-yaa!" jerit si anak Manoban. "Yes Lalisa." Balasku.

"You are hurt right?" soalnya, sambil melepaskanku dari 'back hug' yang diberikannya sebentar tadi. " Macam mana kau tau?" Lisa menggeleng kecil kepalanya seolah-olah kecewa dengan pertanyaanku. "Kau lupa ke buat-buat lupa? Your boss is my future brother in law. Dia dah bagitau aku apa yang jadi kat kau tadi." katanya. Ahh lupa pulak. " So, sakit lagi tak? Kau nak pergi hospital? Aku suruh-" Aku meletakkan jari telunjuk kiri ku di mulutnya. Haih minah ni tak habis-habis dengan sikap overprotective tu. "Im fine, okay. Sekarang aku just nak tido." balasku.

"If you need anything tell me, Jisoo!" aku hanya mengangguk lalu terus masuk ke dalam bilikku. My bed! Ahh benda yang aku paling rindu, katilku! Tanpa membuang masa aku terus mencampakkan tubuhku di atas katil. Tangan kananku yang berbalut itu kupandang. "New experience." kataku. Tiba-tiba, muka Encik Jin melintas di dalam fikiranku. Encik Jin? Asal semua orang terkejut aku tak dipecat? Encik Jin ni jahat sangat ke sampai asyik pecat orang tiap bulan? Well maybe dia ada sebab kot. Aku terus melelapkan mataku dan terlena.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAD SMILEWhere stories live. Discover now