SADSMILE|9

124 9 1
                                    

Flashback💫

20 tahun yang lalu....

[Kim jisoo 4 tahun ketika itu.]

"Abang! Mana duit harini?!" Soal Kang Mina.

"Belum gaji lagi sayang... Duit gaji bulan lepas abang guna untuk beli susu jisoo..." Jawab Kim jaeun.

"Abang ni dah tak sayang saya eh? Sikit2 budak tu yang abang lebihkan!"

"Apa awak merepek ni? Tu anak kita. Kenapa dengan dia pon awak nak cemburu? Awak yang lahirkan dia." Balas Jaeun.

"Saya menyesal lahirkan dia!! Kalau dia lahir sihat takpe juga! Ni lahir sakit pastu menyusahkan orang! Duit awak semua habis sebab nak bagi dia hidop! Awak tak menyesal ke ada anak macam dia ni???!!!" Mina menunding jari telunjuknya kearah seorang bayi perempuan yang sedang bermain dengan patungnya.

"Sanggup awak cakap macam tu? Dia tanda cinta kita!" Jerit Jaeun.

Mina sedikit terkejut dengan tindakan  Jaeun. Selama ni Jaeun tak pernah tinggikan suara or naik tangan pada dia. Jaeun hanya menurut segala kata dia tapi kalini Jaeun dah berubah! Semua sebab makhluk tak guna tu!!

"Awak ingat saya tak tau ke? Awak ada hubungan sulit dengan CEO mana entah dekat belakang saya kan?!" Kata Jaeun.

"A-abang..." Hish,camne boleh kantoi ni? Lantaklah!

"Abang tau tak kenapa saya curang? Sebab kasih sayang abang dah takde untuk saya! Sejak dia ni lahir..." Mina menarik lengan jisoo. Jisoo hanya mampu meraung minta dilepaskan.

"Ma-Mama ch-chakit...isk..isk.."rengek Jisoo.

"Sebab budak nilah abang lupakan saya!!" Jerit Mina.

"Mina! Lepaskan Jisoo! Dia takde kena mengena dalam hal ni!" Kata Jaeun.

"Fine. Abang memang sayang dia kan? Amiklah!" Mina menolak Jisoo ke lantai.

"Aaahhhhh!!!!" Jisoo meraung kesakitan. Jaeun terus mendakap Jisoo.

"Jaeun,awak tau tak kenapa saya tak tinggalkan awak dan kawin dengan CEO taeyang tu? Walaupun dia tu dapat menjamin kebahagiaan saya? Sebab saya cintakan awak Jaeun! Saya sanggup pilih hidup dengan awak dan menolak lamaran Taeyang. Tapi saya fikir saya mungkin akan lebih bahagia dengan orang yang saya cinta... Saya silap." Mina mengesat air matanya.

Dia sangat cintakan Jaeun tapi selepas kehadiran Jisoo dirinya tidak lagi diberikan tumpuan. Dia mula keluar dengan Taeyang yang merupakan CEO   dan duda anak satu. Dia dahagakan cinta dan Taeyang menawarkan apa yang dia mahukan.

"Mina... Kita putuskan jelah ikatan ni.."

"JAEUN!" Jerit Mina.

"Awak bukan Mina yang saya cinta lagi. Awak pentingkan diri. Mina yang saya cintai sangat baik." Kata Jaeun.

"If you say so, Jaeun!! Let's end this horrible marriege!!" Kata Mina. Dia terus berlari masuk ke dalam biliknya.

Jaeun mengelus lembut pipi Jisoo sambil air matanya laju mengalir.

"Maafkan papa Jisoo. Papa tak mampu untuk berikan Jisoo kebahagiaan tapi papa janji satu hari nanti akan ada yang mampu berikan kebahagiaan kepada kamu.. isk....isk.. papa janji.." Jisoo memeluk erat papa kesayangannya.

Seminggu kemudian,

Mina menarik beg pakaiannya dan masukkan kedalam bonet kereta mewah yang parkir di hadapan rumah BEKAS suaminya.

"Mina..."panggil Jaeun sebelum Mina melangkah ke dalam kereta itu. Dalam hati, Mina berharap Jaeun menyesal ceraikannya dan mahu kembali semula. Mina memandang Jaeun.

"Sebelum pergi jumpalah Jisoo dulu. Ini kali terakhir dia dapat bersama mama dia." Terhiris hati Mina dengan kata2 Jaeun itu. Aku dah nak belah pon dia boleh fikir pasal makhluk tak guna tu?

Mina berjalan kearah Jisoo dan memeluknya sambil membisikkan sesuatu...

"Kau takkan bahagia sama macam aku. Kau ingat tu!" Bisik Mina. Jisoo mula ingin menangis tapi Jaeun memujuknya.

"Mina, takkanlah sampai awak nak pergi pon awak nak sakitkan Jisoo?" Soal Jaeun.

"So? Sekarang dia bukan anak saya lagi!" Kata Mina.

"Mina!" Seorang budak lelaki mengeluarkan mukanya dari celah tingkap. Budak itu sebaya dengan Jisoo.

"Cepat sikit!" Kata budak lelaki itu. Mina hanya mengangguk kepada budak lelaki tu. Dia tau anak Taeyang benci dia jadi mama barunya.

"Saya harap awak bahagia, Mina" ucap Jaeun.

"Saya takkan doakan yang sama untuk awak,Jaeun." Balas Mina.

Jisoo melambai mamanya namun hanya jelingan tajam yang diberikan oleh mamanya. Jisoo menundukkan wajahnya. Pada haritu seorang budak perempuan mengenal erti marah buat pertama kalinya dan dia akan ingat punca kemarahannya sampai bila-bila.

Jaeun memimpin tangan Jisoo ke dalam rumah mereka. Dia berazam sepanjang hidupnya hanya senyuman yang menghiasi wajah anaknya. Hanya senyuman.














*Sorry late update🥺

SAD SMILEWhere stories live. Discover now