SADSMILE|11

87 7 4
                                    

"Jisoo!"

"Hah? Ah, ya Cik Park!" alamak!! Macam manalah boleh termenung pulak ni?

"Kau buat apa tercegat je tu? Pinggan banyak lagi tu! Sampah dah berlonggok kat depan tu. Kau nak kerja ke tak nak!?" Tengkingnya.

"Maaf Cik Park. Saya pergi buat sekarang." Kelang kabut aku berlari kearah longgokan sampah yang sudah bertimbun itu. Apalah nasib.

Tengah aku sibuk ulang alik angkat sampah, aku perasan Taehyung pandang kearahku. Hanya tatapan kosong yang diberikan kepadaku. Heh, padahal kalau waktu cuci pinggan dengan aku elok pulak dia mengusik aku je kejenya. Time working hours malulah tu nak sembang dengan garbage girl macam aku ni.

Bila difikirkan balik dah dua minggu aku kerja kat sini. Nampaknya mungkin inilah takdir aku, untuk jadi seorang garbage girl. Haha bila fikir balik lawak jugak. Garbage girl.

"Perhatian semua!" Jerit Cik Park.

"Harini CEO kita akan datang untuk membuat lawatan kawasan. Jadi saya harap keadaan di sini bersih dan sempurna. And one more thing jangan nak termenung je, faham?!" Satu jelingan diarahkan kepadaku. Aku tau dia mention akulah tu. Harini memang malang.

"Okey, semua boleh balik ke tugas masing-masing." Aku terus melangkah ke stesyen membasuh aku. Harini CEO nak datang jadi aku kena tunjuk semangat aku! Ya, aku akan basuh sampai berkilat!

Setengah jam kemudian keadaan restoran tiba-tiba menjadi riuh. Bunyi kamera dan jeritan orang ramai memenuhi ruang restoran Lux. Ada artis ke yang datang sini? Aku cuba untuk pergi kedepan untuk mengintai dari pintu dapur, tiba- tiba tanganku ditarik dari belakang.

"Kau nak pergi mana? Duduk sini. Nanti si Park Chaeyoung tu nampak, kau kena tahanlah dengar dia tengking kau." Aku pusingkan badanku menghadap si empunya suara. Taehyung! " Tak, saya cuma nak tau je siapa yang datang." Jelasku.

"Kau ni pekak ke apa? Tadikan si Park tu dah cakap CEO nak datang." Katanya. "Ohhh saya ingat artis manalah yang datang tadi. Riuh sangat." Kataku. Taehyung hanya menggeleng dan terus pergi ke hadapan. Eh, camtu je dia pergi. Yelah kim Jisoo, kau expect dia nak lama-lama ke kat belakang ni? Dia tu headchef. Eh, aku ni dah kenapa nak koyak pulak. Dah,dah back to work!

Pintu dapur restoran Lux terbuka. Terlihat seorang jejaka yang tinggi dan tampan melangkah masuk. Cik Park segera memberi tunduk hormat diikuti dengan para pekerja yang lain. "Selamat datang Encik Jin." Kata Cik Park. Wah, macam tak percaya je dia ni abang bakal suami Lisa yang aku jumpa dua minggu lepas.

Encik Jin hanya tersenyum. "Semua boleh sambung bekerja ya." Kata Encik Jin. Aku hanya tersenyum nipis lalu menyambung mencuci pinggan. Aku mencuri pandang kearah Encik Jin. Encik Jin sedang berjalan di sekitar kawasan dapur. Semua pekerja macam kekok je buat kerja. Yelah siapa yang tak kekok? CEO tengah tengok kot.

Eh tapi macam pelik pulak. Sejak bila CEO yang kena turun padang buat semua benda ni? Rajin betul. Apa-apa jelah. Aku mengangkat pinggan yang telah dibasuh untuk disusun di rak pinggan yang berada di bahagian hadapan. Jarak bahagian aku basuh pinggan dengan pintu dapur dalam dua ruang tamu jugaklah. Restoran mewahkan. Mestilah dapur pun besar rumah.

Aku melangkah untuk ke rak pinggan sambil membawa 5 pinggan kaca. Dengan senang hati aku melangkah ke bahagian hadapan. Aku memang suka ke bahagian hadapan sebab ramai orang kat depan dan aku nak lah jugak bergaul dengan pekerja lain tapi orang kat sini bila aku tegur diorang buat tak tahu je.

"Ahh!" Tanpa aku sedar aku telah berjalan diatas lantai yang baru sahaja selesai di mop. Punggungku pun berciumlah dengan lantai bersama pinggan-pinggan kaca yang harganya yang bersamaan dengan dua tahun aku kerja kat sini. Semua mata memandang kearahku. Cik Park yang berada di sebelah Encik Jin terus datang kearahku dengan wajah yang bengis macam aku ni lembu yang minta untuk disembelih sendiri.

"What are you doing Jisoo?!" jerit Cik Park. Aku tergesa-gesa bangun sampai tak perasan tangan aku terkena serpihan kaca pinggan-pinggan yang pecah tadi. "Auch!" tangan aku berdarah. Aku terus menyorokkan tangan aku kebelakang badan aku. "M..Maaf Cik Park. Saya-"

"Hey, it's okay." Encik Jin tiba-tiba menyampuk. Aku memandang kearah Encik Jin. "Anybody, please clean up semua kaca ni. Bahaya kalau ada yang terpijak nanti." katanya. "You, follow me." kata Encik Jin. Aku hanya menurut. Nampaknya dua minggu jelah aku kerja kat sini. Aku nampak muka Cik Park macam tak puas hati je tak dapat marah aku. Takpelah at least aku berhenti aku dah takyah dengar minah saleh tu terpekik. Aku masuk ke dalam perut lif itu bersama dengan Encik Jin. Encik Jin menekan butang ke tingkat lima iaitu tinngkat office CEO.

Encik Jin membuka pintu masuk pejabatnya. Aku hanya membuntutinya dari belakang. "Duduk kat situ." arahnya sambi menunding jari kearah sofa besar yang berada di dalam ofisnya. Aku pun hanya menurut. Encik Jin membuka laci di bawah mejanya dan mengeluarkan sesuatu lalu melangkah kearahku. Aku terus berdiri bila dia semakin dekat. Yelah tak manislah aku duduk dia berdiri pulak. Diakan boss.

"Eh, takpe. Duduk." aku melabuhkan kembali punggungku yang agak pedih akibat terjatuh tadi. Encik Jin mengambil tempat disebelahku. "Tangan." katanya. Eh kenapa ni? Dia nak rotan aku ke? Aku ni bukan budak sekolah lagi nak rotan-rotan ni. "Encik, saya rasa saya dah cukup dewasa kot untuk terima hukuman lain. Sebab rotan ni macam untuk budak sekolah je." balasku.

Untuk seketika Encik Jin terdiam. "Pftt- HAHAHHAHAH!" Eh, Encik Jin ni sihat tak? " Awak ingat saya nak rotan awak?" soalnya. Aku hanya mengangguk. Habistu, kalau tak rotan dia nak buat apa? "Bagi jelah tangan awak." katanya lagi. Aku pun menghulurkan tangan kepada Encik Jin. Encik Jin mengeluarkan plaster dari sebuah kotak kecik. Macam mana dia tahu tangan aku luka? Mestilah sebab dia nampak tangan kau luka, apalah kau ni Kim Jisoo.

Encik Jin membersihkan luka di tangan aku dengan berhati-hati. Aku hanya melihat kearahnya. "Dah siap. Ni saya dah sapu ubat sekali. Lepas ni pergi klinik takut ada lagi kaca kat luka tu." katanya penuh perhatian. "Terima kasih Encik. Saya minta maaf sebab buat kekecohan tadi. Saya akan minta maaf kat semua orang dulu sebelum saya pergi. Terima kasih bagi saya kerja kat sini." kataku. "Eh awak nak pergi mana? Saya tak suruh awak berheti kerja pun." Hah? Seriouslah? "Kita kan just manusia. Mistakes are pretty common for us to make, right? Unless awak bukan manusia." kata Encik Jin. Aku terpana dengan kata-kata dia. Selama ni aku asyik tukar-tukar kerja sebab aku asyik buat salah tapi Encik Jin still bagi aku peluang lagi.





















SAD SMILETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang