62❞

155 23 1
                                    

"Kau dah kahwin tahun lepas, Jeonghan? Siapa yang malang sangat itu?" aku dengan muka tak malunya  berkata sambil mengunyah coklat yang aku bawa tadi.

Plannya hari ini nak berpiknik bertiga. To make up the time we lost kononnya.

"Kau kalau aku lempar kat tepi jalan itu kang sia - sia je." kata Jeonghan yang sedang memandu kereta membuatkan aku tergelak.

"Kau nak lempar aku tapi ini kereta tunang aku." kataku, bangga semacam. Aku pandang Wonwoo yang berada di sebelahku, Wonwoo pandang aku, juga tersengih.

Memang Jeonghan dah macam driver.

Alkisahnya kami buat keputusan untuk bertunang dulu sementara preparekan barang - barang untuk kahwin. Kahwinnya bulan depan.

Huru - hara jugalah sebab Wonwoo punya excited itu sampai aku pun tak boleh nak kawal.

"Ha elok, dengan tunang tunang kau sekali aku lempor. Dah tahu ini kereta dia, apa hal aku pula yang bawa? Ingat aku ini driver korang ke?" terkekek aku ketawa lagi mendengar bebelan Jeonghan.

Jujur, aku rindukan kekecohan ini.

"Lain kali bawalah bini kau sekali. Kasihan dia kena tinggal." kataku.

"Itulah, dia pun nak jumpa kau. Dia suruh aku jemput kau berdua makan malam kat rumah kami nanti." terang Jeonghan, mata masih di jalanan.

"Dia kenal aku?"

"Awak pun kenal dia." sampuk Wonwoo membuatkan aku lagi berkerut.

"Saya kenal dia?" aku pandang Wonwoo yang mengangguk.

"Siapa do?" soalku.

"Jangmi."

Aku terdiam. Otak sedang memproses maklumat.

"HAH!?" terbuntang mataku mendengar namanya.

"Woi woi, terkejut aku!" hampir saja Jeonghan terbabas. Nasib baiklah jalan ini tak ada orang.

"Jangmi classmate kita tu ke?"

"Haah." jawab Jeonghan. Aku senyapkan diri.

Jangmi yang perangkap aku itu ke?

"Awak okay?" soal Wonwoo tiba - tiba. Eh, macam tahu - tahu je apa yang bermain di otakku.

"Hm?"

"Awak still marahkan dia ke? You know, she did a lot of stuff to you back then." Kepalaku dibelainya sebelum dia selitkan rambutku ke belakang terlingaku. Aku menggeleng.

"Taklah, actually memang saya dah lama nak jumpa dia." kataku tersenyum.

Memang apa yang dia buat pada aku itu memberi kesan pada aku. Tapi tak semuanya kesan buruk.

Dan Jangmi kawan baik aku sebelum dia khianat aku.

Aku rasa dia layak untuk terima peluang kedua daripada aku.

Kepalaku diusapnya lembut dengan senyuman di bibir.

"That's my girl."

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now