44❞

257 45 4
                                    

"Wonuyaaaaa!" sengaja aku memanggilnya lagi apabila dia masih tidak mahu memandangku. Lengan bajunya aku tarik berkali - kali dengan perlahan.

Kringggg!

Ah, dah rehat pula.

"Wonwoo--" Wonwoo sudah bangun meninggalkanku. Aku mengeluh lagi.

"I don't know what you did but it's working." Jeonghan memusingkan tubuhnya memandangku di belakangnya.

"Apa yang berhasilnya. Dia pandang aku pun taknak." aku mencebik.

"Eh, kau tak perasan? Muka dia merah sampai ke telinga." kata Jeonghan tersengih memandangku.

Merah? Blushing ke? Okay, takde maknanya.

"Muka dia merah sebab dia annoying dengan aku. Dah dah, aku nak pergi kantin. Layan engkau ini bukannya tolong aku dengan Wonwoo berbaik pun." kataku sambil mengemas mejaku.

"Wow, that was harsh. Aku bukan taknak tolong. Kalau aku tolong nanti jadi lain." kini Jeonghan pula tarik muncung.

"Dahlah kau. Alasan je semua itu. Aku pergi kantin dulu, bai!"

Aku perasan. Sejak aku kena hukum gantung sekolah, ramai yang mengelak dari aku walaupun pengetua dan umumkan bukan salah aku. Termasuklah Jangmi. Pandang aku pun taknak. Entahlah, aku sendiri tak pasti kenapa.

"Oh, wow. Tak sangka pula sekolah ini terima pencuri sebagai pelajar." berdesing telinga aku apabila ada suara yang berkata begitu. Terus aku menoleh.

"Jangmi." aku tersenyum senget. Dah kenapa dia ini?

Aku taknak cari gaduh jadi aku berjalan melepasinya namun tangannya laju menarik rambutku dari belakang.

"Kau nak ke mana?" aku berkerut menahan sakit. Tanganku memegang tangannya yang menarik rambutku, cuba untuk lepaskan pegangannya.

"S-sakit!"

"Ha, tahu pula sakit. Kau ingat aku tak sakit bila kau tuduh kesayangan aku?"

Kesayangan aku? Dah siapa pula itu.

"Apa yang kau mengarutkan ini? Aku tak tuduh siapa - siapa punlah!" aku tolak tubuhnya kuat membuatkan dia melepaskan pegangannya. Kepalaku usap. Sakit siot.

"Kau ingat aku nak percaya ke perempuan murahan macam kau? Kau goda Wonwoo, kau goda Jeonghan. Now kau try nak ugut aku pula?"

Aku semakin bingung mendengar kata - kata Jangmi. Aku ugut dia? Bercakap dengan dia pun tidak sejak naik ini.

Melihatkan aku diam, Jangmi menyentak kolar bajuku membuatkan aku terkejut.

"Kau sepatutnya kekal sebagai pencuri macam yang aku rancangkan! Bukannya semakkan lagi otak aku!"

Huh?

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now