"Sarah?" aku terdengar suara Jeonghan namun badanku bagaikan tidak mahu terjaga.
Bagilah aku tidur lagi 5 minit.
"Janganlah kacau dia. Biarkan dia tidur." kini suara mendatar Wonwoo pula kedengaran.
"Tak berubah siot perempuan ini. Tidur je kerja." selamba Jeonghan berkata membuatkan aku terus bangun mengangkat kepala dari meja. Aku geram aku geram.
"See, dia dah bangun! Aku dah kata jangan kacaukan?" kata Wonwoo merenung Jeonghan tajam.
"Sorry! Tidurlah balik weh." kata Jeonghan kalut mendapatkanku. Takut ke itu? Hohoho, mari kita gelakkan dia.
"Takpelah, aku lapar. Nak pergi kantin kejaplah." kataku sambil meraba bawah mejaku untuk mengambil dompet.
"Nah." belum sempat aku bangun, Wonwoo sudah letakkan sebekas nasi goreng atas mejaku.
Eh?
"Untuk aku?" soalku, blur.
"Kaulah. Kata lapar." jawabnya. Jeonghan hanya memandang aku dan dia, juga bingung.
"Takpelah, aku nak beli roti je sebenarnya." kataku tersengih.
"Nah." terbuntang mataku apabila satu plastik penuh dengan pelbagai roti dan beberapa jenis air kotak di dalamnya.
"Makan." arahnya.
"Banyaknya." kataku, membelek isi plastik tersebut.
"Kaukan kuat makan. So aku beli lebih." Aku berkerut. Tak, masalahnya kenapa belikan untuk aku? Bukannya aku tak boleh beli sendiri.
"Han, kau nak satu?" pelawaku smabil menghulur roti coklat padanya. Laju Jeonghan mengangguk sebelum ambilnya.
"Aku belikan untuk kau, bukan dia." Roti tadi dirampas dan dietakkan semula dalam plastik yangku pegang. Aku berkerut.
"Kau bagi akukan? Suka hatilah aku nak bagi siapa." aku jegilkan biji mataku padanya. Roti coklat tadiku berikan pada Jeonghan sekali lagi.
"Fine. Buatlah apa kau nak." Wonwoo bangun meninggalkan kelas.
Woi, woi. Nak ke mana siot? Rehat lagi berapa minit je nak habis.
"Dia merajuk do." kata Jeonghan, masih memandang ke luar pintu sebelum memandang aku.
Ha, nak kata sebab akulah itu.
"Biarlah dia."
YOU ARE READING
❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghan
Fanfiction❨ completed ❩ Jeon Wonwoo × Park Sarah × Yoon Jeonghan ❝ Aku rasa ketua kelas dan bendahari kelas kita sukakan kau. ❞