54❞

194 30 1
                                    


Jeonghan's

Aku memandang Wonwoo sebelum kembali mengintai. Apa patut kami buat? Disebabkan Sarah terus masuk meluru, aku tak sempat nak halang dia.

Aku terdiam apabila pandangan mata Sarah terpandang aku dan Wonwoo. Aku yakin Wonwoo pun perasan berdasarkan dari kefokusannya.

Sarah menggelengkan kepalaku, memberi isyarat supaya kami tidak meluru masuk. Wonwoo berdecit, tak puas hati. Mesti Sarah tak nak kami masuk sekarang dengan keadaan rumahnya begitu. Isunya sekarang ini lelaki - lelaki asing itu.

Siapa diorang?

Sekali lagi Sarah beri isyarat mata. Kali ini dia memandang Sora yang masih memeluknya.

Ah, dia nak kami keluarkan Sora dulu. Serentak aku dan Wonwoo mengangguk. Wonwoo, aku tak tahulah apa yang dia fikirkan sekarang tapi aura di sekelilingnya menakutkan.

Jangan kata dia nak bunuh orang? Jangan buat hal oi.

Skrin telefonku tenung sebelum mesej kecemasan aku hantarkan pada balai polis terdekat, memaklumkan mereka supaya datang dengan bukti gambar yang aku ambil secara senyap tadi.

"K-kalau saya ada duit untuk bayarkan macam mana?" Sarah cuba untuk berunding.

Apa yang kau cuba buat ini Sarah?

"Kau nak kencing aku ke? Kalau kau ada duit takkanlah bapa kau sanggup jual kau." kata lelaki yang memegang batang besi itu.

Aku lihat Wonwoo ketap bibir apabila lelaki itu menjerkah. Laju aku tarik bajunya supaya dia tak bertindak melulu. Kalau masuk sekarang bahaya, kena bagi mereka berpecah dulu.

"T-tak! Betul! Saya sorokkan semua itu daripada appa supaya kami boleh gunakan nanti."

"Botak, kau ikut dia. Kau, jaga adik dia. Pastikan dia tak lari." arah lelaki berparut itu pula.

Ah, bingo. Dah jumpa siapa ketua.

Selepas Sarah dan lelaki botak itu pergi, aku merapatkan diri pada Wonwoo.

"Wonwoo, kita kena uruskan dua itu. Keluarkan Sora dulu." kataku membuatkan Wonwoo mengangguk.

Wonwoo bangun dengan papan kayu. Entah mana dia dapat kayu itu, aku pun malas nak tanya.

"Nanti--" sekali lagi aku tarik bajunya. Takkanlah dia nak masuk ikut depan?

"Kau lalu ikut belakang. Aku yakin nanti seorang akan ke dapur. Aku uruskan seorang lagi." Wonwoo memandang aku sebelum mengangguk lalu bergerak berpusing ke belakang rumah.

Ktang!

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now