"Wonwoo!" Jeonghan dari jauh sudah melambai rakan karibnya itu. Wonwoo sekadar mengangkat dagunya sekali, memberi isyarat bahawa dia nampak kelibat si Jeonghan.
Maleh aku melayan, gitu.
"Aku ingatkan Sir Haneul panggil aku je. Dia panggil kau sekali?" soal Jeonghan. Sekali lagi Wonwoo menjawab dengan isyarat. Bahunya diangkat.
Typical Wonwoo.
"Lama do tak nampak kau. Berapa tahun sejak kita habis sekolah? Tigakan?" tersengih - sengih si Jeonghan apabila dia teringat kembali kisah lalu.
Wonwoo hanya diam.
"Agaknya Sarah buat apalah sekarang. Tiga tahun dah berlalu rupanya."
Langkah Wonwoo terhenti buat seketika apabila nama tersebut didengarnya. Nama yang dia rindui. Nama yang dia cuba lupakan tapi tak mampu.
Okay cukup.
Selepas kejadian yang menakutkan itu, mereka tahu Sarah dan adiknya tinggal dengan ibunya namun apabila mereka berdua pergi ke rumah tersebut kosong. Loceng ditekan tetapi tiada sahutan. Hari demi hari mereka ke rumah Sarah, berharap yang pemergian Sarah cuma sementara.
Sampailah mereka bertembung dengan pembantu rumah yang bertugas untuk memastikan rumah tersebut tidak berdebu semasa pemergian mereka. Katanya Sarah, adiknya dan ibunya akan tinggal di luar negara buat sementara waktu. Dia sendiri tidak pasti bila mereka ada balik semula ke Korea.
Pintu diketuk apabila mereka tiba di depan pejabat Sir Haneul.
"Masuk." dan mereka pun masuk.
"Sir mesti rindu sayakan, sebab itu sampai panggil balik datang pejabat ini walaupun saya dah lama habis sekolah." seloroh Jeonghan sambil mengambil tempat duduknya di sofa tanpa dijemput. Begitu juga Wonwoo.
Sir Haneul tergelak kecil sebelum dia juga ke sofa tersebut.
"Mestilah saya rindu. Kamu pelajar kesayangan saya. Tapi hari ini ada lagi seorang yang lagi rindu kat kamu berdua." kata - kata Sir Haneul membingungkan mereka berdua. Sir, jangan buat hal.
"Wonuya, Han!"
Senyuman yang sama diberikan.
Senyuman yang lama mereka nanti - nantikan.
YOU ARE READING
❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghan
Fiksi Penggemar❨ completed ❩ Jeon Wonwoo × Park Sarah × Yoon Jeonghan ❝ Aku rasa ketua kelas dan bendahari kelas kita sukakan kau. ❞