2❞

542 73 9
                                    


"Untuk tahun ini, ketua dan penolong kelas setiap tingkatan akan dipilih oleh pengetua sendiri atas sebab - sebab tertentu. Tiada bantahan, tiada undian. Jadi saya harap sesiapa pun yang terpilih dapat jalankan tanggungjawab dengan baik. Faham?" aku hanya mengeluh malas mendengar kata - kata Miss Minah.

"Faham, saem!" sahut satu kelas.

"Untuk ketua kelas kita, Jeon Wonwoo. Wonwoo, sila ke depan."

Aku tepuk dahi senyap - senyap. Siot, dia ketua kelas. Habislah. Siapalah yang malang sangat kena kerjasama dengan mamat sombong itu agaknya.

Bala segala bala namanya itu. Ish ish ish, kasihan.

"Penolong kita, Park Sarah. Sila ke depan, Sarah."

Aku terdiam. Jangmi di sebelahku sudah sakan menggelakkanku. Suka betul ya engkau.

Park Sarah itu nama aku. Siot, akulah orang yang malang itu?

"Saem, tak boleh tukar ke? Saya tak layaklah." aku cuba bagi alasan. Kepalaku garu walaupun tak gatal.

"Takde, takde. Jangan nak bagi alasan. Ke depan cepat." aku mencebik apabila Miss Minah sudah mencekak pinggang, langsung tak bagi muka padaku.

"Always number two, huh?" Wonwoo tersenyum sinis. Sabar Sarah sabar. Dia ini anak pengetua, kau jangan buat hal. Nanti viral masuk paper, 'Perempuan Cantik Bunuh Anak Pengetua Kerana Dendam.' Tak ke naya?

"Yo." Aku menoleh Jeonghan yang tiba - tiba berada di sebelahku. Sejak bila dia kat sini?

"Kau jadi apa?" soalku berkerut.

"Jadi bidadari kau ciaaa."

"Aku ini dah lama tak lempang orang, Han. Kalau kau nak volunteer boleh je aku rasa." jawabku selamba. Jeonghan tersengih.

"Aku bendaharilah."

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now