57❞

180 29 1
                                    

Hey! Lama siot aku tak update HAHAHA--

Im quite busy with my assignments and college stuff but ill try to update once in a while.

Thankyou sm for reading and enjoy!! :3

--

Jeonghan yang sedang tergelak mendengar lawak Hoshi apabila terpandang kelibat Wonwoo memasuki kelas. Entah apa yang lawak itu pun tak tahulah. Nampaknya Wonwoo datang lambat lagi hari ini.

"Weh Wonwoo, cuba kau--" belum sempat Jeonghan menghabiskan ayatku, kolar bajunya disentak Wonwoo. Habis terkedepan mamat itu dibuatnya. Hampir saja dia tersungkur.

"Y-Yah!"

"Woah, rileks Wonwoo." ucap salah seorang rakan sekelas mereka.

Wonwoo kalau dah angkat tangan, siapa je tak cedera?

"Kau tahukan!?" soalnya, suara sudah meninggi dengan matanya merenungku tajam. Jeonghan terus berkerut.

"Tahu apa?" soal Jeonghan semula, cuba untuk bertenang dalam kebingungan. Rakan - rakan yang lain sudah cuak melihat mereka. Mahu ada petir menyambar sebentar lagi.

"Kau tahukan Sarah berhenti sekolah!" kata Wonwoo, menarik kolar baju Jeonghan dengan lebih erat. Jeonghan tersentak. Otak cuba memproses maklumat yang dikatakan Wonwoo tadi.

"Huh?"

Blur.

Jeonghan tahu Sarah tak hadir ke sekolah untuk beberapa minggu ini disebabkan kecederaannya. Masuk hari ini sudah genap dua minggu dia tidak ke sekolah.

Tapi berhenti sekolah? Kenapa dia tak tahu apa - apa pun pasal itu? Apa ini?

"Sarah berhenti sekolah?" lagi sekali Jeonghan bertanya pada lelaki berwajah beku. Mungkin bengang dengan reaksinya, Wonwoo menolak Jeonghan kasar. Jatuh terduduk semula Jeonghan di atas kerusinya.

"Kau cuba nak tipu aku atau kau memang tak tahu?" kata Wonwoo. Laju Jeonghan menggelengkan kepala.

"Aku-- Aku betul - betul tak tahu."

Entah mengapa hatinya terasa kesal. Beberapa hari ini juga Sarah tak berbalas mesej dengannya. Semuanya diabaikan. Jeonghan fikir mungkin sebab Sarah masih belum sihat. Jadi dia diamkan.

"Sir Haneul bagitahu aku yang mak dia uruskan semua urusan berhenti sekolah dia semalam."  ujar Wonwoo.

"Dia ada mesej kau?" soal Wonwoo lagi. Jeonghan menggeleng lagi membuatkan Wonwoo mengeluh. Nampaknya Sarah pun tak balas mesej dia.

Sarah, apa yang kau cuba buat ini?

"I'm going to her place balik ini."

"Aku ikut." balas Jeonghan disahut dengan anggukan Wonwoo.

❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghanWhere stories live. Discover now