Pap!
Terkejut aku apabila Wonwoo menarik tong sampah yang datang entah dari mana dan letakkan di depanku.
Barang - barangku yang rosak terus dia buangkan ke dalam tong sampah tersebut.
"Weh, kau buat apa ini?" aku berkerut, tangannya aku tarik namun jelingan tajamnya membuatkan aku terdiam.
Taccodt.
Aku hanya memandang. Barang - barang di dalam lockerku licin dibuangnya. Cuma yang elok saja dia tinggalkan di dalam locker.
Apa je yang elok? Buku tulis sekeping. Itu pun sebab terselit.
Pintu locker ditutup sebelum aku ditariknya pula.
"Nak ke mana?" aku berkerut, langkahku terhenti membuatkan dia juga berhenti.
Koperasi.
"Saya nak baju sukan perempuan saiz L." pinta Wonwoo pada makcik cashier koperasi. Makcik itu mengangguk sebelum ke belakang.
"Untuk aku ke?"
"Taklah untuk tong sampah tadi." selamba mamat ini berkata dengan muka kosongnya.
"Ish, aku tanyakan!"
Dia ini kalau aku sepak naya kang. Orang tanya elok - elok.
"Dah tahu tanya lagi kenapa?"
"Tapi aku M bukan L."
"Kau nak tunjuk kat siapa badan kau itu?"
"Eh suka hati akulah, badan aku. Dah tak payah nak belikan sangat, nanti aku pinjam senior je." suaraku sudah mula meninggi. Geram pula aku. Sumpah, aku tak faham dia ini.
Aku bawa diri untuk keluar dari koperasi. Hm, macam scene cliche pula koperasi kosong sekarang ini.
Okay lupa hari ini khamis menu chicken butter. Patutlah koperasi kosong. Alamak, ruginya aku huwaaaa!
Kolar bajuku ditarik ke belakang, membuatkan aku berpatah balik berdiri di sebelahnya.
"Lepaslah!"
"Orang nak bagi itu ambil jelah!" paksa Wonwoo. Kebetulan ketika itu jugalah akak koperasi datang dengan baju sukan di tangannya.
"Couple tak elok gaduh depan orang, tak manis." selamba makcik koperasi bersuara.
"Ahjumma, kami bukan couple." kataku menggaru leherku. Ikutkan hati aku nak mengamuk. Eee, ada ke padankan aku dengan mamat gila ini-
Aku terdiam apabila terpandang Wonwoo. Mukanya merah. Walaupun dia memandang lantai aku dapat tangkap daripada telinganya yang sudah merah kalah tomato.
Dia... blushing?
YOU ARE READING
❛ Enemy in charge. ❜ + j.wonwoo//y.jeonghan
Fiksi Penggemar❨ completed ❩ Jeon Wonwoo × Park Sarah × Yoon Jeonghan ❝ Aku rasa ketua kelas dan bendahari kelas kita sukakan kau. ❞