You guys wanna know something? I almost unpublished this story but seems like you guys've been waiting so much for the next update, I canceled it cuz I don't wanna disappoint you guys🥰 So yeah, stay tuned and thank you for the supports guys, I love you❤️
— enjoy —
Tok! Tok! Tok!
"Awak memang taknak pergi tengok ke siapa yang datang tu? Dari tadi lagi dia ketuk pintu tu." kepalanya digeleng perlahan tanda dia tak kisah siapa yang berada di luar sana, sedang mengetuk pintu rumahnya. Kepalanya direhatkan di atas bahu teman lelakinya.
Bip! Bip! Bip! Bip!
"Dia tahu paskod rumah awak?" soalan tersebut hanya diendahkan.
"Juyun." mereka berdua berkalih, memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di muka pintu.
"Awak sengaja taknak buka pintu sebab tahu saya yang datang kan?" Matanya digulingkan tanda menyampah. Sedikit pun tiada rasa ingin berselindung dengan bekas suaminya tentang Haejoo, teman lelakinya yang baru sejak Goeun berpindah keluar dari rumah mereka.
"Kalau awak datang sini sebab nak cakap pasal wedding Goeun, balik je lah Hyun. Saya tak kisah apa yang dia nak buat dengan Jungkook." Keluhan dari Hyun buatkan dahi Haejoo berkerut. Jadi mereka berdua memang berkenal? Tapi kenapa macam ada benda yang jadi antara diorang berdua?
"Goeun tu satu-satunya anak perempuan kita. Awak tak boleh ke tunjuk sikit yang awak happy bila dia nak kahwin?" Ketawa sinis dari Juyun buatkan Haejoo semakin berkerut. Satu-satunya anak? Kepala yang tiba-tiba terasa gatal digaru.
"Happy awak cakap Hyun? Macam mana nak happy kalau lelaki yang dia kahwin tu lelaki yang saya cinta? Awak tahu tak apa yang saya rasa bila dapat tahu anak saya sendiri rampas boyfriend saya?" Wanita itu mula bangun dari duduknya, memandang wajah bekas suaminya tajam.
"Budak tu ada cakap dia anggap awak sebagai girlfriend dia ke Juyun? Awak sedar tak yang awak cuba deny realiti? Awak tak boleh terima yang Jungkook tu cuma sugar daddy awak je kan?" Giginya diketap.
"Balik, Hyun."
"Lusa. Anak kita kahwin. Saya merayu dengan awak, tolong fikir balik macam mana keluarga kita pernah bahagia dulu sebelum awak berubah. Tolong ingat apa yang Goeun dah pernah buat untuk awak. Jangan sebab realiti yang awak tak boleh terima, anak kita kena tanggung rasa serbasalah sedangkan dia takde salah langsung dalam hal ni."
Sejurus itu lelaki itu keluar dari rumah yang pernah menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh. Walaupun hanya hidup sebagai keluarga yang sederhana namun hubungan kekeluargaan mereka sangat akrab.
"Juyun, awak ada family?"
Keluhan berat terlepas seraya punggungnya dilabuhkan semula di sofa.
"Suami awak nampak baik. I mean, he didn't even ask about me sedangkan terang-benderang awak ada lelaki lain depan mata dia. And what about your daughter? Nak kahwin? Boyfriend awak?"
"So now what? Kau nak blah ke lepas dapat tahu yang aku ada family sebenarnya? Terus rasa jijik dengan aku?" Gelengan Haejoo buatkan dirinya terasa sangat menyampah dengan lelaki itu.
"Saya tak cakap apa pun. Tapi muka suami awak tadi nampak macam dia betul-betul berharap nak awak pergi wedding anak awak lusa ni. Kalau awak taknak pergi seorang, saya boleh teman." Kata-kata lelaki itu buatkan Juyun berfikir sejenak.
"Tengoklah macam mana nanti."
⚔️ SUGAR DADDY ⚔️
"Please leave the bride for a while. Lepas 10 minit, naik semula untuk iring pengantin ke dewan." pinta Sarah sambil tersenyum manis. Seketika tadi mereka baru sahaja selesaikan siapkan Goeun sepenuhnya. Kini gadis itu kelihatan sangat cantik dan berseri dari atas hingga ke bawah.
YOU ARE READING
Sugar Daddy [16+]
RomanceHe has two choices, leave her or stay with her. 16+ above. Might've scene or words that you're not gonna comfortable with. Reminder Alert!! This is not 18+ story, no porn scene or underage scene. This is just a story of the characters having a kind...