Spek mata bulat tanpa power aku sarung sebab nak cover mata aku yang sememangnya sangat memerah. Aku dah penat menangis dari dalam mahkamah tadi lagi sampailah dah keluar. Eomma betul-betul berjaya buat aku kecewa dengan dia.
Dia tak kisah langsung appa ceraikan dia, malah dia berbangga sebab dia dah bebas dan dia nyatakan niat dia untuk kahwin dengan Jungkook pada aku tadi. Aku memeluk lutut dan sembamkan wajah aku padanya.
"Goeun," kepala aku terangkat semula dan aku memandang ke arah mommy Jungkook yang berjalan mendekati aku. Aku ukir senyuman nipis.
"Goeun taknak turun makan ke? Mommy dah masak dinner." Aku capai tangannya dan digenggam perlahan.
"Terima kasih sebab bantu Goeun, bagi Goeun tinggal sini." Tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku turut membalas dan cuba untuk tak keluarkan air mata lagi. Belakang tubuh aku terasa diusap.
"Anything for my future daughter in law. Dah pergi turun, Jungkook ada dekat bawah. Mommy dah makan dulu, Jungkook nak makan dengan kamu." Aku mengangguk dan bangun dari katil. Spek mata aku buka dan letak di meja lampu.
Mommy masuk ke dalam biliknya dan aku pula turun ke bawah. Kelibat Jungkook tak kelihatan sampailah kaki aku melangkah ke dapur. Tubuhnya aku dekati dan pinggangnya aku ranggul dari belakang.
"Mom, mana Goeun? Lapar ni." Aku menahan senyum. Dia tak sedar ke tangan yang peluk dia ni bukan mommy? Aku hanya diam dan pejamkan mata sekejap. Sakit kepala dari tadi tak hilang-hilang.
"Eh, Goeun." Tangannya menyentuh tangan aku. Selepas beberapa saat, Jungkook berkalih dan wajah aku ditekupnya. Wajahnyanya aku pandang, aku faham kenapa eomma tak boleh move on sebab perkara yang sama akan jadi pada aku kalau Jungkook ada perempuan lain.
"Jom makan, aku lapar la." Aku mengangguk dan mengikutnya duduk di kerusi meja makan. Jungkook ambilkan nasi untuk kami berdua dan duduk semula. Aku memandang lauk yang sedap-sedap di depan mata. Harapnya aku lalu makan.
"Makanlah, nanti kau gastric." Teguran Jungkook buatkan aku tersedar yang aku ada gastric kalau tak makan. Jadi terus aku suap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Aku cubit ikan menggunakan chopstick kemudian aku sua padanya.
"Aaa." Aku tersenyum bila Jungkook menerima suapan tersebut.
"Awak betul betul betul betul yakin nak saya jadi isteri awak?" Soalku sambil memandangnya. Jungkook mengangguk tanpa ragu membuatkan aku terasa lega. Tak tahu bila akan kahwin tapi dia cakap dalam masa yang terdekat. Jadi buat masa sekarang aku akan tinggal dengan dia.
"Kau janganlah risau. Aku tak lari mana pun." Balasnya buatkan aku tertawa namun kepala mengangguk mengiyakan. Selesai makan, Jungkook menolong aku cuci pinggan mangkuk yang kotor. Sebab dah tak ad siapa yang nak makan, lauk pun dah habis jadi kami kemas semuanya.
Tangan aku digenggam Jungkook sebelum ianya ditarik, langkah aku mengikutnya naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Jungkook bersandar di kepala katil kemudian televisyen dibuka. Aku mengambil tempat di sebelahnya.
"Awak rasa eomma tengah buat apa?"
"Tengah chat aku." Jungkook tunjuk telefonnya pada aku, dapat notifikasi dari eomma tak henti membuatkan aku mengeluh. Aku pandang pula telefon aku dan aku buka. Nombor appa aku dail dan aku tekapkan pada telinga.
"Ya sayang?" Aku tersenyum nipis.
"Appa okay ke? Dah makan malam?" Soalku perlahan sambil cuba menahan sebak yang kembali bertandang didada.
"Dah makan. Anak appa dah makan?"
"Eung, dah."
"Goeun janganlah risaukan appa, appa okay je. Appa dah terbiasa berjauhan dengan eomma. Kamu tu yang appa risaukan sekarang."
YOU ARE READING
Sugar Daddy [16+]
RomanceHe has two choices, leave her or stay with her. 16+ above. Might've scene or words that you're not gonna comfortable with. Reminder Alert!! This is not 18+ story, no porn scene or underage scene. This is just a story of the characters having a kind...