- 스물 넷 -

1K 139 28
                                    

"Bawa dia masuk bilik vip paling hujung." Bunyi dentam-dentum musik di dalam kelab yang dimasukinya secara paksa buatkan perbualan antara ibunya dengan tiga orang lelaki yang sedang mengawasinya tak dapat didengari dengan jelas.

Kawasan sekeliling dipandang dan wajahnya mula terasa panas dek terpaksa menanggung malu. Dirinya sangat menarik perhatian ramai memandangkan dirinya masih bersarungkan gaun pengantin. Terus sahaja kepalanya ditundukkan memandang lantai.

"Jalan." Dahinya berkerut tika tangannya yang tak dilepaskan sejak hotel ditarik supaya berjalan. Sebelah lagi tangannya terpaksa memegang gaun labuhnya disebabkan tak mahu tersadung ketika ditarik oleh orang suruhan lelaki ibunya.

"Sakit.." gumamnya perlahan sambil melihat pergelangan tangannya yang sedang dicengkam.

"Yah, tangan dia sakit tu. Lepas je lah." Tegur lelaki yang berjalan seiring dengan Goeun sebaik sahaja terdengar keluhan gadis itu. Terlepas sahaja tangannya dari genggaman lelaki itu, tangannya dibawa ke dada dan diusap perlahan pergelangan tangannya yang terasa sangat pedih.

"Masuk." Kasar belakang tubuh Goeun ditolak ketika mereka sampai di sebuah bilik vip yang tersedia di kelab tersebut. Dengan perasaan yang sangat gemuruh, kakinya tetap melangkah walaupun berat.

"Eomma, kenapa kena buat Goeun sampai macamni?" Perlahan-lahan isi hatinya ditutur. Sejak dari dalam van yang membawa mereka ke sini lagi dia berfikir sambil menahan sebak di dada.

"Goeun, nak tahu kenapa? Nak cuba faham macam mana perasaan eomma tak? Apa eomma rasa bila lelaki yang tidur dengan eomma kahwin dengan orang lain?" Air matanya jatuh ke pipi.

"Katakan, lelaki depan Goeun sekarang ni Jungkook. Cuba bayang yang Goeun tidur dengan dia, lepastu esok dia cakap dia nak kahwin dengan orang lain."

Kelibat lelaki yang tiba-tiba muncul di depannya membuatkan Goeun terkejut. Nafasnya mula laju tika lelaki itu semakin mendekatkan diri dengannya.

"Eomma.."

"Kenapa? Cuba la rasa."

"EOMMA!!" suaranya mula meninggi saat Juyun meninggalkan bilik tersebut bersama dua orang lagi lelaki yang turut bersama mereka sejak awal tadi. Kini hanya tinggal lelaki yang memegang tangannya sejak awal tadi di dalam bilik tersebut.

"Sentuh aku, aku bunuh kau jantan tak guna." Giginya diketap melihat wajah lelaki yang sedang memandangnya bersama senyuman sinis. Sekelip mata tubuh Goeun ditolak ke katil dan kedua tangan gadis itu dikunci di sebelah kepalanya.

"YAHHHH!!!!" Meronta-ronta Goeun cuba melepaskan diri. Tangisannya semakin kuat saat kain bahagian pehanya direntap sehingga terkoyak. Kakinya sedaya upaya menendang lelaki yang berada di atasnya.

Giginya diketap kuat tika lehernya mula disapa. Pistol yang berada di sebelah pinggangnya buatkan mindanya serta merta memikirkan cara untuknya melepaskan diri. Tangan lelaki yang sedang mengunci tangannya pada katil terus sahaja digigit buatkan tangannya serta merta terlepas.

Terus sahaja pistol itu dicapai dan serentak lututnya menhentak private part lelaki itu buatkan dirinya terus bebas dari terus ditindih. Goeun bangkit secepat mungkin dari katil dan pistol diacu tepat di dahi lelaki itu.

Gelabah lelaki itu meraba seluarnya dan ternyata pistol yang berada di tangan Goeun merupakan pistol miliknya dan mungkin sahaja tercicir ketika mereka berdua bergelut tadi.

"Aku dah cakap kalau kau sentuh aku, aku bunuh kau!" Tercungap-cungap nafasnya dek terlalu penat bergelut. Pasu bunga di atas meja bersebelahan katil dihempas ke lantai dan serpihan yang tajam terus dicapai.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now