"Haejoo sorry sangat-sangat terpaksa buat awak tunggu saya."
"Takpe, sempat lagi ni. Pergilah masuk, Hyun tak sabar nak jumpa awak tu. Saya pergi dulu ya?" Namun tangannya menahan tangan Haeojoo terlebih dahulu sebelum lelaki itu melangkah pergi.
"Haejoo, awak dah jadi suami orang sekarang. Dan tanggungjawab awak pun dah berubah. Jadi saya rasa cukup sampai sini je awak tolong saya. Selamani awak susahkan diri awak ulang-alik dari Seoul datang Jeju-do semata-mata nak jumpa saya dengan Hyun." Mereka berdua berbalas pandangan.
"Saya hargai sangat-sangat pertolongan awak. Saya tahu niat awak buat semua ni sebab awak rasa serbasalah. Awak bercinta dengan eomma saya dan tidur dengan dia. Tapi Haejoo, saya betul-betul tak rasa marah dengan awak jadi saya harap awak tak la rasa serbasalah lagi pasal benda tu."
Haejoo setia mendengar.
"Thank you sangat-sangat sebab tolong saya dari awal lagi sampai lah sekarang. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak, sebab dah banyak sangat awak tolong saya."
"Saya faham. Lagipun awak perempuan dan saya yakin awak buat semua ni sebab taknak saya kecewakan isteri saya sementara tak ada salah faham." Goeun mengangguk tanda ianya benar. Sebagai perempuan, kalau boleh Goeun ingin elakkan salah faham antaranya serta Haejoo agar hubungan lelaki itu bersama isterinya takkan goyah disebabkan mereka.
"Tapi Goeun. Bila-bila please, datang lah Seoul. Awak tak pernah tengok lagi penthouse saya. Bawa Hyun, mesti dia seronok."
"Okaylah okayyyy awak memang suka paksa saya balik Seoul kan? Tak puas hati la tu saya tak stay Seoul lama waktu awak kahwin haritu." Mereka berdua berbalas senyuman. Haejoo mendepakan tangannya sambil tersenyum lebar. Tanpa ragu, Goeun terus sahaja memeluk tubuh Haejoo sambil menepuk-nepuk belakang tubuh lelaki itu.
"Thank you Haejoo."
"It's my pleasure to help you. Saya balik dulu. Kalau Hyun rindu, call je saya okay?" Tangannya dilambaikan sebaik sahaja Haejoo mula melangkah masuk ke dalam teksi. Sebaik sahaja teksi tersebut semakin jauh, Goeun berkalih untuk masuk ke dalam rumahnya namun terbantut dek terasa pinggangnya dirangkul dari belakang.
"Lepaslah! Ey saya dah cakap jangan ikut kan?! Apa awak buat dekat sini hah?!" Marahnya sambil tangan sibuk menepis-nepis tangan Jungkook yang melilit perutnya. Sebaik sahaja rangkulan di pinggangnya terlepas, Goeun cepat-cepat menjauhkan dirinya.
"Aku dah bagitahu aku ada benda nak cakap dengan kau kan?"
"Saya takde benda nak cakap dengan awak."
"Noona!! Ahh Hyun rindu!" Goeun berkalih memandang Hyun yang sedang berlari anak mendekatinya. Senyuman terukir sebaik sahaja pinggangnya dipeluk erat oleh Hyun. Kepala lelaki itu yang sama paras dengan pinggangnya diusap perlahan.
"Eh? Itu bukan ke hyung yang masuk berita tu noona? Apa hyung tu buat kat sini?" Soalan Hyun buatkan kening Jungkook terangkat.
Berita?
"Ehhh itukan hyung yang noona suka kan? Bukan ke noona?" Terus sahaja tubuh Hyun didukung dan kakinya berjalan pantas untuk masuk semula ke dalam rumah. Dan tanpa sedar Jungkook turut mengikut rapat di belakang sambil berbalas senyuman dengan Hyun.
Dan tanpa sempat ingin menutup pintu, Jungkook dah pun selamat menapak masuk dan akhirnya dia yang tolong tutupkan pintu rumah buatkan Goeun seakan mahu menumbuk wajah kacak lelaki itu.
Tanpa ada rasa ingin melayan Jungkook yang sangat menjengkelkan ketika itu, Goeun bergerak ke sofa dan duduk bersama Hyun yang masih di dalam pelukan. Tubuh lelaki itu dipeluknya erat sambil rambut Hyun yang berada di bawah dahunya dihidu.
YOU ARE READING
Sugar Daddy [16+]
RomansaHe has two choices, leave her or stay with her. 16+ above. Might've scene or words that you're not gonna comfortable with. Reminder Alert!! This is not 18+ story, no porn scene or underage scene. This is just a story of the characters having a kind...