- 스물 다섯 -

927 137 37
                                    

[ 1 Year and 3 Months later ]

"Noona."

"Ya?"

"Dalam tv tu, nampak macam hyung yang noona pernah tunjuk dekat Hyun." Perlahan-lahan kepalanya berkalih dari terus memandang memandang isi ayam yang sedang dipotongnya untuk menyiapkan makan malam. Tangannya berhenti dari bekerja dan matanya kini fokus pada televisyen yang berada tak jauh dari dapur.

"Usahawan terkenal, pemilik JK deLuxe Hotel yang baru ditubuhkan tiga bulan yang lalu telah memecahkan satu rekod baru—-"

Pisau diletak ke tepi dan tangannya dibasuh sebelum kakinya berjalan ke ruang tamu untuk fokus pada berita yang sedang terpampang di televisyen kecilnya.

"..rekod jualan yang dipercayai telah mencecah 1 Billion keuntungan sebaik sahaja hotel tersebut mula beroperasi." Kepalanya berkalih untuk memandang Hyun yang kelihatan begitu fokus memandang televisyen, mentap wajah lelaki yang pernah ditunjukkan padanya berada di dalam televisyen.

"Noona nak sambung masak. Hyun tengoklah tv tu." Sebaik sahaja rambut Hyun diusap, Goeun bangkit dari bertinggung untuk kembali ke dapur semula supaya makan malam mereka dapat disiapkan sebelum Hyun mula merungut lapar.

"Rumors tentang hubungannya bersama dengan seorang model terkenal di Korea dan Itali juga telah dijelaskan semalam, dimana rumors tersebut sememangnya benar." Kakinya berhenti dari terus melangkah.

Perlahan-lahan kepalanya berkalih semula untuk memandang televisyen.

"Noona? Kata nak sambung masak.. cepatlah Hyun lapar."

"A-ah ya ya."

Langkahnya diteruskan dan dirinya mula sibuk menyiapkan makan malam buat mereka berdua. Sebaik sahaja siap dihidang, Hyun terus sahaja bangkit dari sofa dan berlari anak menuju ke meja makan. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Goeun sambil tersenyum lebar.

"Noona.."

"Ya?"

"Semalam, Hyun terdengar noona cakap dengan Haejoo hyung. Betul ke, noona nak pindah Seoul balik?" Soal Hyun sambil kaki dibawah mejanya dihayun perlahan. Disebabkan dia bercakap bersama makanan yang masih ada di dalam mulut, Goeun membantunya mengelap comot-comot yang berada di tepi bibirnya.

"Noona tak tahu lagi."

"Kalau noona pergi, Hyun tinggal seorang lagi macam dulu la." Sudu diletak ke tepi dan tubuhnya dikalihkan sepenuhnya menghadap Hyun. Tangan kanak-kanak lelaki itu dicapai dan digenggam erat. Matanya tak lepas memandang Hyun yang sedang menunduk memandang kakinya bersama pipi yang kembung disebabkan mulut dipenuhi makanan.

"Pindah atau tak, noona janji yang noona takkan tinggalkan Hyun." Bibirnya dikemam ketika Hyun mula menangis bersama makanan yang masih berada di dalam mulut. Terus sahaja tangannya diselit di bawah ketika Hyun sebelum diangkat tubuh tersebut supaya duduk di atas riba.

Hidungnya turut terasa sakit dek sebak yang menjengah. Semakin erat Hyun memeluknya, semakin kuat rasanya untuk turut menangis.

Kim Hyun.

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun, tak ada ibu-bapa mahupun penjaga. Ketika pertama kali dia datang ke Pulau Jeju dengan bantuan Haejoo, Goeun cuba untuk mencari rumah yang alamatnya telahpun ditulis oleh lelaki itu sebelum menghantarnya ke airport.

Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now