- 열둘 -

3.7K 321 19
                                    

⚠️Beware!⚠️
Half matured content!













Bibir mereka masih bertaut rapat sambil tangan Jungkook ligat mengunci pintu bilik Goeun. Tubuh Goeun dikunci dibelakang pintu. Tautan di leher Jungkook tak dilepaskan malah semakin erat. Rambut Jungkook semakin galak digenggamnya.

Jungkook pula semakin mengemaskan tautannya di pinggang ramping milik Goeun. Baju turtle neck Goeun yang tadinya kemas ditucked in kini sudah ditarik keluar. Goeun membuka langkah membuatkan Jungkook terundur.

Saat Jungkook melabuhkan punggungnya di hujung katil milik Goeun, terus dipanjat naik ke riba Jungkook dan tubuh Jungkook ditolak supaya berbaring. Jungkook mengubah posisi, tubuh Goeun kini ditolak supaya berbaring dan ditindih pula tubuh Goeun dibawahnya.

Tangan semakin ligat menyentuh kulit selembut bayi milik Goeun.

PRANNGG!!



Aksi panas aku dan Jungkook serta-merta terhenti saat bunyi hempasan kaca di luar benar-benar buatkan kami berdua terkejut. Jungkook bangkit dan berlari keluar manakala aku hanya mampu terdiam. Namun langkah Jungkook aku ikut juga keluar dari bilik.

"Jungkook kenapa buat Mommy macamni?! Kenapa?!" Aku memandang eomma yang terduduk lemah di tepi katilnya. Segala barang milik eomma berterabur di atas lantai. Jungkook memeluk tubuh eomma, cuba tenangkan eomma.

Eomma nampak kami berdua ke tadi?

Aku melangkah masuk ke dalam bilik eomma namun langkah aku terhenti saat eomma menjerit menghalang aku dari masuk. Aku melepaskan keluhan kesal. Aku pandang Jungkook yang menggeleng kecil. Perlahan-lahan aku beransur menjauh dari bilik eomma.

Pintu bilik aku tutup rapat dan aku bersandar di belakang pintu. Rambut aku kuak ke belakang sambil cuba menahan sebak. Aish. Tak pasal-pasal eomma jadi saing aku sebab sayangkan lelaki yang sama. Aku berjalan ke bilik mandi dan berdiri di bawah shower tanpa membuka satu pun baju.

Aku buntu.

Dan tanpa sedar air mata turut mengalir bersama dengan air shower. Memang dari tadi lagi aku rasa nak menangis jadi aku lepaskan sekarang. Dan akhirnya aku teresak-esak sendiri bawah pancuran air yang sejuk. Aku tak kuat. Macam mana aku nak hadap Jungkook kalau macamni?

"Goeun," suara Jungkook langsung tak menarik minat aku untuk berkalih. Sehinggalah air ditutup dan tubuh aku dikalihkan menghadapnya. Jungkook melilit tuala di tubuh aku dan menarik aku keluar dari bilik mandi.

"Why are you doing this?" Soal Jungkook namun aku tak dapat membalas. Nak pandang dia pun tak mampu.

"Goeun,"

"Saya nak kita jauh buat sementara waktu. Saya nak sesuaikan diri untuk terima benda ni." Ujarku setelah agak lama menyusun ayat. Aku pandang Jungkook dan aku simpati dengannya. Wajah Jungkook tampak lebih muram.

Pasti, dia lagi berat untuk hadap semua benda ni.

"Saya bagi awak teman eomma malamni. Dan selepas esok, saya harap awak boleh bagi saya ruang. Bila saya sedia, kita jumpa dan kita bincang. Saya betul-betul perlukan masa sendiri." Ujarku dan Jungkook menunduk sambil bibirnya diketap.

Kedua belah pipinya aku sentuh dan bibirnya aku cium sekejap tanpa dibalas Jungkook. Berat buat aku, berat lagi buat Jungkook.

"Aku boleh bagi kau ruang, tapi bukan untuk lupakan aku. Please bertahan untuk kita." Aku angguk dan dahi aku diciumnya lama sebelum Jungkook melangkah perlahan ke pintu bilik aku. Sempat kami berbalas senyuman sebelum wajahnya hilang sebaik sahaja pintu ditutup.

Saya akan bertahan demi kita.

⚔️ SUGAR DADDY ⚔️

"Eomma taknak la Goeun! Tak faham ke?!" Aku hanya mampu diam. Bila Jungkook dah tak ada, macam-macam perangai eomma buat. Meragam tak tentu pasal. Dengan keadaan terpaksa aku telefon Jungkook, minta dia jengukkan eomma memandangkan aku kerja harini.

Aku tunggu Jungkook di luar rumah. Sebaik sahaja kelibat Jungkook kelihatan, aku segera menunggunya untuk masuk manakala aku ingin keluar. Tetapi pinggang aku ditahannya membuatkan jantung aku berdegup sangat kencang.

"Kerja elok-elok. Jangan stres, and I love you." Sejurus itu bibir aku diciumnya sekejap dan dia berlari anak masuk ke dalam rumah. Aku ketap bibir. Baru sekejap dah rasa rindu dan aku rasa aku yang tak mampu jauh dengan dia walhal itu permintaan aku sendiri.

"I love you too."

🌿 계속될 🌿

🌿   계속될 🌿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sugar Daddy [16+]Where stories live. Discover now