Jungkook memandang dari jauh Goeun yang sedang membuat kopi di sana dengan muka yang agak tak ceria semenjak dia datang ke sini. Jungkook mengeluh kerana terasa teruk. Ya dia tahu sebab apa. Semua kerana hal dua hari lepas dimana dia tinggalkan Goeun sebaik sahaja Juyun telefon.
Jungkook berjalan ke kaunter. Namun saat dia berdiri di situ, Goeun masuk ke dalam dapur dan tak sampai beberapa saat, Chaeyong keluar untuk menggantikan Goeun. Jungkook mengeluh kecil namun senyuman diberi juga pada Chaeyong.
"Latte Ice satu. Dan nak order Goeun boleh?"
"Haih awak ni, sedih betul saya tengok. Apa kata awak tunggu dekat luar, hujung jalan sana lepastu saya minta Goeun keluar." Jungkook mengangkat kening.
"Tapi kalau kau cakap aku ada dekat sana mesti dia takkan keluar." Ujar Jungkook dan ya dia pasti akan perkara itu. Kalau dah tengok dia pun taknak mestilah nama pun dia taknak dengar. Chaeyong senyum.
"Tunggu je."
Besertakan Latte sejuk yang sudah siap, Jungkook melangkah keluar dari kafe dan berjalan ke hujung persimpangan laluan tersebut. Jungkook bersandar pada dinding dan kopinya dihirup. Walaupun ianya jalan mati, namun ruangan yang terhias dengan pokok palsu membuatkan ia terasa agak tenang.
Kepalanya ligat memikirkan Goeun.
Goeun, memang wanita yang dia suka dan boleh berubah pada cinta. Namun Juyun, walaupun dia tak cinta tetapi dia sangat selesa dengan wanita tersebut. Itu yang membuatkan Jungkook sangat buntu sekarang. Dia harus menjaga hati kedua-duanya.
Saat terdengar tapak kaki sedang mendekati, Jungkook berdiri tegak. Kepalanya berkalih ke kanan, menunggu siapakah yang akan muncul di sebalik tembok itu. Kakinya melangkah mendekati dan saat tapak kakinya berhenti, matanya bersama Goeun bertatapan.
"Goeun."
Laju sahaja Goeun mengalihkan badannya untuk berpatah semula namun Jungkook tak benarkan. Tangan Goeun ditahan dan ditarik supaya Goeun dekat dengannya. Belakang tubuh Goeun bersandar di tembok manakala kedua-dua belah tangan Jungkook mengepungnya.
"Goeun," panggilnya lagi.
"대답해(answer me)!" Suara Jungkook agak meninggi kali ini saat Goeun asyik diam tak berkutik. Kepalanya diangkat dan mata Jungkook ditatap dalam. Jungkook diam menanti kata-kata dari Goeun.
"Awak tak nampak macam sukakan saya Jungkook. Tapi nampak macam awak jadikan saya ni tempat singgahan awak." Berkerut dahi Jungkook mendengar ayat tersebut. Tempat singgahan?
"Kau cakap apa ni?"
"Kalau betul awak suka saya, awak tak layan saya macamni lah. Sekejap hilang lepastu bila muncul awak buat itu ini dengan saya lepastu tinggal macamtu je? Setiap kali nak jumpa atau dah jumpa mesti ada benda yang ganggu."
Jungkook diam.
"Awak dah ada girlfriend sebenarnya kan? Awak pergi macamtu je bila dia call awak dua hari lepas. Sampai tak pandang saya terus." Goeun segera menunduk saat terasa tekaknya terasa sakit akibat sebak.
"Tak, aku memang sukakan kau. Aku tak ada girlfriend tapi orang tu adalah tanggungjawab aku. Dia penting." Tangan Jungkook naik memegang pipi Goeun. Goeun memandang Jungkook. Cuba percaya kata-kata lelaki itu. Namun saat itu, telefon Jungkook berdering.
Goeun mengerling namun namanya tak dapat dibaca kerana kecerahan skrin telefon Jungkook yang gelap. Tetapi Goeun dapat mengagak itu adalah orang yang Jungkook maksudkan tadi. Goeun memandang Jungkook. Tanpa menunggu lama, segera tangannya naik menarik leher Jungkook.
Bibirnya digerakkan dan matanya terpejam. Kakinya sedikit terjungkit dan tangannya erat memeluk leher Jungkook.
Goeun apa kau buat?
YOU ARE READING
Sugar Daddy [16+]
RomanceHe has two choices, leave her or stay with her. 16+ above. Might've scene or words that you're not gonna comfortable with. Reminder Alert!! This is not 18+ story, no porn scene or underage scene. This is just a story of the characters having a kind...