Rian memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat berwarna merah menyala. Dia curi - curi memandang ke arah Elly yang sedang memandang ke luar tingkap.
Dia langsung tidak menyangka bahawa gadis itu mempunyai impian untuk menjadi seorang ibu.
Mungkin bagi sesetengah orang, ia hanyalah perkara biasa.Namun bagi sesetengah orang lagi, ia merupakan salah satu perkara yang amat bermakna dalam kehidupan. Menjadi seorang ibu juga merupakan suatu impian yang sangat mulia.
Nampaknya, dia telah menyalah anggap tentang gadis itu sejak awal lagi. Dia terus menganggap gadis itu sombong dan gedik, namun semua itu hanyalah luaran. Hakikatnya, gadis itu sangatlah baik dan merendah diri.
"Rian!" Panggil Elly kuat, membawa lelaki itu kembali ke dunia nyata.
"Ya? Kenapa?" Tanya Rian kalut.
"Geraklah, lampu dah hijau tu." Arah Elly.
Pon! Pon! Pon! Pon!
Bunyi hon yang bertalu - talu daripada kereta - kereta yang berada di belakangnya membuatkan Rian mengeluh berat, jauh sungguh dia berangan. Keretanya terus dipandu sebelum dia memarkingkannya di tepi jalan.
"You okey ke tak ni? You fikir apa sampai tak sedar lampu isyarat dah hijau?" Tanya Elly lalu ketawa.
"Aku fikir pasal kau." Jawab Rian jujur, Elly terus terdiam.
"Pasal I? Kenapa dengan I?" Tanya Elly.
"Aku...dah salah menilai kau." Balas Rian.
"What do you mean?" Tanya Elly menginginkan penjelasan.
"Aku ingatkan kau ni jenis yang suka berfoya - foya, gedik, diva. Tapi, kau langsung tak macam tu. I'm sorry." Ucap Rian serba - salah.
"I suka lelaki macam you, jujur. Adrien, I pun macam you juga. I pun ingat you ni dingin, beku macam ice. Hakikatnya, you ni baik je, caring. Cool outside, soft inside." Balas Elly.
"Aku caring?" Tanya Rian sambil menunjuk ke arah diri sendiri.
"Yes, you are. Maybe you tak perasan, tapi orang sekeliling you sedar." Tutur Elly.
"Betullah orang putih kata, don't judge a book by it's cover." Tutur Rian.
"Yeah, but we're just a normal human. It's normal to give our first impression when we meet someone at the first time." Ujar Elly.
"So, yogurt. Kau nak pergi mana sekarang ni?" Tanya Rian.
"Nama I..."
"Kan aku dah kata, aku tak nak tahu nama kau. So, just let me call you yogurt." Balas Rian, Elly mencebik.
"Fine. Just bawa I pergi ke Rumah Anak Yatim Sri Kasih." Arah Elly.
"Excuse me?"
***
"Kak Elly!" Gadis itu tersenyum saat melihat kesemua kanak - kanak yang sedang bermain di dalam bilik permainan itu berlari mendapatkannya.
"Kak Elly, kita orang semua rindu sangat dekat Kak Elly!" Ucap kanak - kanak perempuan bernama Ryana, Elly ketawa kecil lalu terus mendukungnya.
"Kak Elly, nak dukung juga." Pinta Ben.
Rian yang berada di luar bilik mengintai Elly dan kanak - kanak itu dengan wajah tertanya - tanya.
"Rian."
Teguran itu membuatkan lelaki itu berpaling memandang seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an yang sedang tersenyum memandangnya.
"Eh, Kak Hani rupanya. Apa khabar?" Tanya Rian.
"Alhamdulillah, sihat. Kamu sihat?" Rian membalas dengan anggukan.
"Er, Kak Hani. Saya nak tanya sikit boleh tak?" Tanya Rian.
"Jangankan sikit, banyak pun tak apa." Balas Hani.
"Akak, saya serius ni." Hani ketawa sebelum bersuara.
"Ha, apadia?"
"Macam mana budak - budak tu boleh kenal perempuan yang dekat dalam bilik tu?" Tanya Rian, Hani mengintai sedikit ke dalam bilik permainan sebelum dia menayang senyuman lebar.
"Kamu ingat tak Elly? Alah, perempuan yang akak pernah cerita dekat kamu hari tu. Budak - budak pun ada cerita dekat kamu. Dia tu lah yang budak - budak selalu panggil Kak Elly, salah seorang yang banyak menderma untuk rumah ni." Dahi Rian berkerut cuba mengingat.
"Sebelum ni dia tinggal dekat Amerika. Jadi, sepanjang dia menderma tu, akak dengan AJK yang lain memang tak tahu siapa penderma tu.
Bulan lepas barulah dia munculkan diri.Mula - mula, akak ragu - ragu. Yalah, dengan pakaian dia yang macam tu. Tapi, akak bagi je lah dia masuk. Bila tengok cara dia layan budak - budak tu, bila budak - budak tu selesa dengan dia, akak yakin yang dia memang penderma tu.
Akak rasa serba salah sangat sebab salah sangka dekat dia, jadi akak minta maaf. Dia langsung tak marah, dia baik sangat." Cerita Hani panjang lebar.
"Adrien!" Suara Elly kedengaran dari dalam bilik tadi.
"Kamu kenal dia ke?" Tanya Hani.
"Saya datang dengan dia. Tapi, tak tahu pula yang dia penderma tu." Balas Rian, Hani mengangguk faham.
"Pergilah masuk ke dalam. Dia panggil kamu tu."
***
"Abang Rian pun datang!" Kata kanak - kanak lelaki bernama Amri dengan penuh teruja.
"Jadi, ni lah Abang Rian yang kau orang selalu cerita dekat akak tu ya?" Tanya Elly.
"Oh, kau orang mengumpat pasal abanglah selama ni ea?" Rian mula bercekak pinggang.
"Eh, mana ada mengumpat. Kita orang cerita pasal Abang Rian dekat Kak Elly je." Balas salah seorang kanak - kanak, Afif namanya.
"Kak Elly, Abang Rian pernah cakap yang dia nak sangat jumpa dengan kak...hmmp!"
Rian segera menekup mulut Amri. Satu benda yang buat dia geram dengan budak - budak ialah dia orang ni terlebih jujur. Kalau boleh, semua benda dia orang nak cerita!
"Lepas kita orang cakap dekat Abang Rian yang Kak Elly ni cantik, dia terus kata nak jumpa Kak Elly." Tambah Chandra pula.
"Chandra. Kau orang ni, kan abang dah pesan jangan beritahu sesiapa." Tegur Rian bersama wajah yang kian memerah, Elly yang melihat reaksi Rian ketawa sebelum berjalan mendekati lelaki itu.
"Jadi, sebelum ni you memang dah ada niat nak jumpa I lah?" Usik Elly.
"No. Dah diorang cakap yang Kak Elly dia orang tu cantik sangat, aku pun pura - puralah yang aku nak jumpa Kak Elly diorang tu. Tak sangka pula kau orangnya." Rian terus menjentik dahi Elly.
"Sakitlah!"
Rian hanya menayang riak selamba. Dah buat salah, tapi pura - pura macam tak ada apa - apa yang berlaku. Elly menjelingnya.
Tiba - tiba, bilik itu dipenuhi dengan suara ketawa kanak - kanak. Elly dan Rian saling berpandangan sebelum memandang ke arah kesemua kanak - kanak di situ.
"Kenapa kau orang ketawa?" Tanya Elly dan Rian serentak.
"Abang Rian dengan Kak Elly nampak comel bila bergaduh." Jawab Jia jujur.
"Mana ada!" Nafi Rian, Elly ketawa.
"Ryana nak tanya." Seorang kanak - kanak perempuan bersuara, Elly terus berjalan mendekatinya.
"Ya, sayang. Apadia?" Tanya Elly sambil menatap mata kanak - kanak itu yang nampak betul - betul tertanya - tanya, Rian turut memandang Ryana.
"Abang Rian dengan Kak Elly bercinta ke?"
***
gomawo for your votes, reads and comments 💗
YOU ARE READING
jejaka ice vs gadis diva ✔︎
Teen Fiction[ the boyz series 3 ] ° not that's good, but maybe can give you some mood ° Aura Rian yang menarik membuatkan Elly tertarik. Apa yang boleh dibuat? Si beku itu sentiasa cuba untuk melindungi sedangkan mereka tidak saling mengenali sesama sendiri. "K...