18

135 9 0
                                    

"Elly. Kau tahu tak, sejak kau muncul Rian banyak sangat berubah." Kata Bella.

"Berubah? What do you mean?" Tanya Elly inginkan penjelasan.

"Dia semakin kerap senyum berbanding dulu." Balas Lia.

"Oh, about that. I ada tanya dekat The Boyz, but dia orang suruh I sendiri yang tanya Rian." Kata Elly.

"Yeah, they're right. Memang kau patut tanya Rian sendiri." Kata Fara pula.

"Why?" Tanya Elly.

"Awak boleh nilai sendiri selepas awak dah tahu cerita sebenar." Balas Najwa, Elly mengangguk.

"Dahlah, tak payah fikir sangat. Kau orang berdua dah bertunang dah pun."  Kata - kata Lia membuatkan senyuman lebar terukir pada bibir Elly, statusnya sebagai tunang kepada Rian rasmi 2 minggu yang lalu.

"So sekarang ni kita fokus pasal wedding kau orang je, okey?" Pinta Bella, Elly mengangguk.

"Siapa yang jadi pengapit?" Tanya Fara.

"Tak tahulah, I stay tengah fikir."

Jawapan daripada Elly membuatkan The Girlz saling berpandangan, masing - masing memandang satu sama lain dengan pandangan yang tajam.

"Saya nak!"

"Aku lah!"

"I'm here!"

"Take me, Elly!"

***

"Niel, sejak bila aku kena teman kau pergi mall ni?" Rungut Rian tak berpuas hati.

"Hey. Kau patut bersyukur aku pandai masak tau. Kalau tak, setiap kali kita duduk rumah memang kena makan dekat luar. Kau nak ke?"  Pertanyaan Niel diabaikan oleh Rian, Niel menjuih bibir.

"Kau belajar masak dekat mana ea? Semua masakan kau sedap." Puji Xiao.

"Aku belajar dengan mama aku lah." Jawab Niel sambil mengambil beberapa biji tomato.

"Excuse me." Tegur satu suara, suara seorang perempuan.

Niel, Rian dan Xiao terus berpaling ke arah suara itu. Xiao memandang gadis itu dengan penuh tanda tanya. Namun bukan Niel dan Rian, riak wajah mereka berubah.

Wajah masing - masing jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mempercayai apa yang sedang dilihat. Air mata Rian dan Niel perlahan - lahan bertakung. Niel menggagahkan diri, tangan Rian digenggam erat.

"Maisarah..."

***

"Aku bukan Maisarah." Kata gadis itu tegas.

"Tapi kau..."

"Yes, muka kita orang sama. Tapi, aku bukan Maisarah. I'm Mastura, kembar Maisarah."  Pernyataan itu membuatkan Rian memandang gadis yang duduk berhadapan dengannya itu dengan pandangan terkejut.

Selama dia mengenali Maisarah, dia langsung tidak mengetahui bahawa gadis itu mempunyai kembar seiras.

"Kenapa kau datang jumpa aku?" Tanya Rian, dingin.

"Maisarah pergi club tu bukan sebab dia nak, tapi dia terpaksa." Rian hanya diam, menunggu kata - kata seterusnya daripada Mastura.

"Ayah kita orang jual Maisarah." Mulut Rian terlopong kerana terkejut.

"Ayah kita orang kata, kalau Maisarah tak nak kerja dekat situ, dia takkan mengaku yang Maisarah tu anak dia. Sebab tu lah Maisarah pergi ke club tu.

Dia sanggup buka tudung, sanggup dedahkan aurat dia, sanggup gadaikan maruah diri dia. Semuanya sebab ayah kita orang.

Waktu tu aku tak ada dekat rumah, aku tinggal dekat asrama. Aku tak sangka yang ayah aku sanggup buat semua tu. Aku kecewa sangat." Cerita Mastura dalam nada sedih.

"Bukan salah kau pun, semuanya Allah dah tentukan." Ujar Rian.

"Kalau kau sedar Allah yang tentukan, then kenapa kau berubah?" Pertanyaan yang keluar daripada mulut Mastura membuatkan Rian terdiam, dia sedar semua yang telah berlaku kepada Maisarah ialah ketentuan Allah.

Tapi, kenapa perangai dia berubah? Sebab tak dapat menerima hakikat? Tak redha dengan takdir?

"Rian, apa yang berlaku dekat Maisarah bukan salah kau juga dan apa yang berlaku dekat Raihan pun bukan salah kau." Tutur Mastura.

"Kau...kenal Raihan?" Tanya Rian bersama mata yang membulat.

"Aku girlfriend Raihan, Rian. Cuma kita orang jarang berjumpa. The Boyz pun aku kenal, Maisarah selalu cerita pasal kau orang dekat aku.

Bila aku dapat tahu yang Raihan dah tak ada, aku sedih sangat. Maisarah pun pergi pada hari yang sama. Rian, aku tahu kau sedih. Aku pun sedih juga, The Boyz pun sedih.

Rian, aku tahu macam mana perangai kau sebelum kejadian tu menimpa. Maisarah selalu cerita dekat aku pasal kau. Dia kata, kau baik, ceria, sweet.

Dia siap tunjuk gambar kau dekat aku lagi. Aku nampak betapa gembiranya dia masa cerita pasal kau. Aku nampak yang dia bahagia. Ciri - ciri lelaki idaman dia, semua ada dekat kau dan aku nak kau tahu, Maisarah sukakan kau. Dia ikhlas sayangkan kau, Rian.

Tapi, kau ada fikir tak apa perasaan Maisarah kalau dia tengok keadaan kau selepas dia pergi? Mesti dia akan rasa bersalah sangat, kau berubah disebabkan dia. Rian, jangan salahkan diri kau atas apa yang dah berlaku dekat Maisarah.

Kau jadilah Rian yang dulu balik. The Boyz maybe tak pernah cakap. Tapi percayalah, dia orang rindu Rian yang lama, dia orang rindu Rian yang dulu. Rian yang ceria, salah seorang mood maker dalam geng dia orang." Ujar Mastura panjang lebar.

"Then, apa yang jadi dekat ayah kau orang?" Tanya Rian.

"Dia dah masuk penjara." Jawab Mastura.

"Kau okey tak?" Tanya Rian lagi.

"I'm okey, Rian. Ingat apa yang aku cakap tadi. Jangan masuk telinga kanan, keluar terlinga kiri. Sia - sia je aku bazirkan air liur aku."  Rian menjuih bibir.

"Tapi, boleh aku tanya satu lagi soalan?" Tanya Rian.

"Silakan." Ujar Mastura.

"Kenapa baru sekarang kau muncul? I mean, kenapa baru sekarang kau datang jumpa aku? Kenapa baru sekarang kau beritahu aku pasal semua ni?"

Mastura tersenyum saat mendengar pertanyaan bertalu - talu daripada Rian. Dia dah agak soalan itu akan terbit, dan dia sudah bersedia bersama sebuah jawapan.

"Sebab sekarang ialah waktu yang sesuai."

***

"Tapi, kenapa Maisarah tak beritahu awal - awal yang dia kena paksa? Sedangkan dia dah tahu kalau kita nampak dia dekat club, kita akan salah faham?" Tanya Niel keliru.

"Dia tak nak kita risau, Niel. Dia lebih rela kita bencikan dia daripada risaukan dia." Ungkap Rian, Niel terus memandangnya.

"Aku rindu kau yang dulu." Ucap Niel secara tiba - tiba.

"Maafkan aku." Ucap Rian lalu memaut leher Niel, lelaki itu terus menangis.

"Hey, buruklah muka kau time menangis." Usik Rian.

"Kau jahat, Rian!" Marah Niel bersama hidung yang merah.

"Kau comel, Niel." Usik Rian lagi.

"Aku benci kau!" Marah Niel.

"Hey, dahlah tu. Nanti kalau Nana nampak, dia cari lain baru tahu." Rian ketawa mengusik.

"Mulut kau tu kasi jaga sikit. Aku sayang kau, tapi tu tak bermakna aku takkan pukul kau tau." Rian ketawa terhibur.

Alahai Niel, tak pernah tak comel!

***

gomawo for your votes, reads and comments 💗

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now