"Yogurt!"
"Yogurt!"
"Elly!"
Panggil Rian berkali - kali sambil matanya meliar memandang kawasan sekeliling. Kelihatan gadis yang dicarinya sedang duduk di atas bangku yang terdapat di taman tempat biasa dia melepak. Rian tersenyum.
"Yogurt!" Panggil Rian bersama wajah risau sambil mendekati Elly.
"You ni dah kenapa? Berpeluh sampai macam ni, baru lepas joging ke?" Tanya Elly bersama dahi yang berkerut.
"Tak - tak. Sekarang ni kau okey ke tak?" Tanya Rian.
"Macam yang you nampak sekarang ni lah. I'm okey je. Kenapa? You risaukan I ea?" Tanya Elly bersama senyuman mengusik.
"Yogurt..."
"Can you stop calling me yogurt?" Pinta Elly.
"Alah, kenapa pula? Comel apa nama yogurt." Balas Rian.
"Nama I punyalah panjang, tapi nickname yang you bagi langsung tak ada kaitan dengan nama I." Kata Elly lalu mencebik.
"Aku nak panggil kau dengan panggilan yang orang lain tak panggil." Balas Rian.
"Then just call me sayang, you kan sayang I." Elly tersengih.
"Kau nak kena marah ke?" Rian mula bercekak pinggang.
"You takkan mampu marah I." Balas Elly lalu menjelirkan lidah.
"Menjawab lagi." Balasan daripada Rian membuatkan gadis itu tersengih.
"Apa nama penuh kau?" Tanya Rian.
"Ardellia Qistina." Jawab gadis itu.
"Cantik." Puji Rian spontan, semakin berbunga hati Elly dibuatnya.
"Then, I'll call you Qistina." Putus Rian.
"Suka hati you lah." Balas Elly.
"Ni, Naixen ada buat apa - apa dekat kau tak?" Tanya Rian.
"Oh, patutlah you nampak risau semacam je. She's do nothing, but I did somethings." Balas Elly lalu mengukir senyuman jahat.
"Kau buat apa?" Tanya Rian.
"I tampar dia." Jawab Elly selamba.
"Wow! Good!" Puji Rian sambil menepuk tangan.
"You dah kenapa?" Tanya Elly kepelikan.
"Sebenarnya, Naixen tu obsessed sangat dengan aku. Dia selalu kacau aku, so aku jadi menyampah dengan dia. Dia sampai cop yang aku ni boyfriend dia walaupun aku tak pernah sekalipun mengaku dia tu girlfriend aku." Terang Rian.
"Ouh, now I got it. Patutlah dia selalu kata yang I ni nak rampas boyfriend dia lah, try goda boyfriend dia lah, sedangkan I tak tahu pun siapa lelaki yang dia maksudkan. At the end, it's you?" Ujar Elly.
"Stres, right?" Balas Rian, Elly tiba - tiba berdiri lalu ingin beredar, namun Rian sempat memegang lengannya.
"What?" Tanya Elly.
"Kau marahkan aku ke?" Tanya Rian.
"Sebab you lah dia serang I, huh." Balas Elly.
Dia terus berjalan meninggalkan Rian, lelaki itu pula hanya mampu ketawa. Orang lain yang serang dia, orang lain pula yang dipersalahkan. Hailah, Elly. Why so cute?
Rian terus memerhatikan Elly yang semakin menjauh. Tiba - tiba, dia ternampak gadis itu yang seakan - akan hampir terjatuh.
Rian mengecilkan mata untuk meneliti apa yang telah berlaku. Sebaik sahaja mendapati bahawa tumit tinggi yang terdapat pada kasut Elly patah, lelaki itu ketawa terbahak - bahak.
YOU ARE READING
jejaka ice vs gadis diva ✔︎
Teen Fiction[ the boyz series 3 ] ° not that's good, but maybe can give you some mood ° Aura Rian yang menarik membuatkan Elly tertarik. Apa yang boleh dibuat? Si beku itu sentiasa cuba untuk melindungi sedangkan mereka tidak saling mengenali sesama sendiri. "K...