9

151 13 0
                                    

"Rian, thank you sangat sebab bawa I keluar hari ni. I happy sangat." Ucap Elly disertakan senyuman manis.

"Small matter. Kalau kau happy, aku pun happy." Balas Rian.

"Means, my happiness is your happiness?" Tanya Elly gembira.

"Hmm, nope." Balas Rian selamba, Elly menjuihkan bibir.

"Kau ada nak pergi mana - mana lagi ke?" Tanya Rian.

"Kenapa you baik sangat hari ni?" Tanya Elly kepelikan.

"Baik salah, jahat pun salah." Balas Rian.

"No, I tak kata you jahat pun. I just pelik. And one more thing you banyak sangat senyum hari ni." Ujar Elly.

"Sebab kau lah." Monolog hati Rian.

"Aku just happy je sebab dapat jumpa budak - budak tu." Balas Rian.

"Sebab budak - budak? Hm, okey. Tapi kan, I tak sangka yang you ni suka budak - budak." Ujar Elly.

"Macam tu jugalah aku fikir tentang kau." Balas Rian.

Mereka berdua ketawa.

***

"Elly, where are you going? Dah malam baru balik." Tegur Eric.

"Elly jumpa kawan." Balas gadis itu.

"Boy or girl?" Tanya Jennie serious.

"Girl." Tipu Elly.

"Sorry, mom. But, I have to." Monolog hati gadis itu.

"Good." Balas Jennie lalu tersenyum.

"Elly nak makan?" Tanya Eric.

"Nope, I'm full. Lagipun, Elly tak solat maghrib lagi. Elly naik dululah, ya." Ibubapanya hanya mengangguk.

Gadis itu terus naik ke tingkat atas, biliknya menjadi tujuan. Sebaik sahaja masuk ke dalam, badannya terus dibaringkan ke atas katil.Wajah lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya tiba - tiba bermain di minda. Oh no, ini dah parah! Dia dah angau!

"Adrien." Nama itu disebut sebelum dia menampar - nampar pipinya sendiri.

"Wake up, Elly!" Katanya tegas.

"Okey now, mandi and solat maghrib. That's all!"

Usai mandi dan menunaikan solat, dia mengeringkan rambutnya menggunakan sebuah tuala bersaiz kecil. Tiba - tiba, iPhonenya berbunyi menandakan ada notification yang masuk.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Elly mengerutkan dahi saat mendengar notifications yang bertalu - talu itu. Biasanya dia akan vibratekan semua notification, kecuali untuk call dan WhatsApp.

Jadi, siapa yang menghantar chat sebanyak itu kepadanya? Akibat perasaan yang terlalu ingin tahu, dia terus menghampiri meja yang menempatkan iPhonenya. Ia diambil lalu dibuka.

•••

013 XXXX XXXX

Hey, perempuan!

You kata you tak kenal my boyfriend!

Then, why you jumpa dia tadi?

You jangan gatal nak goda dia, okey?

He's mine!

•••

"Who's this?" Gumam Elly bersama dahi yang berkerut.

jejaka ice vs gadis diva ✔︎Where stories live. Discover now