"Go, Elly! Sikit je lagi!" Ujar Vera memberi semangat kepada Elly yang sedang berlatih.
Gadis itu tiba di garisan penamat dengan nafas yang tercungap - cungap setelah berjaya menamatkan lariannya di balapan.
"Good job, Elly! Record Elly semakin meningkat!" Puji Vera.
Sebotol air mineral dihulurkan kepada Elly, botol itu bertukar tangan. Gadis itu meneguk air beberapa kali.
"Terima kasih, Coach Vera. Ni semua pun sebab coach yang latih Elly. Kalau tak, memang taklah Elly boleh sampai ke tahap yang sekarang." Balas Elly, Vera tersenyum.
"Ni semua usaha Elly sendiri. Saya tolong yang mana mampu je." Balas Vera lalu menepuk lembut bahu pelajarnya itu.
"Coach, Elly nak tanya something boleh tak?" Tanya gadis itu.
"Apadia?" Balas Vera.
"Coach pernah bercinta tak?" Pertanyaan Elly membuatkan wanita di hadapannya itu tersenyum.
"Saya tak pernah, Elly. Saya ni anti sikit dengan lelaki, tak tahulah kenapa. Tapi, why Elly tanya? Elly jatuh cinta, ya? Ke Elly tengah bercinta?" Tanya Vera disertakan senyuman nakal.
"Eh, tak adalah. Elly tanya je." Balas gadis itu tersipu - sipu.
"Tipulah kalau orang cantik macam Elly ni single." Kata Vera lalu menjongketkan keningnya.
"Tapi, coach pun single juga." Balas Elly selamba.
"So, Elly nak kata yang saya ni cantiklah?" Tanya Vera, bergurau.
"Mestilah!"
Mereka berdua ketawa serentak. Namun, ketawa Elly perlahan - lahan mati saat matanya terpandang seorang lelaki yang sedang berjalan tidak jauh daripada tempatnya berada.
"Kenapa, Elly?" Tanya Vera prihatin.
"Hah? Na-nothing." Balas Elly.
Matanya hanya fokus memandang ke arah lelaki tadi. Vera terus memandang ke arah di mana mata gadis itu tertumpu, senyuman manis terukir pada bibir saat melihat tingkah laku pelajarnya itu.
"Coach, Elly minta diri dulu ea?" Ujar gadis itu.
"Yalah, hati - hati." Pesan Vera.
Elly hanya mengangguk perlahan. Tangan Vera dicapai lalu dikucupnya. Ucapan terima kasih dihadiahkan kepada wanita itu sebelum dia berlalu pergi.
Vera yang melihat gelagat pelajarnya itu hanya mampu ketawa bersama kepala yang digeleng - gelengkan. Macam - macam!
***
"Rian!"
Lelaki itu terus memutarkan bebola matanya sebaik sahaja suara itu menyapa pendengaran. Dia hanya berjalan tanpa menghiraukan panggilan itu, menyampah!
"Rian! Tunggulah I!" Jerit gadis itu sambil berlari anak ke arah lelaki itu.
Sebaik sahaja tiba di sebelah Rian, lengan lelaki itu terus dipaut dengan erat. Rian mendengus geram lalu meleraikan pautan antara lengannya dengan lengan gadis itu.
"Kau memang tak habis - habis kacau hidup aku, kan? Kau ni menyemaklah, Naixen." Marah Rian.
"Ish, kenapa you marah I ni? You stres ea? Kenapa? Badmood? Or you stres dengan practise and assignment?" Tanya Naixen lalu kembali memaut lengan Rian, namun lelaki itu pantas meleraikannya.
"Aku tak badmood pun. Tapi, lepas tengok muka ka- eh, tak. I mean, bila dengar je suara kau, aku terus rasa badmood. Sestres aku dengan practice, assignment and report apa semua tu, stres lagi aku dengan kau. So, sila meninggal." Kata Rian selamba lalu terus beredar.
YOU ARE READING
jejaka ice vs gadis diva ✔︎
Roman pour Adolescents[ the boyz series 3 ] ° not that's good, but maybe can give you some mood ° Aura Rian yang menarik membuatkan Elly tertarik. Apa yang boleh dibuat? Si beku itu sentiasa cuba untuk melindungi sedangkan mereka tidak saling mengenali sesama sendiri. "K...