What The Actually F?

21 2 0
                                    

Teresa Stilton

How it turn to this way?

Mungkin sudah terlambat untuk menyesal. Ya, itu kemungkinan besar yang ianya sudah terlambat untuk bagitau hal sebenar.

Tapi aku taknak Vennessa terlibat dalam hal sebegini. Dia anak aku yang aku sanggup berhenti mengambil kerja keji aku sebelum ini. Tapi, dari mana semuanya bermula? Kenapa ini boleh berlaku.

Vennessa mengurungkan dirinya dalam biliknya, tidak keluar sejak kejadian sebelum ini. Melihat Lucynthia menjadi 'raksasa' mungkin penyebab dia mengurungkan dirinya. Vennessa tidak pernah diajar perkara sebegini. Aku dan Henry telah berjanji untuk berhenti setelah apa yang terjadi semasa dia kecil.

Aku memandang Henry yang duduk diam di ruang tamu, mengharapkan langkah seseorang tiba di ruang tamu. Aku hanya menghembus keluhan lemah. Lucynthia juga tidak balik ke rumah. Entah apalah yang dia fikirkan di luar sana. Aku tahu Lucynthia tidak sihat.

Semuanya kerana kami. Kesilapan masa lalu kami lakukan. Lucynthia dulu seorang yang sangat periang dan ceria. 8 tahun lalu berlalu sangat pantas. Perubahan yang sangat drastik sepanjang 8 tahun itu. Dari diriku dan Henry hinggalah keluarga Whitesnow.

Maafkan aku, Luna. Belum sebulan dia bersamaku, dia sudah kembali menjadi raksasa. Bayangkan kalau dia bersama denganku untuk setahun? Maafkan aku Luna.

Kenapa baru sekarang aku menyesalinya? Semasa aku menawarkan diri dahulu, aku patut tahu akibatnya. Aku patut tahu apa akibatnya apabila melibatkan diri dalam dunia gelap ini. Bahkan Luna sendiri sudah memberitahuku betapa bahayanya dunia ini. Dunia ini akan kekal selamanya apabila kau sudah terjebak dengannya.

Ketukan yang lembut didengari di pintu. Sangat lembut sehinggakan aku dan Henry memandang satu sama lain. Siapakah yang datang pada waktu malam sebegini? Aku berdiri menawarkan diri untuk menjawab ketukan itu.

Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu itu. Aku berharap ianya Lucynthia. Aku mahukan dia kembali sekarang untuk berbincang dengan Vennesa. Tombol pintu diputar dan aku menarik pintu itu perlahan untuk melihat gerangan di luar.

BAM!

Aku terkejut melihat gerangan pengetuk itu. Aku menutup pintu dengan kasar. Apa yang dia buat disini?

"Kau nak apa, sial?! Apa kau buat kat sini?!" Marahku. Henry datang berlari ke arahku. Mungkin terlalu kasar aku menutup pintu.

Memanglah. Siapa tak terkejut melihat ex dia kat pintu rumah sendiri?

"Sayangku, I cuma datang melawat je. Kenapa kasar sangat tutup pintu tu? I tak sempat nak cakap hai pun," katanya dengan nada bermanis. Nadanya yang sentiasa dia gunakan pada berbelas tahun dahulu.

"Apa maksud kau dengan melawat, setan? Aku tahu kau suka tengok aku stress kan? Heh, bukan aku taktau yang kau suka sangat tengok wajah aku macamtu," kataku menyindir. Selama aku bersamanya, dia suka sangat melihat wajahku yang kesakitan.

Berbulan aku didalam seksaannya. Dipukul, dirotan, sampaikan tulangku retak di bahagian kaki. Dia sanggup membuat aku sakit.

Sial kau Nathan. Aku dahlama benci kau. Aku taktau kenapa aku terjebak dengan dia dulu.

"Memang aku suka lihat wajah kau seperti itu. Sangat jelita dan menawan. Mengingatkan saat-saat seperti itu, cukup buat aku keras sekarang," katanya lagi. Sial ni memang tak reti insaf walaupun aku dah jadi bini orang.

"Kau datang sini sebab apa, Nathan?! Better kau bagitau!" Jerit Henry. Ya, Henry lah yang selamatkan aku dari genggaman Nathan. Dialah yang lindungi aku dari ancaman Nathan sehinggakan dia pernah cedera parah untuk melindungiku.

"Cih! Henry di situ pula. Apa-apapun, aku nak tanyalah. Adrian ada datang ke sini?" Soal Nathan. Aku dan Henry terdiam.

Dia datang sini untuk tanya tentang Adrian?

"Sedangkan Lucynthia pun tidak jejak ke rumah ini sejak hari itu, apatah lagi anak yang kau kutip tu," jawabku. Setan tu terdiam sebentar.

"Terima kasih atas info itu, sayang. Nanti I datang melawat lagi," katanya lalu bunyi derapan kaki semakin menjauh. Di ikuti dengan bunyi enjin kereta. Aku pergi ke arah tingkap memandang kereta yang baru sahaja dihidupkan. Kenapa tadi aku tak perasan bunyi kereta? Kereta hitam itu berlepas dan meninggalkan halaman rumahku. Aku memusingkan badan aku dan mataku terhenti di tangga yang menuju ke bilik atas.

Vennesa berdiri di bawah tangga itu. Matanya berkilauan seperti air mata akan jatuh dalam bila-bila masa sahaja. Dia berlari memelukku erat. Kenapa ni?

"Vennesa sayang, kenapa ni?" Soalku. Mukanya tertanam di bahu kananku. Begitu erat hinggakan esakan boleh dirasai di jantungku. Aku terdiam.

"Vennesa fikir y-yang mama d-dan ay-ah bergaduh sebab Ve-nnesa," katanya dengan esakannya.

Aku hanya membalas pelukannya. Mungkin pintu yang kututup dan jeritanku dengan Henry agak kuat sehinggakan dia memikirkan aku bergaduh dengan Henry. Aku tiada cara lain selain memberitahunya kenyataan.

Maafkan aku, Vennesa. Aku gagal menjadi seorang ibu yang baik. Maafkan aku Luna, sebab terlibat dalam jalan hidupmu.

hai guys! Lamanya aku tak update. Hehe rindu. Aku ada letak dekat message board aku yang aku dapat writer's block. Tapi suprisingly aku terjumpa lagu yang buatkan aku teringat pada character Lucynthia Whitesnow. Jadi semestinya aku terdapat idea nak sambung macam manaaaaa ehe.

Mungkin lain gila dengan jalan cerita yang aku plan dua atau tiga tahun lepas but who cares? Dahlah bertahun aku nak tulis cerita ni. Tapi hope you guys enjoylah en. Thankyou for new readers sebab aku pun dah tak berapa menulis sangat cerita ni. Happy to know you guys! Berdoalah yang aku dapat sambung cerita ni sampai habis dalam tahun ni ya? See yaaa!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 28, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Whitesnow (ongoing/editing)Where stories live. Discover now