Dilema memori

164 26 0
                                    

LUCYNTHIA WHITESNOW

"Dan darah menconteng mukaku."

"Mama! Papa dimana?"

"Papa lengahkan masa orang jahat. Lucy, pergi sembunyi di bawah katil bilik mama."

"Tapi, mama ikut tak?"

"Mama ikut. Jom."

Kaki melangkah ke depan dengan laju. Tangga dinaiki dengan pantas dan berhati-hati. Tangan mama sentiasa dipegang.

Sampai sahaja di bilik mama, aku menyorok di bawah katil. Mama tidak bergerak malah berdiri di tengah-tengah bilik.

"Mama! Cepat menyorok!"

"Lucy, apa-apa jadi pada kami, jangan sesekali jual rumah ni. Dan, carilah satu-satunya ahli keluarga kamu."

Dan kedengaran tapak kaki yang lain memasuki dalam bilik mama. Kasutnya penuh dengan darah. Aku menekup mulut aku dari terjerit.

"Dimana kau simpan benda tu?"

Suara garau menerjah ke telinga aku.

"Aku takkan bagitau."

"Baiklah."

BANG!

BANG!

BANG!

BANG!

Badan seseorang rebah ke lantai. Darah mengalir keluar dari kepala sang berambut putih hingga ke katil aku.

Tangisan jatuh berderai tanpa sebarang suara. Hati terasa hilang dan sakit bagaikan ditoreh dengan skapel. Darah yang mengalir terkena ke wajahku. Air mata bercampur dengan darah.

Mama... ditembak.

Derapan kaki si pembunuh beredar dari situ. Aku tidak keluar. Aku hanya kekal di situ. Rambut putih mama dah berwarna merah. Tangan menyentuh darah. Dan di situ, darah itu bagaikan masuk ke minda aku.

Aku takut! Aku takut! Keluarkan aku dari dunia ini! Tolong!

Tolong!

"Lucy! Bangun! Bangun Lucy! Kau bermimpi!"

Mata terbuka luas. Bilik ini diterangi oleh lampu. Wajah Ven terpampang di mataku. Tangisan masih mengalir di pipiku. Nafas aku kencang ketika itu. Terasa bagaikan baru sahaja berlari marathon 10 km.

"Ven..."

Aku memeluk Ven. Dia membalas pelukan aku. Belakang aku, dia tepuk perlahan.

"Everything is fine. Itu hanya masa silam kau."

"Mama... Ven, mama ditembak mati."

"Shush~ just face it, my dear. Let her go in peace."

Hati aku kembali reda. Nafas aku semakin reda. Begitu juga dengan tangisan aku.

Whitesnow (ongoing/editing)Where stories live. Discover now