LUCYNTHIA WHITESNOW
"Mimpi ngeri berada di mana-mana sahaja."
"Ven, nanti kalau kita sempat, bawa aku ronda satu sekolah ni?"
Ucapku. Ven hanya mengangguk dengan mulutnya penuh dengan roti sandwich. Roti aku pula dah habis tadi. Telefon pintar aku capai. Aplikasi Wattpad menjadi tujuan aku. Cuma nak pastikan ada cerita yang dah terbitkan bab baru.
"Hey, i'm finished. Jom meronda."
Kata Ven. Aku menyimpan telefon pintar ke beg sandangku. Rambutku yang berjuntai di tepi muka aku, aku selit di celah telinga. Senyuman terlakar di bibir.
"Jom!"
》《》《》《》《》《
"Dan kat sini adalah loker kau. Dalam ni dah tersedia pelbagai barang yang kau perlukan. "
Kata Ven sambil menunjukkan satu loker yang berada di tengah deretan loker. Loker tu cuma berwarna kelabu dan panjang. Tidak begitu lebar tapi cukup untuk menyimpan kesemua buku dan beg aku. Aku membuka loker tu dan melihat isi kandungannya.
Wow, semua barang tersedia termasuk baju kelas yang mempunyai nama aku. Okay, aku tak tahu baju tu untuk apa. Jadual dan barang-barang yang aku perlukan untuk kelas seperti seni pun ada! Wow, this is really a place where all these rich teen studying.
Dikala aku leka melihat isi loker aku, aku tersedar yang suasana bising koridor telah hilang. Pada mulanya aku fikir dah waktu masuk kelas tapi aku tak dengar pun bunyi loceng. Aku melihat sekeliling. Ada beberapa orang berbaju hitam datang melalui koridor itu dan semua orang terdiam melihat mereka. Dan lagi sekali aku berasa pelik, siapa mereka sehinggakan semua orang terdiam. Salah seorang lelaki berbaju T-shirt hitam dengan seluar jeans yang koyak di bahagian lutut (dan mereka gelarkannya satu fesyen) sedang memandang aku. Aku kaku.
Wajah dia boleh tahan kacak. Kacaknya membawa aura mengerikan. Seperti mereka membuat sesuatu yang kejam. Aku hanya memandang wajahnya.
Aku sedar yang aku berjumpa dengan seseorang yang mempunyai aura 'dia'. Aura membunuh. Aura yang buat aku menjadi begini.
Aku dengan segera mengeluarkan sarung tangan kulit di beg sandang aku. Berwarna hitam yang mampu menutup tangan aku sehingga bahagian siku. Aku takut jika dialah yang penyebab kesemua yang berlaku pada aku. Tangan aku...
"Hey, Snowy! Kau budak baru kah?"
Jerit si seluar koyak (Okay, i don't know his real name). Kedua-dua tangan aku ditutup oleh sarung tangan kulit itu. Aku memandangnya dengan wajah selamba walaupun aku dalam ketakutan. Takut dengan trauma.
"Hey, kau siapa nak panggil aku Snowy?"
Balasku. Ven memandang aku dengan wajah terkejut. Muka dia seperti sedang berkata kau-nak-cari-maut-ke?
"Jadi kau memang budak baru. Hey, budak nerd! Kau tak bagitau kawan kau yang siapa aku?"
Kata si seluar koyak itu. Ven hanya menundukkan kepalanya. Aku syak dia takut dengan orang ni juga.
What the heck! Why is everybody afraid of them?
"Aku tak perlukan dia untuk beritahu siapa kau sebab aku dapat teka siapa kau."
YOU ARE READING
Whitesnow (ongoing/editing)
Teen FictionLucynthia Whitesnow. Demi keinginan untuk memulakan hidup baharu sebagai seorang remaja lagi sekali membuatkan dia berpindah ke bandar yang terkenal di Kerajaan Narytal Moden, Heart Beast, dimana bapa saudaranya tinggal. Tetapi kau fikir mudahkah ma...