LUCYNTHIA WHITESNOW
"Rahsia?"
"Ah, maaf semua atas kekecohan tadi! Miss Olivia boleh sambung mengajar."
Kata Makcik Teresa sambil menundukkan kepala tanda memohon maaf.
"Makcik, apa makcik buat di sini?"
Tanyaku.
"Makcik dapat tahu yang Nathan akan cari kamu hari ni. Jadi makcik datang."
Kata makcik sambil tersengih.
Senyumannya masih tidak lekang dari bibir. Aku rasa mungkin ramai yang terpikat dengan senyuman makcik Teresa.
Well, biasalah. Murah dengan senyuman.
Makcik Teresa melangkah keluar. Ven hanya memandang aku dengan wajah lega. Aku rasa aku masih di zon keliru.
What the heck? Why me?
Bunyi loceng kedengaran. Semua bagaikan baru sedar dari bangun. Aku dengan segera mengemaskan barang seni aku. Aku tidak mengendahkan keadaan sekeliling.
Kenapa? Apa istimewanya aku sampai ada orang cuba nak bunuh aku?
Dan nama Nathan. Aku rasa aku pernah dengar nama Nathan.
Aku keluar dari kelas tanpa ragu-ragu. Aku pergi ke kawasan deretan loker. Ramai pelajar berada di situ.
Nathan? Kenapa dia benci aku?
Siapa dia? Aku tak kenal dia pun. Macam mana dia kenal aku?
Aku letakkan set melukis aku di dalam loker. Jadual kelas, aku capai. Sekarang waktu sukan. Aku kena tukar baju yang aku nampak pada hari pertama aku pegang.
Baju yang mempunyai nama aku dan kelas aku.
Baru sahaja aku mencapai baju itu, tanganku direntap oleh seseorang! Dia menutup pintu loker aku dan menarik aku ke satu tempat. Aku cuba melepaskan diri dari pegangan tangannya! Tangan dia terlalu kuat! Dia membawa aku ke belakang sekolah.
"Lepaskan aku, Adrian!"
"Aku nak tanya sesuatu kat kau."
Kata Adrian.
Dinding sekolah menjadi tempat aku menyandarkan badan. Tanganku disilangkan.
"Apa yang kau nak tanya?"
Adrian semakin ke depan mendekati aku. Aku tidak memandang ke mukanya. Aku tidak melawan sebab dia tidak sentuh aku lagi. Rasa keliru semakin meningkat. Aku boleh demam ni.
"Siapa kau sebenarnya? Kenapa kau begitu menyerupai gadis yang aku cari selama ni?"
Soalan Adrian buat aku terpana. Gadis yang dia cari? Apa maksud dia? Aku memusingkan kepala aku ke arahnya. Dan aku baru tersedar, wajah aku dan dia begitu dekat. Hidung aku dan dia hanya beza seinchi.
What is going on? Kenapa aku rasa janggal ni?
"Aku cuma Lucynthia Whitesnow."
"And why you keep haunting me like a ghost? Kau tau aku jadi tak berapa betul hanya disebabkan kau?"
Aku memandang terus ke mata dia. Matanya yang mempunyai warna mata yang berbeza di kedua-dua anak matanya menarik perhatian aku.
Dia pakai contact lense? Dan auranya terasa bagaikan aku begitu selesa dengan kelakuannya.
"Maybe, kau yang aku cari selama ni?"
Soal Adrian lagi.
Kedua-dua tangannya memegang pipiku. Sentuhannya agak lembut dan buat aku kaku sebentar. Rasanya bagaikan orang yang aku rindui memegang pipiku.
"Sayang, jika ada orang sentuh kamu, belasah sahaja dia. Faham?"
Ayat dia terngiang-ngiang di kepalaku ketika Adrian memegang pipiku. Dan aku seakan sedar dari mimpi. Aku menolak badan dia jauh dari aku.
Tindakan refleks dan ingatan aku pada dia buatkan aku menolaknya.
"Kenapa kau buat macam tu?"
Soalku.
"Mungkin sebab aku rasa kau memang orang yang aku cari."
"Maaflah, aku bukan orang yang kau cari."
Jawabku.
Adrian hanya mengeluh. Dia kembali mendekati diriku. Kali ini, aku mula mengundur ke arah lain.
"Apa kau nak buat kat aku?"
"Lucy, aku nak kepastian."
Kata Adrian.
"Apa dia?"
"Aku nak pastikan yang kau tak warnakan rambut kau."
Aku terhenti. Dia cuma nak pastikan aku tak warnakan rambut? Apa yang dia tengah mengarut ni? Memang aku tak warnakan rambut!
"Ni rambut original lah! Apa yang kau mengarut ni?"
"Maaflah. Aku cuma nak kepastian."
Adrian mendekati diriku untuk kali ke berapa pun tak pasti. Aku berganjak ke belakang. badan dia begitu rapat dengan aku. Tangannya menyentuh rambut aku. Dia mengusap kepala aku bagaikan mengusap kepala kanak-kanak. Aku menepis tangan dia.
"Apa kau ni? Suka hati kau je pegang rambut aku."
"Lucy, boleh aku jadi abang kau?"
Aku terdiam. Dia nak jadi abang aku? Tawaran ni agak...
"Kalau kau taknak, tak apa. Aku cuma membuka tawaran. It's up to you."
Aku memang nakkan seorang abang. Aku memang nak kan seorang abang sejak sekian lama. Tapi, lepas kejadian tu...
"Maaf Adrian. Aku tak boleh terima."
"Ah, takpe. Aku tidak kisah pun."
Adrian mengundurkan dirinya jauh dari aku. Aku pula membetulkan bajuku. Aku melangkah dahulu untuk pergi dari situ. Fikiran aku semakin kusut!
Why?! Kenapa semua ini berlaku pada aku?! Aku datang ke sini untuk belajar, bukan menambahkan masalah kat otak aku!
Dan kenapa kelakuan Adrian agak selesa untuk aku? Bagaikan perasaan seperti apa yang ayah pernah buat suatu ketika dahulu.
Siapa Adrian sebenarnya?
Heyyo everybody! Maaf untuk late update sebab Nufa sibuk di sekolah. Dan bagaimana dengan bab ni? It is bad or good? And i really happy yang buku ini dah seminggu dipublish dan Nufa sangat gembira sebab ianya mendapat sokongan ramai! Nufa menghargainya!
YOU ARE READING
Whitesnow (ongoing/editing)
Fiksi RemajaLucynthia Whitesnow. Demi keinginan untuk memulakan hidup baharu sebagai seorang remaja lagi sekali membuatkan dia berpindah ke bandar yang terkenal di Kerajaan Narytal Moden, Heart Beast, dimana bapa saudaranya tinggal. Tetapi kau fikir mudahkah ma...